Monday, February 21, 2011

Babi dan Rokok Part II

tak habih lagi duk emo pasal rokok. geram benarnya eh bila tgk seorang pnguatkuasa dri KKM yang berkopiah pastu merokok dalam kawasan hospital. walau lagi 5 langkah nk kuar pagar hospital, ko tetap xde etika pakcik. klu org lain, ko pndai kuar kompun eh...

well, apa persamaan babi ngn rokok – HARAM!! dua dua haram!

Beza babi ngn rokok:
- babi tak makan tak sentuh, nk sebut pun lapik lapik kunun haram kunun geli.
- Rokok, cool weh hisap rokok smbil wat asap bulat bulat awan awan.

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

“Dan Allah menghalalkan bagi mereka semua perkara yang baik dan mengharamkan semua yang buruk.” (Al-A’rof:157).

“Dan janganah kalian membunuh diri-diri kalian.” (An Nisaa:59)


Ok, x jelas lagi sebab payah kan nk faham ayat ayat agama ni.
Nak elaborate pn saya bukan orang yg layak.. tapi rasanya ayat tu mudah.

Ok, cuba ni la, senang.
Tahu guna google kn? Ok, sila rujuk the best uncle ever tu, tgk bahan bahan apa ada dalam rokok dan tanyakan jugak apa baiknya rokok? Ada? Tya juga apa buruknya rokok pastu FIKIR DALAM DALAM.


agak agak bahan bahan mmbuat rokok ni, bahaya ke tak?


o.. ada org kata,


“si kamal hisap rokok dah 20 tahun, xde mati pucuk mahu mandul pun, dapat anak kembar kot 2 pasang dah..”


“ si Abu yang merokok since drjah empat pun sihat smpai sekarang, malah kalau sehari tak hisap sekotak rokok, macam x dapat oksigen la. Oksigen kn basic needs kn.. “


“si Milah yang merokok pun , masih ayu juga malah makin vogue, xde pulak hitam bibir kuku kuning gigi kn..? siap dapat anak putih gebu lagi..”

“saya tak boleh kalau x merokok, nti otak tak jalan, nk wat keje pn sangkut sangkut”


tahu tak merokok itu HARAM? OH, tak tahu sebab Malaysia x penah kluar fatwa rasmi –ROKOK ADALAH HARAM-

Ok, meh tengok ni…

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

3. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

4. Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

5. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

6. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

7. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Klu Babi, Arak, Zina jelas tak Haramnya?


Jelas sebab dari kecik uztaz / uztazah / cikgu / teacher / guru HEM / guru disiplin smua dah gtau BABI HARAM. Rokok? Cikgu disiplin pun hisap rokok kn… malah, Kementerian Kesihatan Malaysia yang buat statement tepi kotak “merokok membahayakan kesihatan” pastu siap kompoun budak hisap rokok d sekolah jugak merokok! Dasar ketam!

Gambar macam macam kat kotak rokok juga, x cukup nak mndatangkan keinsafan mahupun kengerian juga kesedaran! Siap boleh nganjing nganjing lagi gambar tu duk wat jadi bahan lawak! Siot sungguh! Keji!


ok, TAK SERAM
meh tengok sini agak agak seram tak??

Pastu ada pulak kata “kalau rokok haram kenapa bukan dari zaman nabi lagi jadi haram, knpa baru sekarang sibuk nk buat fatwa macam macam”

Well..dulu arak pun pengharaman berperingkat kot.. ok, tak mau cakap sbb tak pandai.

Nk buat cane eh, merokok dh jadi kebiasaan walau bnda tu salah, hisap rokok macam makan chew gum jek.. normal bukan? takde masalah. Mungkin lepasni kerajaan kena serius tentang isu ini. Tak boleh nk guna pendekatan memujuk dan merayu seperti yg dijalankan sekarang.

Kalau stakat naikan hrga rokok 70sen sekotak, efectnya akan jadi macam naikan hrga gula 30 sen sekilo. Mula mula orang akan bising, mula mula jek la. Pastu nak tak nak orang beli jugak, sebab bagi perokok, rokok adalah keperluan. Penyambung nyawa katanya.

Buat kempen, naik harga, dan buat kempen lagi, yang untung mereka mereka jek, perokok masih juga bertambah dari hari ke hari.. kan kan..MEMBAZIR!

mungkin dah sampai masa MALAYSIA kita yang SATU bersatu dalam hal ni, kita perlukan penguatkuasaan yang betul benar berkuasa. bukan hanya atas kertas.

untuk info yang lebih banyak jum baca sini, sini dan sini.







~trima kasih CH kerana tak merokok, sayang awak lebih!!





2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..