Dah jejak 30w baru nak dilema bagai kan...
Mulanya rasa macam tak perlu nak baby cot bagai sebab penah terbaca kat mana ntah katanya bayi digalakkan untuk tidur sekali ngn mak n ayah (saya pun sokong sgt sbb sng nk BF n so so) pastu rasa macam baby tak kan pakai lama jadi sila tumpang mak ayah sudah. plus mak yang berfikir panjang ni, dah beli katil size super king dengan tilam yang tak meyerap hentakan untuk tujuan tersebut.
Plus lagi, mak dah beli portable baby cot kt MilkADeal yang murah, alih alih jumpa kat SINI lagi murah. haha. kenapa baru jumpa butik ni?? Rugi 8 hengget.
Plus lagi, mak dah beli portable baby cot kt MilkADeal yang murah, alih alih jumpa kat SINI lagi murah. haha. kenapa baru jumpa butik ni?? Rugi 8 hengget.
Tapi sekarang, tiba tiba rasa macam perlu. haritu tidur ngan Adam pun rasa tak puas sebab tak boleh nak pusing pusing berlasak. Maybe sebab sekarang memang susah nak cari posisi tidur kan... semua posisi tak kena.. alih alih dah subuh.. nangis!!!!
Faktor lain adalah bila mak order tilam kekabu harga RM300 then nenek bersuara, kenapa tak beli baby cot jugak.. bila nenek bersuara, maksudnya perlu sebab selama ni bila mak beli apa2, nenek suka geleng kepala tak faham kenapa perlu beli benda tersebut.. hahah. contoh macam ni
Zaman nenek dulu takde Sit Me Up Cosy ni jadi nenek tak faham kegunaannya.. hahah.. padahal mak pantang jumpa benda comel terus login maybank2u dan order.. tak kluarkan peluh pun dan esoknya barang dah ada depan mata. syurga dunia. saya beli ni RM150, tapi kat Lil' Rayyan Boutique jual Rm120 (including postage). Rugi 30 hengget!
Pastu terfikir, sampai bila anak nak tidur sekatil ngan mak n ayah kan.. jadi tak membazir pun kalau beli. beli yang 4 in 1 tu.. yang boleh bertukar jadi playpen, sofa bed n single bed.. jimat disitu kan.. then bila survey 4 in 1 convertible baby cot ni terjumpa la design design yang hati terus kata Ya tanpa fikir poket. terus hilang dilema dan rasa nak balik KL beli baby cot sekarang.
............. baby cot memang perlu kan?