Thursday, June 28, 2012

DILEMA BABY COT

Dah jejak 30w baru nak dilema bagai kan...

Mulanya rasa macam tak perlu nak baby cot bagai sebab penah terbaca kat mana ntah katanya bayi digalakkan untuk tidur sekali ngn mak n ayah (saya pun sokong sgt sbb sng nk BF n so so) pastu rasa macam baby tak kan pakai lama jadi sila tumpang mak ayah sudah. plus mak yang berfikir panjang ni, dah beli katil size super king dengan tilam yang tak meyerap hentakan untuk tujuan tersebut.

Plus lagi, mak dah beli portable baby cot kt MilkADeal yang murah, alih alih jumpa kat SINI lagi murah. haha. kenapa baru jumpa butik ni?? Rugi 8 hengget.



Tapi sekarang, tiba tiba rasa macam perlu. haritu tidur ngan Adam pun rasa tak puas sebab tak boleh nak pusing pusing berlasak. Maybe sebab sekarang memang susah nak cari posisi tidur kan... semua posisi tak kena.. alih alih dah subuh.. nangis!!!!

Faktor lain adalah bila mak order tilam kekabu harga RM300 then nenek bersuara, kenapa tak beli baby cot jugak.. bila nenek bersuara, maksudnya perlu sebab selama ni bila mak beli apa2, nenek suka geleng kepala tak faham kenapa perlu beli benda tersebut.. hahah. contoh macam ni


Zaman nenek dulu takde Sit Me Up Cosy ni jadi nenek tak faham kegunaannya.. hahah.. padahal mak pantang jumpa benda comel terus login maybank2u dan order.. tak kluarkan peluh pun dan esoknya barang dah ada depan mata. syurga dunia. saya beli ni RM150, tapi kat Lil' Rayyan Boutique jual Rm120 (including postage). Rugi 30 hengget!

Pastu terfikir, sampai bila anak nak tidur sekatil ngan mak n ayah kan.. jadi tak membazir pun kalau beli. beli yang 4 in 1 tu.. yang boleh bertukar jadi playpen, sofa bed n single bed.. jimat disitu kan.. then bila survey 4 in 1 convertible baby cot ni terjumpa la design design yang hati terus kata Ya tanpa fikir poket. terus hilang dilema dan rasa nak balik KL beli baby cot sekarang.



............. baby cot memang perlu kan?



Wednesday, June 27, 2012

kira minggu kira hari

Dup dap dup dap

Isnin lepas dah masuk minggu ke 30 ada anak dalam perut. Dah boleh standby apa yang patut kan.. BW sana sini, tgk orang dah start letak bag mak n anak dalam bonet.. saya? Laundry pun belum..

Persiapan, InsyaALLAH dah 75% siap.. Minggu lepas balik Kuantan shopping habis habisan. Saya suka shopping last minit di Parkson malangnya Parkson di JB TAK cukup BEST. Dua hari di Kuantan, selain sibuk kenduri doa selamat & kesyukuran untuk baby, saya juga sibuk pusing Parkson. Dan hasilnya lumayan sangat. memang muka suka buat kerja last minit tapi berhasil kan….

Dalam banyak banyak yang saya beli.. saya paaaaaling suka ini…

Tak sabar nak tunggu baby klua nak pakaikan blanket yang comel ini. Beli dua. Satu pink dan satu biru. Sebab dua dua pun comel.. Tapi kain yg pink tu lagi soft n sejuk. Anak memang jadi mangsa fesyen mak. Mak dulu gila Mickey Mouse, sekarang beli barang anak semua pun nak kena ada Mickey Mouse.

Kalau ikut check list, part feeding je yang saya belum sentuh lansung.. tengah pk nak beli ke tak pump, perlu ke breastmilk storage, n so so.. rasa macam nak beli juga pump walaupun saya tak bekerjaya tapi masih hold n hold. tengok lah nanti..


dan harini, ada checkup kt KK.. harap tak jumpa Dr Malas sebab nak tanya dan nak tau macam macam ni.. 


