Thursday, July 11, 2013

SAMPAH : BUKAN PADA SEMUA

Selamat Berpuasa All. jangan duk gelabah tengok keyboard pun terbayang cheeskut tau.. x baik. hihi.
tahun ni sambut puasa tanpa suami. takpela, yang penting both puasa walau dimana pun jua. harap harap puasa harini tak mengganggu production susu. Aisy walau dah makan solid, masih jugak kuat menyusu. Semoga dipermudahkan olehNya.

Tajuk kat atas mengimbas kenangan masa jadi lecturer ngajar kanak kanak pasal sampah sampi ada yang panggil daku ms sampah. Ni kes pindah rumah la ni. minggu lepas daku balik rumah Johor untuk kemas barang. walau stay Johor setahun lebih baru, barang boleh tahan banyak. so decide untuk jual mana mana yang boleh jual. paling nak jual peti ais sebab paling tak suka peti ais kat rumah tu. peti ais baru beli, tapi sebab design daku tak berkenan memang spoil seluruh dapur sebab peti ais. dan takde orang nak beli peti ais tuh. kikiki. bertahan la smpi jumpa pembeli, guna la dulu, pura pura tak nampak.

So decide nak jual sofa dan katil sebab kalau nak angkat masuk rumah baru macam dah tak cukup space sebab rumah semenyih pun nak angkut ke KB. Dalam keadaan malu malu buat la notis penjualan dan malu malu pergi tampal kat notis board bawah rumah. Petang tu bertalu sms masuk and ada 3 4 orang kol tanyakan sofa. Senyum!


Sofa tu daku tempah almost 3 years dah la. Mahai kot masa tempah tu. Sekali ngn cabinet tv RM1200-RM1400. Tak hengat tapi memang range camtu la. Jual sofa saja sebab cabinet masih boleh difikirkan kegunaan. Katil tu pulak baru beli 2 bulan. Harga beli sekali tilam RM700. Ni memang markdown price habis habisan dah ni.

Konsepnya siapa cepat dia dapat. Xde booking booking.hihi. sofa dapat smbutan hangat siap berebut makcik 2 orang. Tpi sebab makcik anak 5 sampai dlu. Daku bagi kat makcik anak 5. Ini pointnya. Makcik anak 5 dan dah 2 tahun pindah situ tapi still takde sofa. Makcik anak 5 bgtau dia dh lama nak beli sofa tapi kalau kat kedai mahal sangat. Tak tersimpan duit dia. Bila tengok sofa merah kami dia siap tak caya harga sofa 200. Dah beli sofa, siap request nak beli meja kecik ikea yang 29.90 tu. Ada 2 biji. Jadi jual jek la. Jual 20 untuk 2 biji.

ada yang datang tanya katil saja tanak tilam. Pun daku jual. Ada yang tanya tilam saja pun daku jual. Ada yang datang bila barang habis terjual tanya barang lain. Dah jadi kedai perabot malam tu rumah ku. Meja makan pun jual. Dalan sayang sayang tapi sebab ada yang bertanya, jual jugak la. Pastu jual almari buku 2 biji. Cermin besar pun ada orang nak. Tapi sayang kot. Hihi.

Sebenarnya nak cerita kadang kadang kita rasa benda tu macam tak berguna pada kita. Tapi pada orang lain benda tu mungkin permulaan ke arah yang lebih baik. Seronok bila kau tau kau bole tolong orang. Malam tu daku yakin pasti 5 orang anak makcik tu seronok melepak tengok tv atas sofa. ada makcik yang dapat tdo atas katil bukan tilam semata buat pertama kali selepas setahun. ada anak anak dapat tilam baru dan ada yang pasni boleh makan atas meja tak perlu bersila. Barang lama bagi kita baru bagi mereka. So jangan buang barang anda sesuka hati.

Selain makcik pakcik anak anak, tokey kedai perabot pun seronok malam tu sebab hasil jualan dapat beli hadiah untuk anak yang ke setahun.

:)



8 comments:

  1. ingat mase ciknaa bujang dlu, perabot cari yg kat mudah or beli murah2 je.. now, dh ada family sndiri alhamdulillah dpt rezeki beli yg lebih baik.. rezeki anak2..

    ReplyDelete
  2. haa senang dah nk pindah, rumah kosong, habis semua org beli..haha

    ReplyDelete
  3. Rezki untuk sis dan org yg membeli..glad

    ReplyDelete
  4. haha,,tokey kedai perabot =)

    ReplyDelete
  5. Hehe..terus jd kedai perabot..tp betol la,drpd buang je,jual ngn harga yg berpatutan,org lain dpt merasa.. Mcm makcik ank 5 tu,rezeki dia dpt beli sofa tu.

    ReplyDelete
  6. subhanAllah... murah rezeki.. best kalau ape kite nak jual tu laku.. tak bergune untuk kite.. tapi sgt bernilai untuk org lain..

    ReplyDelete
  7. Kalo Umi QI dok johor sure habis umi Qi sorang je balon beli..hoh sofa tuh cantik...murahhh sgt patot lah berebut hahaha

    ReplyDelete