Dah masuk April baru teringat eh, saya ada blog. Lama gila x jenguk.. xde mood sungguh. nak buat apa pun xde mood. SEJUTA KESYUKURAN YANG SAYA ADALAH PEANGGUR. Klu saya wanita bekerjaya, mampus la nk layan kena g kerja segala. Memang tidak la kn…
ALHAMDULILAH
ALHAMDULILAH
ALHAMDULILAH
First trimester dah berlalu dengan jayanya walau penuh hazab. Semoga anugerah ini sentiasa terpelihara dan dipeliharaNya..
Harini baby dah 18w+ dan perut yang memang sedia besar dah membesar dengan jayanya jugak. Say bye to slua jeans sebab dah x boleh nak zip. Tshirt pun pki en suami punya.. mood nak beli baju merandung belum ada sebab malas amat nk klua dari zon keselesaan ni. klau kuar rumah, naik kereta memang muntah! Nk beli online, saya x jumpa link yang best2 lagi… jadi, pendamkan hasrat. Lagipun duduk rumah je, pakai la apa pun kan…?
Last 3 week pergi check up kt KK, berat bertambah 1kg dan sekarang berat dah mencecah 51kg. Hb pun sudah normal 11. Doc ada Tanya, i ada tersalah bagi date o apa sebab perut dan baby adalah besar. Dua kali Dr scan baby. Tapi being me, saya yakin yang date LMP saya x salah sebab sejak kahwen saya dah pandai tanda2 date bila start n end period. dan sejak kahwen, saya dikunjungi teman baik hanya sekali.
Perut besar? Itu tak pelik sebab belum kawen pun perut dah besar. Bukan stok perut slim macam Nasha Aziz ;)
Baby besar? Kurang diketahui punca…. Mungkin sebab mak dia asyik baring duduk saja bila perut lapar mintak makan dan terus makanan sampai di tempat pembaringan. HEAVEN OKEHHH..
Cerita pasal makanan, sekarang dah ada sedikit kemajuan… dah boleh makan roti tapi kena goreng rangup ngan telur. Roti bakar? Dah x lalu. Say bye for a while. Tapi makanan rutin hari2 adalah kokokrunch dan susu dutch lady selang seli dengan buah anggur hitam (yg hijau? X lalu), tembikai dan mempelam.
Dan untuk pengetahuan M2B lain, anggur hitam is very good untuk naikan Hb dengan kadar segera. Seminggu sebelum saya pergi check up, makan anggur hitam banyak2 dan Hb dah naik jadi 11.
Makanan lain mmg tak boleh sentuh dan bau, tpi dh ok sket klu compare to last few week.. kalau bau org masak, memang rasa nak migraine dan terus muntah. Bau tu pulak pesen naik ke kepala melekat 1 hari. Sampi tahap umi n encik suami kena masak diam2 dan makan jauh2 dari penglihatan saya. Seksa Tapi sekarang dah macam boleh adapt walau tak banyak…
Pastu pola pemakanan pun dah berubah 200%. Bangun tdo terus lapar terus makan. Pastu sejam kmudian lapar lagi dan lagi dan lagi. Klu bngun kul630, nak tggu kul 10, sempat la 4 5 kali breakfast. Malam2 pulak kena makan benda heavy baru tak terjaga tengah malam. Klu x, kul 3 4 pagi pun kalut nk kejut suami siapkn makanan lagi… kadang2 ksian nk kejut sbb dengar2 dia sedap berdengkur kat bawah sana.. tpi klu2 tahan2 jugak, mmg terus muntah hijau atas katil dan bila jd camtu, pasti kena marah dan bila kena marah, mula la nk emo lelebih… padahal suami bukan marah sebab muntah atas katil, dia marah sbb x kejut dia mintak makanan. Tapi nk jugak sentap dan tarik muka masam.
Nak tidur pn satu hal jugak,sekarang cepat sangat nak mengah dan sakit pinggang. Pening dan sakit kepala. nk cari posisi yang sesuai pun masalah jugak, klu dulu memang jenis tdo mengiring kekanan. Sekarang tidak lagi. Posisi berubah setiap 3minit selagi mata tak pejam.. tapi ikut kesedaran, memang lebih banyak mengiring kekiri pastu kena lapik bantal kat pinggang dan kaki. Malam2 terjaga, rampas bantal en suami. Sian bliau, dah la tidur beralaskan karpet semata, isteri merandung sedap2 atas tilam siap komfoter bantal banyak2. Tpi dia tak pernah komplen, x pernah merungut tak pernah mempersoalkan. Sungguh redho. Isteri yang tak tahu bersyukur ni pulak, sikit2 nak sentap nak sensitive, nak emo pastu nangis. Dulu zaman bercinta suka nak salahkan PMS, sekarang mari salahkan peubahan hormone perempuan mengandung. Kan kan?
Apapun, semoga kesayangan yang kat dalam baik2 saja. Walau susah, walau payah, walau hebat peperangan, ill survive for u.. sebab saya sayang kamu sangat!!! Dan sekarang kamu dah gerak2 (walau macam semut rasanya), lagi buat saya sayang lebih lebih.
Kesayangan yang kat luar pun sila baik2 la eh.. banyak dosa isterimu ini. Maafkan daku ;))
SEMOGA DIA YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA SEMPURNA MEMUDAH DAN MENYEMPURNAKAN SEGALANYA BUAT KITA..