Wednesday, June 20, 2012

Antenatal class at KPJ JB

Sabtu lepas, me n encik suami pergi antenatal class at KPJ Johor Bharu. Bagus kelas ni untuk ibu bapa pertama kedua mahupun kelapan.. ilmu kan.. tapinya, berpadanan la dengan bayaran RM32 per couple, so kualiti kelas pun so so je la…

Kelas tu dibuat pada waktu petang. Jam 200 sampai 630 petang. Dalam kelas ada 18 couple. So agak tak best sebab ramai.

Banyak info actually for dummies parent, tapi kalau untuk parent yang tak berapa nak dummies, info tu agak boring la. Then takde praktikal. Sebenarnya tujuan g antenatal class sebab nk tahu real condition dalam labor room. Cara bernafas, meneran, n so so. Tapi non hado. Semua pun teori je la….

Sambil sambil tu pujuk baby supaya "behave" kat dalam. jalan jalan pergi labor room gtaw baby, klu behave boleh bersalin kat sini, tapi kalau tak... kita g HSI sudah.. kan? hihi. harap baby faham n dipermudahkan semua untuk deliver secara normal. amin.

cadangnya nk cari another class untuk antenatal class sementara masih ada waktu ni. tapi kat JB macam dah takde option. kena balik KL ke?

mommies, jum beli ni Baby's First Year Record Book RM37.50 only!!!!



Thursday, June 14, 2012

Doktor malas, air gula dan suntikan kancing gigi

Semalam g KK utk rutin check up.. 28w oredi 

Alahmdulilah, Hb, bp, weight gain semua normal.

Dan semalam ada tiga perkara tak best semasa check up.

Kena minum air gula. Repeat walau result lepas adalah tak bermasalah. Dah ready dan dah redha. Jadi sekali hadap jek selesai.

Pastu jumpa Doc. Ini paling tak best. Doc macam malas wat kerja boleh? Scan lebih kurang jek. Scan dan bisu. Saya minta Doc konfemkan jantina walau saya dah buat 3D / 4D sebab saja nak tau. Dia boleh cakap menyalahi etika kalau scan jantina baby. Ok. Tak faham dan malas nak panjang2.

Bila tanya uri camne,  Doc  boleh cakap tak perasan masa scan. What the kan……… pastu beliau belek belek noted Doc yang lepas lepas n said ok, next 2 week awak datang lagi kita check uri. Terus rasa malas nak tanya kedudukan baby normal atau tak.

Beliau duduk sambil belek belek noted lagi n suddenly said, eh, awak kena suntik ATT harini. Suntik kancing gigi. OMG. Kalau ikut pembacaan suntikan ni macam mengerikan… nak hilangkan gabra, pura pura ambil mood nak sembang ngan Puan Doc
.
Saya : untuk apa suntikan ATT ni ye Doc?
Doc : nak elakakn kancing gigi

OKEHHHHH FINEEEEEEEEE. Tak kan suntikan kancing gigi nak elak diabetes lak kan.
MALAS.

Dah la pening air gula tak habih lagi, Doc duk buat spoil emosi lak.. rasa nak muntah dan dan jek dalam bilik Doc. Sabar.

Pastu tadah tangan untuk suntik ATT. Redha dan pasrah. Tapi bestnya nurse yang suntik sangat lemah lembut sampai tak rasa pun kena suntik. Alih alih, eh dah siap..? kenapa xde rasa sakit / ngilu macam yang duk baca tu? Lagi sakit suntik amek darah kot…  15min later dah start rasa lenguh,  kebas tangan dan sampi pagi ni lenguh tu tak hilang. Tapi xde la teruk sangat sebab boleh menaip lagi ni kan….

