Friday, November 9, 2012

AISY BERKHITAN

Alhamdulilah

Selesai satu lagi tanggungjawab untuk Aisy.

Semalam sempena hari kelahiran yang ke 68, Aisy telah selamat dikhitankan di Poliklinik Dahlia and Surgeri di Taman Dahlia, JB dengan bayaran Ringgit Malaysia Dua Puluh Tunai.


Aisy relax jek sepanjang procedure yang tak sampi 5 minit itu. Mak dengan Ayah yang gelabah lebih. Seram. Ngeri. Kesian kat anak. Mula-mula Ayah nak tunggu kat luar, mmy x bagi. Jap mmy lak ajak ayh kluar. takut menangis. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan anak terbaring sorang sorang. jadi mmy paksa ayah tuggu jugak. Ayah duk jauh kat belakang. hehe. Mmy lak cari modal borak ngan nurse sebab tak nak fokus pada Dr yang muka masam macam kena paksa kerja tengah wat kerja.

Aisy bunyi eh eh jek x sampai 5sec then settel. Nurse cakap x sakit. pasni mungkin la pedih sket masa dia buang air, tapi takpe. Tak perlu letak ubat pape. bangun dari katil, Aisy pun dah sengih sengih, so lega. As a reward Ayah bawa jalan jalan. Mmy belanja baju dan ayah belanja Headband.

Ada orang cakap awal lagi mmy khitankan Aisy, tapi mmy rasa ada mak mak yang buat lebih awal. mmy saja buat awal sebab masa ni Aisy tengah tak banyak ragam dan mungkin tak begitu mengenali rasa sakit. ke Aisy sakit tapi mmy yang pandai-pandai buat teori sendiri? hihi.

Apapun, dah selamat. Update untuk 2 bulan, Aisy sekarang berat 5kg dengan ketinggian 60cm.

Dah besar anak mommy!!!! Dan sehingga harini, Alhamdulilah Aisy sihat cergas dan ceria sentiasa.

Esok Aisy nak jalan jauh.. Nak balik jumpa tokma n tokbah di Peringat, Kota Baharu nun.

Salam Jumaat semua.

Bye.

Eh, sempena Jumaat, nak tayang gambar Aisy melawa pakai baju kurung sempena Akikah @ Hari Raya Aidiladha la..

Aisy di pagi raya
Aisy di petang raya
Aisy yang sama ni. haha



3 comments:

  1. yay...dah sunat pun aisy.comel je berbaju kurung.ada size ek?

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulilahhhh dah selamat sunat baby aisy...comel lah aisy pakai baju kurung pinky hehehhe dah pandai bergaya si cilik auntie nih eh heheh ;)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selesai pon :)

    makin besar dh dia

    ReplyDelete