Wednesday, January 18, 2012

mengetahui diri adalah hamil


ALHAMDULILAH
syukur yang tak terhingga ada anugerah yang tak dijangka perasaan adalah sangat indah dan semoga keindahan tu berkekalan

klu ikut perkiraan harini dah 6 minggu. sudah 6 minggu atau baru 6 minggu? terpulang keadaan kn..

dan usia perkahwinan baru melangkah 2 bulan 7 hari. dan dalam masa tu, selalu jek saya mengamuk sebab encik suami tak luangkan masa dengan saya, sorang barat sorang selatan, nak honeymoon pun tak sempat..

orang cakap saya bunting pelamin, tapi kalau baca post KINA, saya pun bukan bunting pelamin la.. sebabnya selepas kahwin saya berkesempatan untuk period.

macamna mengetahui diri sendiri adalah hamil adalah bergantung kepada individu sebenarnya.. macam saya, saya lansung tak tergerak hati yang saya hamil. yang asyik duk ulang cakap bahawa saya adalah hamil adalah encik suami. dia yang sibuk duk tya bila nak period siap duk kira hari. saya? tiada perasaan... mungkin saya penat berjalan pusing Tanah Melayu, jadi badan adalah penat.

sampai satu hari bila saya baru balik dari menjelajah selatan -  timur - utara - barat - selatan Malaysia bersama encik suami dan Adam, saya merasai kelainan yang mendebarkan. terus buka Pad dan tanya pakcik google. nak tya orang lain, harus la malu malu alah kan..?

tanda tanda kehamilan
1. loya dan muntah terutama pada pagi hari ----> takde
2. pening kepala ----> itu biasa & menjadi kebiasaan
3. lewat period ----> yes, sudah lewat seminggu tapi tanda tanda mahu period tu selalu ada
4. breast rasa sakit dan tegang ----> obviously. yang ni dh mula rasa sejak 2 3 minggu yang lepas. bila dukung Adam, tak boleh dukung rapat kedada. nk meniarap pun x selesa. penah sampai menangis bila Adam mengganas dikawasan dada.
5. kerap buang air kecil ----> memang hobi. klu minum 2 liter air sehari, yang kuar 3 liter kot..
6. sakit dibahagian abdomen ----> yang ni mmg tanda2 awal nak period
7. suhu badan meningkat ----> obvious sangat. stiap kali nk tidur, encik suami akan kata saya demam, badan sentiasa panas, tapi tak demam demam jugak.
8.badan rasa lemah dan kuat tidur ----> ada. sbb senang je nk tidur siang, klu tak, jenuh berendoi tak tidur lagi
9. ujian kehamilan adalah positif ----> tak berani nak buat

diam diam baca sorang sorang sambil tersenyum....

esoknya, encik suami yang tak sabar ajak pergi farmasi dan beli UPT. saspen kan? atas cadangan adik farmasi, saya beli jenama CLEARBLUE. ikut katanya, yang ini paling accurate, boleh buat test bila bila masa dan akan tertera pada alat tu usia kandungan. RM 39.90. terus beli dengan muka malu dan balik rumah terus masuk toilet.

HAZAB tau nak menunggu alat tu bekerja. 3 minit terpaksa bertapa dalam toilet sambil mulut hati tak habis habis mengharapkan yang terbaik. dan jeng jeng jeng...



YES, saya hamil. dan tertera pada alat tu 3+, maksudnya saya dah mengandung tiga minggu lebih...

tunjuk pada encik suami, beliau melompat kegirangan.
saya, harus la saya gembira. tapi saya juga takut, seram, cuak. perasaan saya SPEECHLESS.

tapi saya bersyukur.. dan saya sangat mengharapkan baby adalah kuat dan sihat.


9 comments:

  1. tahniah....

    psst..sy pun dah lewat ni..nevez jugak..

    ReplyDelete
  2. c0ngratz dear.. sedeynya kiter xde lagik wlpn lewat peod..dh check tp rsult ngatif huhu

    ReplyDelete
  3. conrats yati...take a good care of yourself and little baby..hehee

    ReplyDelete
  4. yay!!dah konfem..=) dah buat entry congrats pun untuk kak yati..

    ReplyDelete
  5. jangok. besh kan? take care jangok. semoga indah2 belaka. congrats babe. hugs!

    ReplyDelete
  6. CONGRATS!!!!!!!!!! sy mahu juga...=p

    ReplyDelete
  7. hebatnyer alat awak tuh..beli ktna

    ReplyDelete