Sunday, December 12, 2010

Masih Setia

Masih Setia by Aisya Sofea adalah Novel Bonus untuk November dari Alaf 21.. dan BEST! AS mmbawa pmbaca mngenali bumi Padang dan Adat Minang dengan sangat dekat dengan penjelasan yng ringkas dan mudah difahami. Kira cukup bagus la untuk manusia kelabu budaya seperti aku ni kn..


Masih Setia adalah kisah tentang Miera gadis berdarah Minang yang cuba dijodohkan oleh keluarganya dengan Rudi jejaka dari Padang agar ikatan kekeluargaan dan keturunan mereka terpelihara memandangkan hanya Miera yang layak dan paling dekat untuk mewarisi seluruh harta keluarga.

Miera digambarkan sebagai seoarang gadis yang susah jatuh cinta walau Rudy merupakan lelaki yang lengkap pakejnya. Rudy begitu mahukan Miera walaupn cintanya sering ditolak. Percutian Miera ke Padang dan kejadian gempa bumi, menemukan Miera dengan Dr Malik yang berjaya membuatkan Miera mengenal erti rindu dan cinta. Sayangnya Dr Malik telah bertunang.

Miera pasrah dan cuba untuk melupakan Dr Malik yang juga mempunyai perasaan terhadapnya. Kecurangan Mia tunang Dr Malik mnyebabkan Miera berusaha untuk memberitahu perlakuan sebenar Mia kerana tidak sanggup melihat Dr malik diperbodohkan. Malangya, kebaikan dan niat sebenar Miera disalah erti Dr Malik. Sekali lagi Miera kecewa dan kali ini Miera betul bertekad untk mlupakan Dr Malik yang menuduhnya tamak dan pentingkan diri sendiri.

Endingnya..Rudy yang berkeinginan tinggi atau Dr Malik yang diingikan hati?? kena baca sendiri la! apa pun, novel ni mcm jugak novel-novel aisya Sofea yg lain, mmg x mngecewakan.. sehari suntuk berusaha menghabiskan novel ni. best. sekian saya melaporkan dengan suka rela.



No comments:

Post a Comment