Tuesday, October 8, 2013

Taba Thailand Tanpa Buku Merah

Assalamualaikum Semua
Aunties dan Uncles yang serba gojes

Harini Aisy nak bawa aunty n uncle semua ke Taba Thailand.

Jom ikut Aisy..

Sejak dok kota bharu (wakaf bharu, spesifiknya) tempat belibur aisy dah berubah 270 darjah. Dulu dulu dulu Aisy ke jusco ke danga city ke angsana ke ikea ke OU ke UO ke pusat membeli belah yang berhawa dingin sekarang tidak lagi.. sekarang kalau ujung minggu mommy sama ayah bawa aisy ke wakaf che yeh ke rantau panjang ke pengkalan kubur dan ke Taba pada sabtu yang lalu. 

Taba.
Dah semua orang asyik asyik suruh pergi taba macam tempat wajib perhi kalau melawat Kelantan so bagi tak menghampakan permintaan marilah kita ke Taba.

Ada tiga pilihan cara untuk sampai keseberang sana. Empat kalau teror berenang! Dua pilihan yang sah dan halal serta satu pilihan yang tak berapa nak halal.

1. Naik bot ikut jeti yang disediakan. 
2. Naik sampan secara haram.
3. Naik feri bawa kereta.

Pergi ke Taba secara halal adalah renyah tau. Kena ada ic kena tunggu Q kena tunggu feri penuh bla bla berperaturan. Kiki.

Naik sampan biru.

Kami pilih pilihan kedua sebab kami tiga beranak takde ic. Ic hilang dah 3 bulan lebih tak buat buat lagi. Suami ku bizi melampau dan ntah kt mana JPN Kota Bharu ntah. Malas btoi nak google. Malas jugak nak p. Malas nak amek gambar ic sebab muka tgh gemok boleh dakk???

Dan kalau pergi secara pilihan kedua tak payah bawa buku merah. Bawa yang tamat tempoh pun tiada masalah.

Kena bayar dua ringgit satu kepala sehala. Kepala yang ada mata dua. Kalau kepala bahu dan kepala lutut tak kira. Kalau takde kepala??? Takutnya hoi kalau xde kepala pastu naik sampan...

Perjalanan nak ke seberang sana nun tak sampai pun 10 minit.. kejap amat jek. Takdan nak bergambar dah sampai. 

Kena pakai life jaket tapi ayah malas pakai. Mommy pakai siap ikat ketat ketat sebab takut.

Sebelum naik bot make sure korang singgah dulu pengkalan kubur untuk beli ais krim baba yang enak.

Aiskrim dua ringgit yang sedap la hai...
Bole request tanak agar agar nak jagung lebih kacang lebih pulut lebih roti lebih eskrem lebih takmau susu semua boleh request. Bayarnya tetap la ringgit malaysia dua sahaja. Ada few pot yang jual ais krim ni tapi pakcik yang jual paling depan kat kedai besar yang jual corelle tu paling bersih n paling baik dan paling ramah mesra.

ok kembali ke Taba.
dah sampai seberang setelah menaiki bot kira kira 6 7 minit apa yang dijumpai adalah.....


Kedai yang 92%dah tutup dan jalan yang lengang. Haha. Lambat sangat sampainya pun... menurut orang ramai nak ke Taba mesti berpagi pagi baru meriah. Ni pergi dah hampir jam 6. Kedai tutup dah la.. 

Basically apa yang ada di Taba sama jek macam yang ada kat pengkalan kubor wakaf che yeh rantau panjang cuma mungkin lebih murah. Mungkin kalau anda bijak menawar dan pergi pada musim yang sesuai. Sebab kami beli asam sepuluh hengget untuk 4 bekas sama jek harga macam kt kedai nun..

Oleh kerana kedai dah tutup mari kita jalan jalan amek gambar feeling feeling melancong dan pulang.




Dan bila orang tanya dapat apa ke Taba??
Boleh la jawab "dapat penat je..."
:))





14 comments:

  1. Dapat penat? Ye ke Aisy? Bukan Qi tgk dapat tgk dan nikmati permandangan indah di sana ke Aisy...cantik ye lautan di Taba...sekali ngan sampan huwaaaaa manyak syok kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok la umi.. nek sampan mcm org dulu dulu. T abg qi dtg kelantan aisy bawa abg qi pergi sana...

      Delete
  2. wah...pegi obersea tu...takde ic lagi...hehe mesti lagi seronok kalau pegi waktu pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah. Klau pagi meriah mcm pasar kat wakaf bharu ni kot..

      Delete
  3. bestnya....naik sampan lagi.....ice cream tue buat kita terliur la tengok

    ReplyDelete
  4. selalu gak denga org sebut taba ni tapi tak pernah sampai! hahaha

    ReplyDelete
  5. syoknya jln2...xpnh g mn2 negara org..mesia pun xabis pusing..

    ReplyDelete
  6. Pengkalan kubor dekat dah dengan kg hana. Last hana g Taba tu masa sekolah. Sejam kes bom kat Taba tu, dah tak berani nak g. Memang bezakan sgt harga kat sana tau.

    ReplyDelete
  7. tak pernah dengar taba.. tapi macam syok je.. cube pergi pagi2.. lepas tu share lagi kat sini.. kalau ke pantai timur.. boleh la fifi cube ke taba pulak..

    ReplyDelete
  8. Comelnya aisyi!! Keluarga bahagia nih. Alhamdulillah...
    Harap 1 hari nnt boleh pi mcm ni jgk. :)

    ReplyDelete
  9. best nmpak...nk kena gi jgk la kalau cmni...tp kna tggu lepas bersalin la nmpak gayanya ni...hehe....

    ReplyDelete
  10. yati~ rara xpenah g mana mana,g kelantan duk umah je.sadis kan.ritu ngat nk g rantau panjang.tapi xjd.lain laki nk g jugak.xkira!

    ReplyDelete
  11. Boleh ke pergi cmtu? Walaupun org luar? Teringin nak pegi... Tapi suami je yg IC Klate... Saya n anak2 IC KL...

    Jemput singgah my blog jgk ye....

    www.blog-wafee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh xd masalah la bkn ic kelantan. sy pun x gang 03. dia x tgk ic pun..

      Delete