Friday, October 14, 2011

sebelum hari yang kedua puluh lapan


insyaALLAH dengan izin ALLAH, tinggal 27 hari lagi saya membujang. semoga DIA mempermudahkan segalanya.

Akad nikah pada 11.11 insyaALLAH akan berlaku di tempat permainan semasa kecil, Kepala Batas, Kedah. Kalau sebelum ni, saya berangan angan nk adakan open kenduri di tepian air terjun, nah, sekarang saya terpaksa lupakan hasrat yang satu tu. saya merancang dan perancangan Allah melebihi segalanya.. Akad Nikah akan menjadi satu majlis yang "tertutup". sedih. saya hanya akan menjemput kawan kawan yang betul betul tidur sebantal sekatil dengan saya sahaja. saya kena hormati keputusan mereka yang bertanggungjawab ke atas saya. nanti kalau lawan jadi anak derhaka lansung tak boleh kawen kan. laaagi seksa. kan? ok pasrah.

borang borang nikah, Alhamdullilah, semua dah setel.. tggu masa nak dihantar ke PPN Kedah. walau sedikit rumit jugak pada permualaan, yang kat Johor tu la susah. nak ambil borang pun harus tggu giliran lama lama.  dah la kena beli, kalau selangor boleh download free je kan. mudah. pastu time nak hantar pun camtu, siap ada temuduga mcm temuduga kerja. kebetulan masa other half saya hantar borang, yang jaga kaunter adalah kakak perempuan yang banyak tanya. kena la baca doa qunut, mengucap, al fatihah, rukun nikah, pastu ajak sembang sembang tanggujawab suami isteri, lama juga la. mungkin sebab dh petang.. kakak tu dah boring nak balik, jadi ajak bercerita macam macam. tapi Alhamdulilah... dah dapat surat kebenaran kahwin.

yang lain lain pun dah settel. Alhamdulilah.


dan sekarang masa untuk penuhkan ilmu rumahtangga didada =)

sebab encik bakal suami sekarang sebelum tidur dah pandai nak baca kisah tanggungjawab isteri.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..