Tuesday, July 16, 2013

Masalah bila mak baru tak diberi kepercayaan untuk jaga anak dia dengan cara dia sendiri

Kami takde menu nak kongsi sebab kami takde rumahtangga. Hihi. Duduk rumah orang yang bukan rumah sendiri automatik takde rasa nak masak. Makan sajala apa yang orang masak.

sekarang dalam tekanan. Aisy dok kg orang suka suap macam macam. Read murtabak, serimuka, karipap, bingka ubi, bubur kacang dan macam macam la. Stress mak.

Bukan sebab mak x masak. Mak bangun pagi dah masak bubur untuk Aisy. Kekg petang bakar roti ke biskut ke buah buahan ke. Cukup untuk tumbesaran dan gizi seharian Aisy.

Tapi orang......
Aisy gigit remote dikatany aisy lapar. Aisy gigit selipar dikatanya aisy lapar. Pendek kata Aisy lapar memnjang. Seropa perut Aisy sebesar perut kita.

Bila tengah suap aisy makan makanan Aisy nti ada yang datang bagi aisy kuih. Aisy makan. Dikatanya aisy suka kuih dari makanan mak masak sebab mak masak xde gula garam dan sebagainya.  Stress.

Dan the list go on....
pendek kata apa mak buat tak kena sebab mak ada anak sorang yang umurnya sepuluh bulan sedangkan mereka ada dah berbaris dan sihat sihat belaka.

Dlu kalau baca kt fb or blog mak mak yg ada masalah mcmni. Mak boleh komen supaya mereka bekeras. Nowwww mak yang kena. Dan percayalah dah puas berkeras dan hampir hampir nak meninggi suara serta bermasam muka. Tapi masalah tak juga selesai.  Masalah bila mak baru tak diberi kepercayaan untuk jaga anak dia dengan cara dia sendiri.

 sekarang mak dapat idea. Masa berbuka mak minum air dan cubit cubit kuih lalu ambil anak dan masuk bilik. Nanti nanti la makan  kalau biar aisy duduk di meja untuk berbuka sekali, percayalah akan ada yang suap aisy air tebu.



kenapa susah nak fahamkan makcik bahawa anak saya adalah baby dan dia akan masukan kedalam mulut segala apa yang orang suap. Bukan sebab yang orang suap tu sedap. Bukan!!




tak percaya???
cer try suap ipong five.


12 comments:

  1. Hoh tidak patut...sepatutnya biarlah kita sendiri tentukan apa anak makan...sbb nanti sakit bukan diorg nk bicara anak kita...lari adalah...cobaan nih...kesian aisy...harap sgt aisy sihat

    ReplyDelete
  2. sabar yea sis...hal cmni mmg susah nak selesaikan...

    ReplyDelete
  3. btl2..baby ni ko suap la apa pun..dia nganga saja...ko suap batu pun dia telan..bkn sbb sdp..tp dh sbbpeel baby ko suap aku telan...haila..napa la ada yg suka suap2 sesukahatinya kan...gggrrr...

    ReplyDelete
  4. Huhu..ni perkara biasa sis yg berlaku.jgk kt akk..ms g knduri ada je yg suap air biru tu kt aish..lg la haru..bdk tu kck lg dh bg mcm2 rasa..nk tampo je muka org tu

    ReplyDelete
  5. Org lah lalui dh.mmg mula mula sedih.stress.tp xtau nk buat mcm mana dh.nk marah kang.kecik hati.masam muka.so tepis tepis cm tu jelah.kalau ada suami.selalu suami akan marah.tp bila suami xde.ada lah kdgbkdg redha.hmmm payaj kan duk umah org.sbr ye mak.hehehe

    ReplyDelete
  6. Huhuhu. Masa arissa baby dulu tak ada yang buat gitu. Alhamdulillah. Kalau x kompom kite banyak makan hati. =_=' Tapi masa arissa dah besar nih ada yang tak faham bahasa jangan bagi sebab anak dah makan. Arissa dah makan bubur nasi pukul 8. Dia bagi anak diamkn pkl 10 bubur jugak suap arissa sekali. Last2 sy angkat anak masuk bilik, pastu saya kkemas2 kuar dr umah mentua. Huuuu.

    ReplyDelete
  7. Betull...budak ni akan nganga je bila orang suakan benda..cer suakan tgn nganga jugak. Bukan sebab lapar tapi tu la kekdahnya budak nak belajar sume benda. So far daku berjaya lagi menghalang makanan yang tak tentu hala masuk mulut anak dengan cara tak keluar g rumah MIL ke sedara mara dan tak bg org pegang. Hahahaha. Tapi daku percaya kalau org start nk suap benda tah pape, automatic akan terkeluar suara tinggi. :D

    ReplyDelete
  8. saya faham tu...
    walopun tak mengalaminya lagi, tapi saya faham...
    mesti saya kan merasakan hal yang sama kalo saya mengalaminya...

    Anak saya jumpa apa2 benda semua nak kutip masuk mulut, tapi saya tau itu perkembangan dia, bukan dia lapar...

    Sabarla, adakalanya kita terpaksa berdiam...tapi kita cuba menanganinya dengan baik...

    ReplyDelete
  9. Aduhaii..konflik nya rasa kan..sekarang pon kat rumah FIL saya pon hal sama terjadi.."bila nak bagi makan ni" "sampai bile"..haish tak reti sabar kan mereka-mereka ni..huhuhu

    ReplyDelete
  10. saya faham perasaan tu.. nak tegur, mereka yang lebih makan garam... ketap gigi aje la tahan sabra... huhuhu

    ReplyDelete
  11. macam kes kawan saya..sabar ok.. ;)

    ReplyDelete
  12. betul lah!
    sy wlupn anak baru 3bln dan wlupn bukan kes makanan tp kes EMB..boleh ke kata anak kite x kenyang dgn EBM..cair je, klu bagi FM anak sedap minum kenyang..pastu siap lagi anak lebih suka FM..uwaaaaa stress betul! memang kekadang tertarik muka.

    pendek kata dorang akan guna ayat yg dorang dah bela anak berderet², kita baru sorang.. -.-" risau raya nanti mesti akan ada yg calit² ke mulut baby..huuuu

    ReplyDelete