Dan dah masuk 28w, takde sape suruh tanda pergerakkan baby, jadi tak payah buat. Kita buat untuk kita je kan baby…….

sekarang nak marah marah sangat pun malas. takut baby stress jugak. jadi selalu cakap ngan baby yang mak tengah marah ni, tapi mak nak bersabar.. sebab sabar tu separuh dari iman.





Thursday, June 7, 2012

3D/4D SCAN @ 26w5d

Assalamualaikum....

Baru sampai JB dari KB.. Jaaaaaaauhh!!! Rasa serik nak balik kg lagi.

Last Thursday, kol Ma tanya kenapa adunan cek mek molek saya lembik, sembang sembang tiba tiba Ma tanya bila nak balik Kg? Ma rindu.... terus x tahu nak cakap apa. tukar topik, tapi bila nak letak lagi sekali Ma buat ayat, "mari la balik kg..." serius rasa sebak. terus gitau encik suami, suh amek cuti nk balik jumpa Ma. Cuti dah tinggal 10 hari sebenarnya, tu yang kena kira betul betul kalau nak kemana mana.. nak simpan untuk puasa, raya, bersalin, lagi kan..

ok, itu intro. sebenarnya nak cerita pasal harta kesayangan dalam perut.

Disebabkan perjalanan yang jauh dari JB ke KB, mak yang paranoid bila anak tak aktif seperti sediakala menjadi super duper susah hati. paksa encik suami cari tempat untuk "dating" ngan baby. tapi sangat hampa bila KB sama je ngan JB, susah betul nak cari tempat wat scan 3D / 4D. pakcik Google juga lansung tak membantu.

Tapi semangat Mak tetap juga jitu, ajak encik suami menuju ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC) sambil sambil nak makan Nasi Kak Wok (Original) hihi.. Yes, tak sia sia sebab KBMC memang ada wat Scan 4D dan Dr yang handle adalah perempuan islam. TAPiiiiiiiiiiiiiiiii.. memang tak bernasib baik, bukan saja Nasi Kak Wok tutup, Puan Doktor kt KBMC pegi kursus la pulak... HAMPA! tapi sempat gain info yang bayaran kt sini RM200 (video+gmbar) tapi sila buat appoiment dulu. kos bersalin normal juga agak affordable, RM16++ only.. murah la kan..

Orang cakap malu bertanya sesat jalan, sebab tu dengan muka tak malu pantang nampak orang yang boleh ditanya, terus je terjah tanya mana nak buat scan baby n lucky me, ada klinik berdekatan yang buat scan ni. Klinik TMC dekat Billion KB dan Doktor yang handle jugak perempuan islam. Suka!

dan ini hasilnya.............



mula mula Scan 2D dulu. baby aktif sangat masa ni. dan bestnya EDD scan smua tak sama macam EDD ikut LMP. awal pulak ye... 


dan..
hye Mak!!!!!!


bukan je Mak memberat sehingga 59kilo, anak dalam perut pun dah 1.2kg.. besar jugak baby saya.. patut la saya pun berat.. hahah. Alhamdulilah, baby sihat walau kedudukan sonsang.. Doktor kata ada peluang lagi baby nak berpusing. sila doa doa dan doa... Laluan rahim saya pun dah terbuka.. leeeeeeega. syukur syukur.

Saya ada masalah uri kat bawah, dari awal pregnant Doktor cakap peluang nk bersalin normal adalah rendah. memang uri betul2 tutup laluan. risau runsing risau runsing la... tapi bila dh terbuka 1cm ni, rasa lega sangat2.... harap nti bila sampai masa, kedudukan baby normal, uri pn normal, dan dipermudahkan segalanya...... AMIN!

Senang hati, puas hati dan suka hati la lepas berjaya buat scan dan nampak baby bergerak main main kat dalam. Berbaloi bayar RM 150 tau.

Gender baby pun dah tau. Dah 2 orang Doktor cakap yang sama.. Ramai yang teka harta kesayangan saya lelaki. lelaki ke? saya tak nak percaya sape2.. nak percaya naluri sendiri je.......





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..