Tuesday, January 27, 2015

kelabu 2014 berarak sampai Januari 2015


Dah nak berakhir January. Baru teringat ada blog.
Alahai bizi nya tak terungkap nk sebut.
Menutup 2014 dengan beberapa perkara yang tak best.
2015 pun dibuka dengan peristiwa peristiwa yang tak best.
Dugaan. Ujian. Kesedihan.

6hb Januari.
Dikejutkan dengan berita pemergian kakak tersayang.  Kakcik. Pergi yang tak akan kembali. Kehilangan besar sebab kalau tak hari hari dok wasap share resepi dan juadah. Tiba tiba hilang. Sunyi. Tak terganti.
Rehatlah cik.. tenang. Hilang sudah semua kesakitan yg ditanggung. Damailahhhh..

14hb Januari
 Harini hantar umi Umrah di KLIA. On the way balik dr KL, jam 2pagi kereta meragam di Tg Malim. Kena towing sampai Bukit Beruntung. Si Hitam mintak tukar jantung baru pulak. Jantung Hitam tak murah. RM7k bakal bertukar tangan. Takpela.... Istanbul kita lupakan dlu. Rezeki yang Allah pinjam Allah ambil mungkin sekejap sebelum diganti dengan yang lebih baik. Wajib Yakin. Wajib Redha. Elok sampai je rumah jam 130 tengahari, dugaan menjengah lagi. Duit 1k dalam tangan lesap dalam masa10minit. Ntah toyol hijau ntah toyol berkepala hitam. Sekali lagi. Banyak pahala kalau redha. Jadi Redhalah!! Senyumlah!!

*hitam sakit jantung*

Dan semalam 25hb. Hitam yang satu pulak mintak perhatian. Mahu ditukarkan kaki dan tangan.  Sepasang.  Serentak. Redha!!

*gadis ni dalam mood nk berkopiah 3 hari ni*

Semoga Feb bawa satu kebahagian yg sebenarnya. Tak tertanggung bahu nak bawa beban beratur ni.. kifarah dosa menggunung. tapi Yakin Allah ada perancangan yang lebih baik. Semoga episod kehilangan demi kehilangan ni Allah gantikan dengan ganjaran pahala, ketabahan dan rezeki yang melimpah sikit masa lagi. Doakan Ya!!

Dan rumah di Morak, sisa sisa banjir belum berkemas sepenuhnya. Berkulapuk. Cendawan. Malas nak bayang. Pandai2 lah jaga diri ya rumah!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..