Tuesday, June 11, 2013

aku tak boleh mengandung??

Sekarang tengah musim mengimbau kenangan. tema entry pun dalam kenangan. Maklumla sejak kena pindah ni life x best so xde benda nak cerita.. bole cmtu?? Hihi.

Dah almost 10 bulan anak kesayangan. Teringat balik kesukaran semasa ngandungkan beliau dan nak share kat sini. Ni nak share ketakutan ketakutan yang dicipta oleh orang sekeliling sebelum dan semasa daku mengandungkan Aisy.

Daku adalah penghidap PID yang dah 2 kali menjalani suntikan saraf di tulang belakang. 

Dulu ramai orang cakap daku akan payah mengandung dan kalau mengandung pun daku akan sakit pinggang dengan teruk.

Kompilasi dialog antara daku dan makcik. Kompilasi sebab tak ingat sapa kata tapi memang ramai yang kata.

makcik : dah kawen belum nak..
aku : belom makcik
makcik : lahaiiii siannya muda muda dah cucuk tulang belakang,  nanti tak boleh beranak.
daku : ye ke makcik? Takutnya saya...
makcik : ye nanti mesti payah nk lekat tu. Kalau lekat mesti tak kuat.. bla bla bla bla.
makcik : nanti nk beranak sakit la sebab beranak pakai tulang belakang. Awak tulang belakang bermasaalah hla bla bla bla.
makcik : Punggung pun xkuat nak tampung anak nanti bal bla bla..
daku : nangis dalam hati!!

dan sumpah. Memang hidup dihantui ketakutan aku tak boleh beranak.

now untuk makcik yang cuba menjadi tuhan, Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Baik, saya mengandung pada percubaan pertama dan selamat melahirkan amanah Allah ni.. Syukur.

tu sebelum mengandung, malah kawen pun belom. Bila dah kawen ada makcik pertikaikan keupayaan kewanitaan daku..huuuhuhuuu.. pandai pndai betoiii la weh!! Seeee makcik, saya mengandung pada percubaan pertama tau. Haha.

bila dah mengandung sekali lagi diuji dengan uri rendah dan tak nampak jalan. Masa minggu ke 24 Dr scan n bgtau ada previa type 2. Memang harapan untuk normal delivery adalah senipis kulit bawang. Dr cakap by minggu ke 30 kalau uri x naik n laluan x buka kena operate plus baby besar dan sonsang Dr akan bg suntikan matangkan baby n sila la pilih date untuk bersalin..

cuak bila nak kena operate sebab ramai yang cakap bila operate susah nak jaga anak nk jaga diri sendiri pun payah. Sakit. Klu czer kena tggu 3 tahun lagi bru boleh beranak lagi n the list go on....


Tapi sekali lagi berterima kasih pada Dia Yang Maha Menjaga, semua teori teori sains ini berjaya didepani. Minggu ke 37 pergi scan masa berlaku kebocoran ketuban tu, Aisy dah pusing. Jalan dah nampak walau hanya 1cm dan dah ada cahaya untuk bersalin normal.

Dan bila boleh bersalin normal, dalam LR merayu rayu kat Dr suruh operate. Siap kol ayah smbil dok meneran nak tukar hospital sebab Dr x nak operate. Haha.


Apapun, Alhamdulillah
dan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya kalau apa pun masalah relaks relaks sudah dan kena yakin bahawa orang menduga dan meneka tapi Dia yang menentukan.. Dan pastinya perancangan dan penentuan Dia yang menciptakan adalah yang terbaik kan...





So dok KB dediam. Chill chill sudah...



11 comments:

  1. yakin Allah itu Maha Kuasa.
    Semua di tangan DIA

    ReplyDelete
  2. semua tu rezeki Allah...kan...bukan kite yg menentukan..kalo ade rezeki mesti dapat mengandung kan..:)

    ReplyDelete
  3. ramai sangat cuba nak jadi tuhan. tu yang susah. hehe.

    ReplyDelete
  4. Yati, same with me here, Sha ada masalah tulang melakang retak since umur 16 tahun dulu. ramai sgt yg cakap nanti susah nak peknen, dan masa peknen nanti mesti sakit sgt2. Tapi Alhamdulillah, dgn izin-Nya, Sha berjaya bunting pelamin dan sepanjang mengandungkan Safiyyah, Sha tak xde alami masalah2 berat.. :-)

    ReplyDelete
  5. yelah kan.sape makcik tu nk bg summary mcm2.tapi i yg czer.i yg kena tgu 3 tahun.czer mmg xrasa sakit langsung.tp sakit selepas bersalin adalah lg siksa.

    ReplyDelete
  6. Suka baca entry mama aisy nih...sungguh jujur...itulah kuasa Allah...bila org menduga kita ckp mcm2..tp Allah maha besar....dia permudahkan mama yati utk bersalin normal....syukur....biarlah apa org lain nk kata...mulut tempayan senang nk tutup...mulut manusia susah...harap mama dan aisy sihat2 selalu ye....Ya Allah permudahkan mereka urusan pindah rumah...aminnn

    ReplyDelete
  7. bila baca entry ni i rasa macam sedih n at the same time nak tergelak pun ada..siap merayu lg nk di operate yerk..hihi
    apa2 pun Allah mendengar setiap permintaan umatNya =)

    ReplyDelete
  8. Allhamdulillah Allah maha pengasih maha penyayang lagi maha mendengar doa hambanya...

    saya masih mengharap masih menanti walaupun dah 10 tahun..semoga saya berpeluang menajadi ibu seperti yati amin...amin...

    ReplyDelete
  9. Saya suka n3 ni...
    Betullll...Hanya DIA yang menentukan segalanya..bukan "ramalan"orang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..