Selamat hari ibu buat semua ibu
Untuk Umi yang melahirkan saya
Untuk Ma yang melahirkan encik
suami
Tanpa Umi Tanpa Ma
Mana mungkin saya dan suami
bersatu ;)
ALHAMDULILAH
Saya belum diraikan sebagai ibu
walau perasaan dan tanggungjawab sebagai ibu telah lama wujud dan telah lama
saya galas. dengan rela.
Kerana saya bukan ibu sebenar..
Kerana saya bukan ibu sebenar..
Bukan ibu yang melahirkan..
Dan saya tak minta untuk diraikan kerana biarlah yang pertama untuk saya adalah dari zuriat yang tuhan kurniakan.. amin.
Tapi saya mahu biarlah satu hari nanti Adam tahu dan faham, sayangnya saya pada Adam tak sama sayangnya saya pada Faiq, Fuad, Qysara, Mifzal, Aunie mahupun Amnie.
Sayang saya pada Adam kadang kadang sama banyak dengan sayang saya pada
Azam dan selalunya lebih banyak dari sayang saya pada diri sendiri. Sungguh
saya sayang.
Adam bersama saya sudah lebih dua
tahun. Kalau saya sebenar ibu, sungguh saya bangga punya anak sepintar dan
secomel Adam.
Dari tapak kakinya sebesar dua
jari, saya disitu melihat setiap inci tumbesaran dan melalui setiap muka surat
kehidupan harian Adam.
Walau bukan sebenar ibu, pernah saya
menangis bila terpaksa memegang kuat kaki Adam setiap kali kunjungan ke klinik
ibu dan anak. sakitnya melihat lebih banyak dari sakit yang merasa.. saya sudah
menjadi ibu ketika masih bujang dan saya tidak pernah merasa terbeban.
Walau bukan sebenar ibu, saya
tahu susu terbaik untuk Adam dan saya selalu mahu memberikan yang terbaik untuk
dia. Kalaupun susu Adam bukan beharga ratusan ringgit, tapi itu yang paling
baik buat Adam.
Saya yang masih bujang, selalu
membawa Adam kekelas ketika masih belajar kerana tidak betah meninggalkan anak
dirumah. Dan kadang kadang saya ponteng kelas kalau Adam meragam.
Saya yang bukan sebenar ibu pergi
lewat dan pulang seawal mungkin dari tempat kerja kerana rindu pada Adam.
Hari minggu untuk berdating juga
adalah masa bersama Adam.
Ketika bergelar isteri, saya
masih bersama Adam. Tiada istilah berdua dalam kehidupan saya kerana saya sudah
dan selalu ada Adam. Dan sungguh saya teringin untuk berdua…….
Ketika saya mabuk dan tidak
pedulikan diri sendiri, saya perlu kuat untuk mandikan Adam, melayan Adam
bermain, dan masakan makanan Adam.
dan semua ini saya lakukan dengan rela kerana kasih sayang saya pada Adam melebihi segala walau saya bukan sebenar IBU.
Dan Adam, Aunty percaya kuat, yang satu hari kita akan terpisah.. yang satu hari, hak Aunty akan diprtikai dan dipandang sepi.. Aunty akan bersedia untuk itu dan Adam kena selalu tahu yang Aunty walau bukan sebenar ibu akan selalu sayangkan Adam dan mengharapkan yang terbaik untuk Adam.
Doakan yang baik baik untuk kita ye sayang...
dina ingatkan adam tu anak buah kak yati..isn't he?
ReplyDeletewalaupon tak tahu hujung pangkal cerita, tp entry ni buat i sedih...xtau knp
ReplyDeleteyati...
ReplyDeletesedihhhhhh