Wednesday, April 24, 2013

Food Feeder by Kidsme

Asal ada benda yang cute comel dan memudahkan dan dan mommy rasa teruja nak beli.

Food feeder ni mommy beli from mommy naila masa Aisy berusia empat bulan. punya excited! dan memang sengaja beli kaler biru sebab mommy x suka pink. Ada alternatif samada nak beli with or without chain.

Mommy kan tak berapa rajin nak bergerak sebab sayang lemak, jadi beli yang ada chain. posibility untuk Aisy campak food feeder adalah agak tinggi. jadi bila berantai, senang. campak la nak, tak kemana food feeder tu....

Senangnya food feeder ni sebab baby kan suka menggigit. so dari duk gigit remote astro, handfon dan sebagainya, baik bagi dia gigit buah dalam food feeder nih. kan...?

tak comotkan...? comel je...

buah apa ni mommy? sedaaaaappp..


sekarang bila berjalan, memang make sure bawa buah and food feeder ni. takdelah anak manis mengagau tengok makanan mak and ayahnya.

Satisfied and recommended. Walau dulu beli sebab nafsu tak boleh tengok benda comel. Alhamdulilah tak membazir dan sangat membantu.





Monday, April 22, 2013

tak perlu penapis dengan baby bullet blender

bukanlah nak review cuma nak kongsi pendapat.
Dah almost 2 bulan bagi Aisy makan dan setiap hari mommy blend makanan Aisy pakai baby bullet. Alhamdulilah, tak pernah buat perangai lagi and memang senang nak handle.

Ada pernah terbaca review yang kata guna baby bullet, motornya cepat berbau. bau hangit. pastu ada yang kata susah sebab tak boleh nak tinggal masa blend. means kena tekan sepanjang masa. tak la... tak pun.

Apa yang paling best pasal baby bullet adalah buku manualnya. Bestkan beli blender pastu dapat buku yang boleh dijadikan "kitab" baby food. sesuai untuk mak yang gelabah macam saya!

antara isi kandungan. almost lengkap!
ada guide cara nak sediakan makanan, cara nak simpan, food chart ikut umur baby, resepi, cadangan makanan. macam macam ada la!
memang lunyai buku ni sebab mommy hari hari study. macam nak amek final exam. hihi

Bullet ni bekerja keras la jugak sebab setiap hari mommy guna. Mommy memang tak buat stok makanan untuk Aisy. harini buat, harini makan. kata tak kerja, duk rumah jeeeee kan.. kena la rajin!

mommy yang dah nak tiga dekad hidup ni pun tak pernah nak makan puree zucchini kan... Tapi Aisy suka. 

Pastu bila blend, makanan jadi hancur halussssss jek. memang tak payah tapis tapis dah. kalau blend keledek pun camtu. kan senang kan.. kalau tak, penat jugak nak buang serabut keledek tu!

Cuma petuanya kat sini, bila blend make sure jangan lelama. jangan la blend seminit non stopkan...memang bau hangit la. pastu bila nak connect batch bowl ngn blender base tu, pastikan masuk betol betol and bunyi klik. so boleh tinggal. sambil baby bullet buat keja, kita boleh basuh pinggan.

TETAPI. Ada tapinya....
Part paling sedih tentang baby bullet ni adalah storage cup yang macam rapuh mudah pecah. Aisy punya dah tinggal 4 je cup yang comel tu sebab dua dah pecah masa mommy rebut cup ngan anak. ada jual spare part ke ha?

kalau semua benda boleh makan camni, senang! tak payah blender tapis bagai. hihi.

Overall puas hati! Satisfied and recommended. Kena admit dulu beli baby bullet semata sebab nafsu tak tahan tengok part kecik kecik yang duk tersenyum tu! happy blender sangat. bila dah guna, rasa berbaloi dan sila la beli..hihi

Monday, April 8, 2013

AISY : HER FIRST SOLID FOOD

Dah masuk tujuh bulan anak baru nak bercerita pasal solid food pertama kan..hihi. nak wat caner, mak bzzzzz la aih.

Makanan pertama Aisy setelah berumur enam bulan satu hari adalah puree apple. nak wat puree apple je pun, tapi mak tak tidur malam dup dap dup dap siap study segala berdebar debar macam nak dapat menantu. eh. Rasanya semua mak (ke Mak aisy ni jek yang melebih lebih) akan berperasaan macam ni kan.. 

Tengok excited dia nak rebut bekas dari mommy.sesudu sesudu lama lama habis sebekas. sebekas storage cup tu boleh isi 2oz. banyak jugak dia makan. laju laju pulak tu, sampai kita sendiri terfikir, betoi ke dia makan niii... hihi. 

Lepas habis sebekas, tak puas lagi. rampas sudu dari mommy dan jilat sudu. memang sedap macam kfc yang menjilat jari agaknya...

Alhamdulilah, Aisy suka apple, suka pear, suka mangga, suka zucchini. Mommy dah suap carrot jugak, tapi Aisy refuse. makan siiiiikit sangat jek. so mommy stop dulu la. maybe boleh cuba lainkali kan.. sape kata dak techik tak memilih. hihi.

