Monday, April 12, 2010

kalau kita tahu..

....bersama kesulitan ada kemudahan


setelah lapar, ada kenyang
setelah haus, ada kepuasan
setelah berjaga ada tidur yang lena
setelah sakit ada kelegaan
setiap yang hilang akn ditemui
dalam kesesatan yang akn datang petunjuk
dalam kesulitan ada kemudahan
dan setiap kegelapan akan terang akhirnya

sampaikan khabar gembira kepada malam
bahawa cahaya fajar pasti datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan lembahnya
khabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan yang pertolongan akan datang secepat cahaya dan kedipan mata.
Gembirakanlah orang yang ditindas bahawa kelembutan dan dakapan hangat akan segera tiba.

saat melihat sahara yang terbentang luas tanpa batas, ketahuilah bahwa dibalik itu terdapat taman-taman yang hijau lagi sangat teduh naungannya.

setiap tangis akan berahir dengan senyuman
ketakutan akan berakhir dengan rasa aman
dan kegelisahan akan sirna dengan kedamaian

maka
jangan pernah merasa terhimpit sejengkalpun
kerana keadaan pasti akn berubah
dan sebaik baik ibadah adalah
menanti penh sabar
walau hari demi hari akan terus bergilir
walau malam demi malam turut berganti
kerana yang ghaib akan terus tersembunyi
dan Yang Maha Bijaksana
tetap pada keadaan dan segala sifatnya
dan DIA mungkin mencipta sesuatu yang baru setelah itu semua
.
.
.

ketika menerima yang buruk
INGATLAH
setiap detik ketika menerima yang baik

No comments:

Post a Comment