Friday, November 9, 2012

AISY BERKHITAN

Alhamdulilah

Selesai satu lagi tanggungjawab untuk Aisy.

Semalam sempena hari kelahiran yang ke 68, Aisy telah selamat dikhitankan di Poliklinik Dahlia and Surgeri di Taman Dahlia, JB dengan bayaran Ringgit Malaysia Dua Puluh Tunai.


Aisy relax jek sepanjang procedure yang tak sampi 5 minit itu. Mak dengan Ayah yang gelabah lebih. Seram. Ngeri. Kesian kat anak. Mula-mula Ayah nak tunggu kat luar, mmy x bagi. Jap mmy lak ajak ayh kluar. takut menangis. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan anak terbaring sorang sorang. jadi mmy paksa ayah tuggu jugak. Ayah duk jauh kat belakang. hehe. Mmy lak cari modal borak ngan nurse sebab tak nak fokus pada Dr yang muka masam macam kena paksa kerja tengah wat kerja.

Aisy bunyi eh eh jek x sampai 5sec then settel. Nurse cakap x sakit. pasni mungkin la pedih sket masa dia buang air, tapi takpe. Tak perlu letak ubat pape. bangun dari katil, Aisy pun dah sengih sengih, so lega. As a reward Ayah bawa jalan jalan. Mmy belanja baju dan ayah belanja Headband.

Ada orang cakap awal lagi mmy khitankan Aisy, tapi mmy rasa ada mak mak yang buat lebih awal. mmy saja buat awal sebab masa ni Aisy tengah tak banyak ragam dan mungkin tak begitu mengenali rasa sakit. ke Aisy sakit tapi mmy yang pandai-pandai buat teori sendiri? hihi.

Apapun, dah selamat. Update untuk 2 bulan, Aisy sekarang berat 5kg dengan ketinggian 60cm.

Dah besar anak mommy!!!! Dan sehingga harini, Alhamdulilah Aisy sihat cergas dan ceria sentiasa.

Esok Aisy nak jalan jauh.. Nak balik jumpa tokma n tokbah di Peringat, Kota Baharu nun.

Salam Jumaat semua.

Bye.

Eh, sempena Jumaat, nak tayang gambar Aisy melawa pakai baju kurung sempena Akikah @ Hari Raya Aidiladha la..

Aisy di pagi raya
Aisy di petang raya
Aisy yang sama ni. haha



Friday, November 2, 2012

mereka yang satu

Aisy is 2m young today
syukur kerana Aisy sihat, riang gembira
syukur atas anugerah yang tidak ternilai

senang menjaga Aisy.
nak dengar Aisy menangis macam menunggu Najib umum bonus.

malam berjaga ajak main ajak bercerita
biasanya Aisy akan jaga jam 3 sampi azan berkumandang
tapi, maknya tetap subuh lewat.

bangun semula hantar ayah kerja, minum susu, mandi, minum susu lagi dan tidur sampi time mak tengok marimar, Aisy pun join tengok marimar.

masa mmy masak, tinggalkan Aisy atas rocker. mmy ketang ketung kat dapur, Aisy bercakap la sorang sorang. gelak gelak. pandai bawa diri ni.

siap mmy masak, susukan Aisy upah sebab Aisy behave dan Aisy pun tdo sampi Ayah balik.
Alhamdulilah, Aisy memang xde kerenah.

dan lagi 2 hari, abang adam akan genap 2 tahun 9 bulan
Abang yang macam macam ragam.
sejak dapat adik, semua orang kena panggil dia abang.
tanya nama siapa? ABANG.
kalau orang kata Adam, terus jerit marah merajuk.

dan mereka cintahati saya
cintahati yang satu.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..