Monday, May 14, 2012

bukan sebenar IBU


Selamat hari ibu buat semua ibu

Untuk Umi yang melahirkan saya
Untuk Ma yang melahirkan encik suami

Tanpa Umi Tanpa Ma
Mana mungkin saya dan suami bersatu ;)
ALHAMDULILAH

Saya belum diraikan sebagai ibu walau perasaan dan tanggungjawab sebagai ibu telah lama wujud dan telah lama saya galas. dengan rela.


Kerana saya bukan ibu sebenar..


Bukan ibu yang melahirkan..


Dan saya tak minta untuk diraikan kerana biarlah yang pertama untuk saya adalah dari zuriat yang tuhan kurniakan.. amin.


Tapi saya mahu biarlah satu hari nanti Adam tahu dan faham, sayangnya saya pada Adam tak sama sayangnya saya pada Faiq, Fuad, Qysara, Mifzal, Aunie mahupun Amnie.

Sayang saya pada Adam kadang kadang sama banyak dengan sayang saya pada Azam dan selalunya lebih banyak dari sayang saya pada diri sendiri. Sungguh saya sayang.

Adam bersama saya sudah lebih dua tahun. Kalau saya sebenar ibu, sungguh saya bangga punya anak sepintar dan secomel Adam.

Dari tapak kakinya sebesar dua jari, saya disitu melihat setiap inci tumbesaran dan melalui setiap muka surat kehidupan harian Adam.

Walau bukan sebenar ibu, pernah saya menangis bila terpaksa memegang kuat kaki Adam setiap kali kunjungan ke klinik ibu dan anak. sakitnya melihat lebih banyak dari sakit yang merasa.. saya sudah menjadi ibu ketika masih bujang dan saya tidak pernah merasa terbeban.

Walau bukan sebenar ibu, saya tahu susu terbaik untuk Adam dan saya selalu mahu memberikan yang terbaik untuk dia. Kalaupun susu Adam bukan beharga ratusan ringgit, tapi itu yang paling baik buat Adam.

Saya yang masih bujang, selalu membawa Adam kekelas ketika masih belajar kerana tidak betah meninggalkan anak dirumah. Dan kadang kadang saya ponteng kelas kalau Adam meragam.

Saya yang bukan sebenar ibu pergi lewat dan pulang seawal mungkin dari tempat kerja kerana rindu pada Adam.

Hari minggu untuk berdating juga adalah masa bersama Adam.

Ketika bergelar isteri, saya masih bersama Adam. Tiada istilah berdua dalam kehidupan saya kerana saya sudah dan selalu ada Adam. Dan sungguh saya teringin untuk berdua…….

Ketika saya mabuk dan tidak pedulikan diri sendiri, saya perlu kuat untuk mandikan Adam, melayan Adam bermain, dan masakan makanan Adam.


dan semua ini saya lakukan dengan rela kerana kasih sayang saya pada Adam melebihi segala walau saya bukan sebenar IBU.


Dan Adam, Aunty percaya kuat, yang satu hari kita akan terpisah.. yang satu hari, hak Aunty akan diprtikai dan dipandang sepi.. Aunty akan bersedia untuk itu dan Adam kena selalu tahu yang Aunty walau bukan sebenar ibu akan selalu sayangkan Adam dan mengharapkan yang terbaik untuk Adam.

Doakan yang baik baik untuk kita ye sayang...





3 comments:

  1. dina ingatkan adam tu anak buah kak yati..isn't he?

    ReplyDelete
  2. walaupon tak tahu hujung pangkal cerita, tp entry ni buat i sedih...xtau knp

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..