Thursday, September 11, 2014

GIGI ANAK ROSAK


Rezeki Aisy ada gigi tak berapa nak cantik.
Ujian Allah sebab Dia tau aku paling obses dengan gigi.

Masa Aisy kecik kecik dok la berdoa agar gigi dia tumbuh lambat macam Abg Adam ( Adam bergigi setahun tiga bulan). Sepuluh bulan, Aisy start menapak dan berjalan, mak punya hipotesis mesti gigi dia akan keluar lambat.  Tapi hampa sebab sebulan lepas tu gigi Aisy dua batang menunjukkan diri.. mak nak anak gigi lambat supaya gigi lambat rosak dan mak tahu keupayaan diri mak.. mak takut ta mampu nk tolong gosok gigi anak.. hehe.

Setahun pertama gigi anak naik cantik takde masalah. Tapi langit tak selalunya cerah.. masa umur Aisy setahun empat bulan dia terhantuk dan gigi dia crack. Dan selepas tu bermulalah masalah gigi Aisy.. masalah ni sebenarnya bukanlah masalah pun bagi yang dok pk gg susu kan.. esok naik gigi lain pulak.. tp bg mak Aisy, ni masalah terpaling besar.. 

Faktanya memang gigi akan tumbuh. Tpi bila? Mungkin empat lima tahun lagi.. dan kalau gigi susu rosak awal takkan aisy nak rongak lama lama dan paling d khuatiri nnt gigi yg bakal tumbuh tidak dapat tumbuh dengan baik. Sangat bermasalah.
Gigi Aisy belum rongak tapi dah berlaku karies yang agak teruk pada pandangan mmy.

SEBAB KARIES???

Orang kata, anak hisap FM lagi senang rosak giginya. Tapi Aisy full breastfeed. Full dan direct. Xde botol xde puting. Nah sekarang gimana??? Susu mak ke yang manis berlemak lemak sangat?? Mungkin mungkin sebab mak kan hantu kek kek dan kek. 

selalunya orang cakap (org cakap lagi....) disebabkan makanan manis..ye. tpi d pihak Aisy mcm mustahil makanan manis sebab Aisy tak pernah telan gula gula. Keropok. Jajan jajan. Ais krim. Dan air air manis. Mungkinkah makanan manis dari mak.... mungkin mungkin!!

tak gosok gigi pun mungkin bukan penyebab utama sebab Aisy gogok gigi setiap kali mandi dan sebelum tdo. Pakai ubat gigi tanpa floride pun dah dengan floride pun dah. Bukan setakat gosok malah siap ada tooth mousse yg digunapakai selalu.


Tooth mousse ni beli dari kawan Dr gigi di sabah nun. Jauhhhh nar membeli sbb masa tu tak tau ada kawan blogger pun jual. RM70. Ada macam macam perisa. Dan sedap la kot smpai Aisy suka sangat. Mungkin tooth mousse ni kurang berkesan pada Aisy sebab dia suka makan. Sapu time malam masa dia tengah tdo, bole tak dengan mata terpejam "mmy, nak agi..." pastu cup cap cup cap makan.

Setakat ni dah lima kali bawa Aisy jumpa Dr gigi. Dan dari cakap cakap mungkin la gigi Aisy memang jenis gigi kapur atau memang mak dia la bersalah dalam hal ni. Mak hanya jaga dari segi fizikal jek, tapi mak lupa faktor faktor lain. So bawa anak jumpa Dr gigi, mak yang dapat nasihat...
"Puan kena kurangkan makanan manis"
"Puan kena minum banyak susu supaya anak dapat kalsium"
"Puan kena pastikan anak gosok gigi dengan cara yang betul"

Mencari solution untuk masalah gigi Aisy bukan jugak mudah sebab kanak kanak ni bukanlah senang sangat nak berkejasama dengan Dr. Kadang-kadang sampi mmy ayah abang semua kena jumpa Dr jugak. Kena periksa jugak. Untuk bagi anak kekuatan sokongan.

Bertabahla Dr melayan kami empat beranak. Terima kasih!!

Bulan lepas bawa Aisy jmpa Dr Zati  (Klinik gigi Syarifah, Kuantan) Dr kata bole tampal gigi Aisy.  Tampal untuk stopkan karies dari merebak. Tampalan Glass ionomer cement. Malangnyaaa Aisy tak nak. Bila dia nangis meronta susah la nk buat sebab cement tu tak bole kena air liur. Nak tampal 3 minit jek tapi Dr pujuk setengah jam. Dr siap nyanyi bagi belon Aisy booolayannn jek. Tutup mulut rapat2. Mmy siap suh Dr pingsankan anak. Haha. Tapi Dr xbole buat sebab klinik drang tak de lesan untuk guna gas tu.. eh, memang ada tau klinik yang pingsankan anak baru dia cuci gigi.  Dr Zati bagi no kawan dia yg bole buat tapi di Shah Alam nun.. Price start from 40 pergigi dan sedutan gas bermula dari RM150 bergantung pada jumlah gas yang disedut.. Tak berkesempatan lagi nak pergi sebab dok tunggu suami.. kalau ikut mmy hari tu jugak mau selesaikan semua.

Dan sampai sekarang masalah gigi Aisy belum lagi selesai sepenuhnya. Tapi mmy dah amek langkah dengan mengurangkan makanan manis. Susu pun dah start minum jugak. Kesian dia. Kesian mmy jugak!! Sekarang ni sentap sangat bila dengar org cakap gigi anak rosak sebab mak suka bagi anak makan coklat. Walau tak kata kat saya, saya terasa..