Nampak tak bib Aisy? bib ni ada kisah yang tak tercapai dek akal husbenku. Bib ni mommy beli kat ikea tak sampai seploh hinggit pun... tapi jauh p ikea semata nak beli bib ini sebab....... sebab dari ngandungkan Aisy mommy nnnaaaaaaaakkkkkk sangat bib ni. datang la bib camne lawo pun, mommy nak juga bib ikea ni, so ayahnya layan saja.. dari JB kami ke Damansara semata nak beli bib. dah dapat perasaan puas hati tu sgt lain macam la tau.

Sekarang mommy duk aim nak beli highchair ikea la pulak. haritu nak beli ayahnya suruh sabar sebab dah ada rocker la, bumbo la, walker la pastu nak jugak highcahir kan.. tapi memang nak la sebab membantu kan.. ke tak? hihi.



Friday, April 5, 2013

ANAK PEREMPUAN YANG DIPINJAMKAN

Anak perempuan kesayangan sudah besar. Seharian habiskan masa bersama, pastu bila nak tidur sembang sembang buat konklusi tetiba tersedar eh, macam banyak yang tak dibuat harini..rugi rugi..

Kadang kadang terlalu bz sampai terabai anak yang seorang itu. Menyesal. Dan sekali lagi mommy berdrama mintak maaf kat anak penuh penyesalan. Harapnya esok mommy boleh bagi yang terbaik untuk anak perempuan mommy.

Masa yang berlalu laju laju buat kita rasa sempat ke nak didik anak dan bagi yang terbaik untuk dia...? Mampukah kita pikul amanah yang maha memberi dengan cara paling baik? Tergalaskah bahu nak mencorak agar nanti amanah ini akan dikembalikan dengan keadaan paling sempurna kepada pemiliknya?

Kata bijak pandai....

Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu kita nanti akan mendapat isteri yang solehah?
Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?

Simple tapi dalam. buat si emak kecut perut.

Adik, mommy akan berkorban segalanya untuk Adik, Anak Perempuan mommy. Mommy akan buat yang terbaik dengan izin pemilik adik dan pemilik mommy. Adik membesar dengan baik ye sayang.... Jadi seperti lebah yang akan bawa mommy and ayah ke syurga. 




She is my daughter.
Gift that grow up to be my bestest friend that lasts a
L.I.F.E.T.I.M.E





Tuesday, April 2, 2013

AISY : KOMPILASI ENAM BULAN

Tiap kali buka blogspot rasa kosong. kesian blog... Dah lama mengabaikan diari yg satu u. Sungguh la x sempat oi.. Jangankan nk update blog, diri sendiri pun dah outdated ni. Terabai dan Serabai.

Alhamdulilah Aisy kesayangan dah 7 bulan. Dah dapat macam macam perangai yang tak terjangkau dek akal. besaq dah anak cek..sedih tau tetiba anak besarrrrrr....

Marilah dengar cerita perihal anak kesayangan.

1. Semalam start makan bubur nasi dan kelihatan sangat menyukainya la. dah 7bln baru nak belajar makan nasi. 6 bulan haritu, mommy bagi makan puree buah dan sayur saja.

2. Makin manja. Gaya manja macam nak masuk dalam perut balik tau. tiap masa hanya mommy. sebab tu dirumah tak sempat wat pape. nk kemas berdukung. masak berdukung. tdo pun mesti atas perut. kalau tgk tv nak berdiri ngn kaki sendiri. pastu tergoyang goyang. tangan pegang kepala mommy!!!
kalau mommy tak hadap dia sekejap, datang wat muka camni.. sampai hati??? terus mommy melting..

3. Gaya minum susu pun tak boleh blah. Pesen baring atas perut mommy terus!! kalau dulu ok la 60cm je dik, skrg dh nak sama panjang ngn mommy je ni.... hadoi!

4. Pandai timing ayah pergi dan balik kerja. kalau time pagi and tengahari ayah nak pergi kerja, dan dan tak mau ngn mommy. suruh ayah dukung. peluk ayah. letak kepala atas bahu ayah. menggoda. bila mommy lak pakai tudung, cepat2 suruh mommy pulak pelok. haha.
nak ikut ayah p jumaat....manja camtu la!

5. Terer dah panjat sana sini. Haritu angkat badan macam nak merangkak. tak pun.. panjat pastu meniti, pastu bila konfiden amat lepas tangan lalu dang terhantuk. tapi x pernah serik.
dah pandai nak main cak aa cak aa nagn mommy.

6. tetiba Aisy tekan publish tanpa mommy sedar. haha. bikin malu jek.. ok sambung sambung..

6. Alhamdulilah, sepanjang 6 bulan pertama ni, Aisy x pernah demam teruk. selsema jek sekali 2 bulan lepas.  pastu nenek letak air bunga raya putih, Alhamdulilah ok.. selsema sekali bertaik mata. 3 hari jugak la.. pastu mommy letak susu. pun Alhamdulilah. lega. kalau x, bangun tdo nangis sebab tak boleh buka mata.

7. Aisy masih lagi full Bf sampai tika dan saat ini. Alhamdullilah, syukur sangat sebab berjaya full bf anak kesayangan sampai 6bulan.. semoga Allah izinkan Aisy menyusu ngan mommy dengan lebih lama.

8. Aisy makin comellll main comellll makin comelll. rasa nak makan makan kepala dia. haha. puji anak sendiri la kan....dah!

kenapa mommy dah tak boleh pk? hihi. jammed dah. ok la. sekian sebab anak dara ni mana boleh biar mommy fokus benda lain lama2. kena hadap dia saja..... esemen banyak pun tak terbuek ni.. hohoho



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..