Friday, January 7, 2011

saya mengamalkan kitar semula

ye betul! tak baik tipu dosa kan..?
memang klu bercakap pasal sampah kitar smula landfil smua ni, aku sgt obes obses. serius. kalau ada sape2 panggil nk suh bagi talk pasal this topik secara sukarela, konfem saya rela! sebab sangat kasihan pada sungai, pada pokok juga pada landfill semua.

sungguh betul betul kasihan. mungkin sebab dlu kerja jaga jaga sampah (o man, tiba2 rindu nk kerja jaga sampah) dapat lihat dengan mata kepala sendiri apa effect kalau hanya satu plastik masuk dalam laut.

macam tu jugak bila berdiri lama lama atas landfill (sila percaya saya boleh berdiri lama lama atas landfill tanpa memerlukan penutup hidung muka segala) tengok landfill saujana mata memandang dan betapa banyaknya "sampah" kat situ yang masih belum masuk kategori sampah! yang maksudnya boleh diguna semula atau dikitar semula atau ko tak perlu buang tapi boleh derma.

kerana, "sampah" pada kau, mungkin berguna pada yang lain. contoh, baju yang kau beli kat reject shop yg bila kau tengok trgantung kat hanger kau tergedik gedik nak beli smpai tak mnyempat2 tba balik rumah baru perasan, "eh, xde la cantik sangat pun baju ni..." kau pakai sekali terus kau lupakan dalam almari buat makanan lipas kn..

baju tu kau tak perlu buang sebab lagi elok kalau kau pergi hantar itu baju masuk dalam tong supaya kau dapat buat amal kebajikan dengan menderma kepada mereka yang memerlukan. bukan baju sahaja, malah kasut, tudung, handbag, buku bukuan dan segalanya selain baby. fyi, tong ini kita panggil drop off bin ye adik adik..

..ini letak baju SAHAJA occay..?
(location belakang Megamall Kuantan)

Tong kitar semula bukan untuk kau campak anak kau. FAHAM???!


penah tengok tong ni???? jangan kata TIDAK sebab tong ni sekarang ni dah banyak bermaharajalela kat tepi tepi jalanraya. tinggal kau nak kenalpasti fungsinya apa je.. siap ada instruction cane nk guna, sila buka n juz drop. x payah susah susah nak timbang ke apa. dan tolong lah, jgn baik hati nak derma sisa makanan or plastik air dan putung rokok. Durjana perbuatan tu!
 
kalau rasa, "oh, rugi occay i beli baju RM59.90 baru pakai sekali tiba tiba nak derma.." nampak x? kau lebih rela baju kau jadi makanan lipas dari menderma. Ye, tak boleh nk salahkan kau sebab menyanyangi lipas jugak satu kemurnian. ok, kalu rsa sayang nk bagi free apa kata hantar baju tudung kain kasut teddybear kuali kasut tu ke sini, dan ini di kenali sebagai pusat beli balik (buy back center)
 
 
 
dan hasilnya akan seperti ini,
 

nampak??? walaupun  hanya lapan hengget lapan puluh sen (hasil jual kertas kertas sahaja), boleh beli 2 mangkuk ABC kat larkin siap ada belen lagi lapan puluh sen dan ia adalah hasil sampah! kalau buang apa pun tak dapat siap menyumbang kepada kemusnahan alam dan kerosakan pada muka bumi which is berdosa tahu? insaf ...

ok, pasni sila kitar semula.sila FIKIR DULU SEBELUM BUANG dan sila sayang bumi ok? kerana bumi ini bukan milik kita, tapi kita mewarisinya dari anak anak kita (tiba tiba wat iklan).



ps: saya bukan kerja kedai kitar semula saya hanya manusia kerdil yang sgt sayangkn alam sekitar ;)




No comments:

Post a Comment