25 comments:

  1. Ohoi..tetiba risau..dan2 check gigi darwish..

    ReplyDelete
  2. My dear Hayati Hashim bila baca statement ni "Sekarang ni sentap sangat bila dengar org cakap gigi anak rosak sebab mak suka bagi anak makan coklat. Walau tak kata kat saya, saya terasa.." betullll...x perlu la org lain dok telek gigi anak org lain...mak bapak pun ada perasaan gak...ish diorang ni byk naa masa sibuk hal org lain...Aisy sayang go go dear...nanti gigi kekal naik yg betul sure betul2 cantik tau...takmo sedih2 naaa...senyum selalu kt mama aisy tau...

    ReplyDelete
  3. macam teruk jgak masalah gigi ni yer.. adoii.. ciknaa selama ni ambik remeh je sbb afiq jenis takde masalah gigi walaupun jarang jgak gosok..ekeke..

    ReplyDelete
  4. bagusnye aisy ngn adam elok je dok check gigi tu. kalau shaheem kompem2 meraung melalak. xnak naik pun kusi tu. amal pun risau ngn gigi shaheem ni. dia mmg peel x suka gosok gigi. huhu

    ReplyDelete
  5. uhhuuh gigi anak lin pun rosak. tp yang no 2 tu elok.

    ReplyDelete
  6. saya mengalami msalah yang sama...huhu
    tapi xjumpa doc lg

    ReplyDelete
  7. tak tau camane nak prevent...sebab nye ummi imran ni stok yang malas jugak nak gosok gigi imran. Bukan ape... bila nak gosok gigi je, mengamuk macam nampak hantu. kadang2 paksa jugak gosok...kadang2 tertonggeng ummi nye dalam bilik air penangan imran yang mengamuk. adoi...camane ni?

    ReplyDelete
  8. tergelak2 sy baca post akak kali ni..berlemak manis tu..hahaha..gigi shahadah pn makin teruk wlpn sy da tonyoh hari2 tiap kali mandi..redha jela..

    ReplyDelete
  9. bole dptkn detail klinik shah alam tu? pls emel norazah_as@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. boleh tau mane nak beli tooth mousse..blogger mane yg jual tu? hehe..

    ReplyDelete
  11. Salam..dear,boleh sy dapatkan no fon dentist shah alam tu?..yg boleh sedut gas tu..anak sy mmg ngamuk2 tiap2 kali g dentist..bukan sbb sakit..nak tgk je pun da ngamuk..doktor pun mcm give up..

    ReplyDelete
  12. Nama ank sama dah..masalah sama gak...stress ngn gigi anak.

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Boleh bagi detail klinik gigi yg kt shah alam tu? Email : nelnucifera29@gmail.com

    Terimaksh ^_^

    ReplyDelete
  14. Salam
    Nak juga contact number klinik gigi di shah alam tu.. Thanks dalila.abas@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Ank sy juga punyai masalah yg sama. Bru setahun 4 bulan. Gigi nya mcm ada karies. Padahal full bf n mknn dia home made. Dia sgt suka gosok gigi. Suami sy ckp sbb ank bf ni ngempeng. Sedih tau. Sy cdg nak g dentist jugak lah..

    ReplyDelete
  16. Boleh bg detail jugak klinik gigi shah alam tu emel asma1643@gmail.com

    ReplyDelete
  17. assalam kak
    saya nak tampal gg anak dua org penat cari no tefon klinik yang bg gas . boleh dapatkan number klinik yang bagi gas kat shah alam tu? no fon saya 0162615906- yani terima kasih

    ReplyDelete
  18. assalam boleh tinggalkan no fon klinik gigi yang bg gas penenang tu. anak saya trauma nak tampal gigi terima kasih
    urgent tyvm :)
    yani, 0162615906

    ReplyDelete
  19. boleh tak bagi number telefon klinik yang kat shah alam tu?

    ReplyDelete
  20. boleh tak bagi saya number fon klinik yang dekat shah alam?

    ReplyDelete
  21. email kan kat nurain@mna.com.my

    ReplyDelete
  22. hai Mommy Aisy. Mau tau kisah selanjutnya psl gigi c anak. Bagaimana process perubatan gigi c anak.

    ReplyDelete
  23. bole tak bg detail klinik kat shah alam tu plase... anak saya baru 1thn10bln pon dah start karies yg teruk.. samapi ade 1 gigi tu dah mkn pendek aje dah terhakis..
    please email syazanazainal@gmail.com

    ReplyDelete
  24. assalam puan.. saya sgt memahami apa yg puan rasa.. anak saya umur setahun empat bulan dah mula kena karies gg... sian dia... dia bf sepenuhnya..saya tak bg mknn manis pun...saya asik tercari2 dimana silap saya...huhu...4 org anak saya sblm ni tak pernah pun gosok gg masa umur 3 tahun ke bwh, tp gg mrk elok dan cantikk...
    puan, saya nak pergi klinik gg shah alam tu... bole bg saya no phone dan alamat klinik? emel saya halina1407@yahoo.com.my TQ

    ReplyDelete
  25. saya pon anak saya mengalami karies gigi jugak..pergi dah klinik kesihatan nurse xde la..nurse pergi lawatan dekat sekolah la..dtg nnt la..xkn tiap2 minggu asyik nk cuti je. huhu

    ReplyDelete