Thursday, June 7, 2012

3D/4D SCAN @ 26w5d

Assalamualaikum....

Baru sampai JB dari KB.. Jaaaaaaauhh!!! Rasa serik nak balik kg lagi.

Last Thursday, kol Ma tanya kenapa adunan cek mek molek saya lembik, sembang sembang tiba tiba Ma tanya bila nak balik Kg? Ma rindu.... terus x tahu nak cakap apa. tukar topik, tapi bila nak letak lagi sekali Ma buat ayat, "mari la balik kg..." serius rasa sebak. terus gitau encik suami, suh amek cuti nk balik jumpa Ma. Cuti dah tinggal 10 hari sebenarnya, tu yang kena kira betul betul kalau nak kemana mana.. nak simpan untuk puasa, raya, bersalin, lagi kan..

ok, itu intro. sebenarnya nak cerita pasal harta kesayangan dalam perut.

Disebabkan perjalanan yang jauh dari JB ke KB, mak yang paranoid bila anak tak aktif seperti sediakala menjadi super duper susah hati. paksa encik suami cari tempat untuk "dating" ngan baby. tapi sangat hampa bila KB sama je ngan JB, susah betul nak cari tempat wat scan 3D / 4D. pakcik Google juga lansung tak membantu.

Tapi semangat Mak tetap juga jitu, ajak encik suami menuju ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) sambil sambil nak makan Nasi Kak Wok (Original) hihi.. Yes, tak sia sia sebab KBMC memang ada wat Scan 4D dan Dr yang handle adalah perempuan islam. TAPiiiiiiiiiiiiiiiii.. memang tak bernasib baik, bukan saja Nasi Kak Wok tutup, Puan Doktor kt KBMC pegi kursus la pulak... HAMPA! tapi sempat gain info yang bayaran kt sini RM200 (video+gmbar) tapi sila buat appoiment dulu. kos bersalin normal juga agak affordable, RM16++ only.. murah la kan..

Orang cakap malu bertanya sesat jalan, sebab tu dengan muka tak malu pantang nampak orang yang boleh ditanya, terus je terjah tanya mana nak buat scan baby n lucky me, ada klinik berdekatan yang buat scan ni. Klinik TMC dekat Billion KB dan Doktor yang handle jugak perempuan islam. Suka!

dan ini hasilnya.............



mula mula Scan 2D dulu. baby aktif sangat masa ni. dan bestnya EDD scan smua tak sama macam EDD ikut LMP. awal pulak ye... 


dan..
hye Mak!!!!!!


bukan je Mak memberat sehingga 59kilo, anak dalam perut pun dah 1.2kg.. besar jugak baby saya.. patut la saya pun berat.. hahah. Alhamdulilah, baby sihat walau kedudukan sonsang.. Doktor kata ada peluang lagi baby nak berpusing. sila doa doa dan doa... Laluan rahim saya pun dah terbuka.. leeeeeeega. syukur syukur.

Saya ada masalah uri kat bawah, dari awal pregnant Doktor cakap peluang nk bersalin normal adalah rendah. memang uri betul2 tutup laluan. risau runsing risau runsing la... tapi bila dh terbuka 1cm ni, rasa lega sangat2.... harap nti bila sampai masa, kedudukan baby normal, uri pn normal, dan dipermudahkan segalanya...... AMIN!

Senang hati, puas hati dan suka hati la lepas berjaya buat scan dan nampak baby bergerak main main kat dalam. Berbaloi bayar RM 150 tau.

Gender baby pun dah tau. Dah 2 orang Doktor cakap yang sama.. Ramai yang teka harta kesayangan saya lelaki. lelaki ke? saya tak nak percaya sape2.. nak percaya naluri sendiri je.......





6 comments:

  1. Wah..comel je baby tdo..hehe. Awal jugak eh laluan rahim bukak? Tak tau plak. Hehe. Mahal jugak eh buat 3D 4D scan kat KB. Muka bby ikut sapa la tu kan. :)

    ReplyDelete
  2. best nya.rara pon nk scan sabtu ni.excited nya.

    ReplyDelete
  3. wah..laluan rahim dah terbukak?agak cepat gk ek..xsmpi lg 7months kan

    ReplyDelete
  4. @Asz n ctmah : camne eh nk explain laluan rahim.. sebab slama ni uri tutup laluan. maksudnya skrg uri dh berginjak ke atas sket la.. dh nmpk laluan tu ;)

    @rara : cepat p scan dear..hihi

    ReplyDelete
  5. semoga baby pusing ye..biasanya kl scan gender 3D usually dah confirm..tp naluri ibu pun tepat jugak..hee..

    ReplyDelete
  6. hi, boleh add facebook : 3d 4d scan malaysia .. buat online booking .. Rm120 termasuk cd n colour print .. semua discan dengan pakar sonographer ye ... x npk muka FREE of charge di semua tempat kecuali shah alam ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..