Monday, August 27, 2012

PERTAMA DAN TERAKHIR BERDUA

SELAMAT HARI RAYA SEMUA SEMUA

Harini dah 39W... ALHAMDULILAH!!! Sungguh tak sabar nak peluk baby sendiri. Tipa hari ajak baby keluar. haishhhh.

Tahun ni pertama kali menyambut raya berdua sebagai husben n wife dan INSYAALLAH mungkin yang terakhir jugak sebab tahun depan dah ada baby A.. hihi. BEST!!!

Dan entry pendek ini untuk semua yang menunggu dengan sabar gambar mak yang memberat 64kg.. percayalah, sungguh tiada nafsu mahu bergambar.. Tapi sebab ni yang pertama, ku gagahi jua...



kenapa ntah gmbar tak boleh rotate.. belasah jek la..
kesimpulannya, dua dua pun gumuksss. haha

Wednesday, August 15, 2012

kebocoran ketuban dan pengalaman kena seluk

Salam 26 Ramadhan, mesti semua dah bunga bunga mekar setaman mood nak beraya kan?

ME?? NON HADO.
baju raya, tudung raya, kasut raya.. semua pun xde. 
duit raya je berjaya tukar kat bank. tu pun sebab ada abang keje bank. klu harap diri sendiri, non hado jugak la jawabnya... sedih.
untuk diri sendiri tiada, untuk husben pun tiada. untuk adam pun tiada. ADIL DI SITU ;) insyaAllah untuk Adam akan diusahakan jugak.. sian tecik tu tak beraya nanti

Eh? bukan cerita raya..
Actually nak cerita pasal kebocoran ketuban dan pengalaman kena seluk.

Kronologi sebenarnya dari sabtu petang tengah baring tetiba bila bangun rasa basah semacam. ingatkan terkencing ke apa, tapi tiada bau. hati tak runsing sebab rasa baby gerak aktif sangat. then malam tu bila tidur rasa macam air mengalir keluar slow sangat. pun tak risau sebab baby gerak aktif dan abaikan.

Ahad pagi saja saja sembang ngn BFF pasal tu dan dia suruh me pakai panty liner. dan kawan yang baik, menurut perintah pun buat sperti dikata n memang PL basah. bgtau BFF dia terus suruh g spital sebab katanya ketuban dah leaking. CUAK??? sedikit la sebab dia duk pot pet pot pet bercerita benda negatif2 sedangkan me tahu baby dalam perut sakan jek aktif main main. katanya kalau p hospital memang Dr akan seluk tengok sebab baby dah 37W. CUAK KUASA LAPAN! Terus malas nak p hospital.

Then petangnya duk berehat sakan sebab perut asyik mengeras dan sakit ari ari + sakit pinggang. tak bagitahu suami sebab nanti dia paksa p spital tapi si isteri takut la nak kena seluk. Malam nak tidur dah tak boleh, baby pun macam tak berapa nak aktif. mula mula positif diri yang baby nak tidur, tapi naluri ibu kan kuat. saya kenal anak saya.. kalau pukul 12 hingga 2 pagi tu memang waktu klimaks la tu. memang tengah sakan berjimba dalam perut. amek ais kunyah pun baby tak bangun. CUAK KUASA RIBU RIBU. terus ajak suami pergi cari klinik.

Malangnya d JB, nak cari klinik sakit puan 24 jam macam mencari permata di celahan kaca. Biosucinas pun dah tutup sebab dah 1230 pagi kot.. punya taknak p spital, kerah suami cari klinik sampai kemana mana. tapi hampa. terus suami hantar pergi Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Dr check baby movement, memang slow. lama kot sejam lebih duk buat macam macam tapi baby tetap jugak slow. pastu sampai masa yang dinanti nanti. Dr nak buat VE dan amek sample nak check betul keketuban leaking or discharge lain. Ketuban reading on that moment was 9.8.

Amek sample ketuban dan VE dalam masa yang sama memang HAZAB!!! saya menangis macam nak beranak dah. Terus cakap ngn Dr, kalau kena bersalin, saya tak nak bersalin normal. tolong la operate saya.. (drama sungguh..) hasilnya saya warded malam tu sebab bukaan dah 1cm. Dr nak pantau, kalau ada leaking lagi, memang kena paksa bersalin. nangis. risau. kalau haritu duk ajak anak keluar beraya, lepas kena VE, saya rasa tak ready sebenarnya.. kalau VE punya kesakitan adalah hazab, camne la nak sakit nak bersalin kan.....

Tiga batang kara bersama suami yang takde pengalaman dan Adam yang tak berapa nak paham bahasa, memang buat saya tak nak masuk ward dan ajak suami lari balik. pastu kena marah ngan suami la kan..... dituduhnya saya tak sayang anak. dah leaking pun x bagitau dia la apa la, padahal hati saya risau lain.... macam macam la..

Tapi alhamdulilah, Selasa Dr amek sample dan check bukaan, masih lagi 1cm. sample pun negatif. baby pun dah kembali bersukaria kat dalam. dan dan mintak nak keluar. kalau boleh biarlah bersalin normal normal jangan dipaksa paksa kan.. doa saya tuhan makbulkan.... 

semoga anak baik baik kat dalam. sabar sabar dan keluar dengan selamat, sihat dan sempurna bila sampai masanya.






Friday, August 10, 2012

36 minggu sudah

Salam 21 Ramadhan..
Sekejap je Ramadhan berlalu kan..
Masa jalan laju laju kandungan pun dah 36W 4D..
Rasanya macam baru semalam duk nangis nangis mabuk.
Macam baru semalam duk merungut itu ini tak habih habis.

Kalau dulu pujuk baby supaya keluar selepas raya
Kunun Mak nak makan ketupat rendang segala la

SEKARANG TIAP MASA PUJUK BABY
MARI LA KELUAR, MARI LA KELUAR
MAK TAK NAK RAYA DAH
TAK DAPAT MAKAN SEDAP PUN TAKPE
TAK SABAR NAK PELUK ANAK!!!

Semalam pergi checkup baby
ALHAMDULILAH SYUKUR SEMUANYA BAIK BAIK SAJA
Berat Mak mantain 63kg.. hahah
Hb pun mantain 11.0
Dr cakap kepala baby dah hampir 95% engaged
Persiapan baby pun dah almost siap.
Beg mak dan anak dah masuk bonet.

Orang kata kalau kaki bengkak dan kembali surut tu dah dekat dekat nak bersalin.
Masalah Mak, kaki tak bengkak sangat, tapi tangan yang membengkak gebu gebu. konfuse.

InsyaALLAH, Khamis depan dah nak gerak balik Alor Setaq.
Semua orang risau jauh perjalanan dari JB ke AS
Tapi tawakal n doa yang baik baik saja la
lagipun PLUS kan ada.... =)

MARI KITA BERDOA UNTUK YANG TREBAIK YA!!!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..