Monday, August 29, 2011

ESOK RAYA


bermakna...
Ramadhan sudah berlalu. dan kecewa lagi.
Quran gagal dikhatamkan dan dah dua tahun x khatam Quran. bertambah kecewa bila Tarawih juga berlubang lubang.. lubang besar lak tu. sayg sibuk uruskan anak sekecil Adam yang selalu nak berdukung dan bila saya sembahyang dia suka tarik telekung, kadang kadang melentang ditempat sujud atas sejadah ajak main cikucak aaaa ngan dia. kadang kadang bila saya tahiyat akhir dia duduk atas riba baca buku dan sempat conteng kain telekung. tapi Adam x bersalah. yang bersalah adalah saya yang Malas dan kurang sabar. Cuba lagi tahun depan dan saya sangat berharap ini bukan Ramadhan terakhir saya...

 R A Y A
saya belum ada baju raya enam pasang macam tahun lepas. belum ada kasut Raya mahupun tudung raya yang lengkap. sebab jiwa mak mak yang kuat, saya sempurnakan bahagian Adam dulu. ada bahagian Ulfah dan AnNaufal di Labuan juga. 
saya punya? ini petang pergi cari..

beli baju raya budak memang best kn.. rasa nk amek semua masuk troli. tapi sebab belakang rumah tiada pokok duit, jadi wajib memilih. dalam memilih pun masih kena perli dgn bonda. Haishhh esok anak saya (jika berezeki) mahu saya shoping hari hari beli baju raya. ketagihan yang teruk.

akhir dari saya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN





ps: ada peristiwa maha penting raya keempat. 
Doakan dipermudah segala.






Friday, August 26, 2011

kad raya paaaaaaaaaaling best



tahun ni dapat baaaaaanyak kad raya.
sangat excited sebab dah lama tak dapat kad raya.
dapat kad raya yang Pakcik Posmen hantar, perasaan adalah sangat berbeza berbanding dapat kad raya secara maya mahupun SMS mahupun d FB. kan kan??


dan dalam banyak banyak tu.. ini yang paaaaaaaaling best smpi mengalirkan air mata. touching sungguh jiwa raga. kad dari cintahati saya. 


nak tayang cerita tu jek.
bye.



ps : cepatnya Ramadhan berlalu...


Saturday, August 20, 2011

bakal imam



untuk kamu bakal imamku:

aku hanya mahu kita sama sama terselamat dari NERAKA.






Thursday, August 11, 2011

ramadhan di empat tahun yang lalu


time bersahur tadi terkenang kenang Ramadhan di 2007. RINDU sangat pulak rasanya...







InsyaALLAH saya mahu dan akan kesana lagi.
dan berharap ada Suami yang menemani.



Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

sedondon sepapan

selamat berpuasa semua.
update laju laju nak tayang baju raya sedondon.
dan sepapan.
;))

walaupun dah 2 tahun sedondon tapi tak kawen kawen kali ni excited lain macam sikit.
cintahati yang pilih kain n pilih kaler n pilih design.
dan kebaya tu sangat merisaukan saya.
masa ukur berat 45kg sahaja, harini sudah 48kg.
takut ketat sendat tak muat.
nangis la x dapat pakai baju raya sedondon.






Wednesday, August 3, 2011

selain musim buah...



...kita juga ada musim PUTUS TUNANG.


K.E.T.A.K.U.T.A.N.




semoga selamat segalanya.
AMIN AAAMIN AAAAAAAAAMIIINN




Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


‎1 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH..
1 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH..
1 hari lagi DOA menjadi IJABAH..
1 hari lagi pahala ini diLIPAT GANDAKAN..

semoga RAMADHAN saya dan RAMADHAN kita semua adalah RAMADHAN yang terbaik...


...dan semoga BUKAN YANG TERAKHIR...


selamat berpuasa


=)