Thursday, September 27, 2012

nikmat manakah yang kamu dustakan?

Setiap hari tatap muka anak, memang tak tergambar perasaan.
Bersyukur bersyukur bersyukur ALHAMDULILAH

Gambar ni masa Aisy umur 9 hari. hari yang sama pusat Aisy jatuh. Aisy tak sakit tapi Aisy temankan mommy dalam ward sebab Mommy yang tak sihat sihat.

Tengok gambar ni rasa sedih amat. terkenang saat saat sakit bertemankan Aisy. Syukurnya 6 hari mommy di hospital, Aisy behave sangat. Tuhan bagi kesakitan dan Dia permudahkan urusan yang lain.

Harini Aisy dah 26 hari.. lagi  4 hari nak sambut besday yang kesebulan. sangat excited dan sangat bersyukur.

Semoga Aisy anak mommy akan membesar dengan sihat dan penuh kebaikan.





Monday, September 24, 2012

PRICELESS PRINCESS

Assalammualaikum

Dah lama sangat tak update blog
Maklum dah jadi mak. BZ.

Lets meet my cintahati terbaru (dah 23 hari dah)
AISY NADIYAH HANA BINTI NASRUL AZAM

Alhamdulilah.., Aisy selamat dilahirkan secara normal di Hospital Putrajaya tepat jam 1012 pagi. Setelah almost 10 jam bertarung nyawa dalam labor room. kesakitan dan kepayahan yang sukar digambarkan. Orang suka cakap, sakit beranak, tapi nanti tengok muka anak, kesakitan tu hilang. NEHIIIIII TIDAKKKKK. Sakit tu buat i rasa serik sampai sekarang. masa depan tak tahulah.. tapi kalau sekarang, rasanya cukup Aisy sorg jadi anak pengarang cinta nadi nyawa sumber bahagia.

Bila kenangkan balik saat mabuk teruk sepanjang 5 bulan mengandung, diganti kepenatan dan kepayahan di minggu minggu akhir, kehazaban dalam LR, dan kesakitan selepas melahirkan dengan komplikasi segala, saya bersetuju untuk berehat panjang. bukan tidak besyukur. tapi cukuplah... saya tak rasa saya mampu nak ulangi semua tu lagi. SUSAHNYA NAK BERGELAR MAK. Semoga DIA ampunkan saya. Semoga DIA ampunkan Umi. Semoga seluruh insan bergelar MAK dilimpahi Rahman dan Rahimnya selalu. Saya insaf.


Harini, melihat mata Aisy, saya tanamkan tekad dalam hati, saya doa hari hari agar DIA izinkan saya jadi mommy terbaik buat Aisy, semoga Aisy akan sayang mommy sampai bila-bila. :)

Dan semoga Aisy jadi ummat Muhammad yang akan membawa mommy dan ayahnya ke syurga..



Monday, September 3, 2012

Little Princess

ALHAMDULILAH

My Little Princess finally arrived on 2nd Sept 2012 at 10.12 am after almos 10hrs bertarung dalam LR. Weight about 3.41kg. So far we both doing great insyaAllah..

Thanx for all the DOA.