Tuesday, August 27, 2013

RAYA 2013

Salam 20 Syawal.
ada lagi belen 10 hari nak raya.
Tapi mood makan ketupat lemang rendang semua dah habis. Bukan sebab nak jaga badan. Sebab badan dah sedia terjaga (cukup makan : gemok)

Alhamdulillah
Semalam n harini kesihatan Aisy dah kembali. 
Senyum manja Aisy dah kembali.
Aisy dah kembali macam dulu.
Sihat. Syukur.

Tahun ni raya pertama di Kuantan Pahang. Patut giliran Kota Bharu. since kamiorang dh pindah KB. So no more raya kat KB. Tahun depan dan tahun tahun tahun seterusnya selagi tak pindah dari Kelantan giliran pertama raya di rumah saya.



Raya tak berapa nk raya sebab umi tak sihat. Salam salam pun atas katil jek. Tapi syukur jugak.

Raya ketiga petang dah gerak balik KB. Tak la sedih sebab angkut umi sekali. Kalau tak angkut umi balik KB. Mau raya kelapan baru smpai KB. Kahkahkah. Jalan jam gila kot.. 12 jam baru smpi KB. Hati dah la x seronok. Jalan lak jam. Boleh la bayangkan betapa stressnya perjalanan 12 jam tu. 



 Balik KB takde la beraya pun. Balik umah FIL jek. Pastu dok rumah mngemas. Rumah tak siap siap kemas ni. Takde aura lansung nk kemas rumah. Duduk la asal bole masak bole tidur bole lepak ngan anak anak. Pasrah sungguh.

Raya kelapan malam kamiorang gerak balik kedah pulak. Baru semangat nak beraya datang balik. Ai is drive smpi Baling. Bagi husben tdo rehat. Tak rasa letih tak rasa ngantok sebab semangat nak balik kg tu lain macam sikit.hihi. Kul 11 gerak dari KB kul 5pgi dah smpi KB (Kepala Batas, Kedah)


Raya kedua belas pulang semula ke KB dengan hati yg berat bagai dirantai rantai.  Haha. Perut pun dah memberat. Poket pun. Kahkahkah.

Sampai KB esoknya Aisy demam panas 39. Malam esoknya 39.4. Tiga hari Aisy demam. Aisy hilang senyum. Aisy tak ketawa. Aisy hilang jiwa. Dan mommy terus buat kesimpulan Aisy tak sesuai dok Kota Bharu. Sama macam mommy. Hilang jiwa. Lara. Haha.


Ni yg buat poket mommy berat ni. Ahhaha
Hasil kutipan Aisy di lapan hari raya.

ayah tak bagi lagi sebab ayah kata nnti ayah nk genapkan.... nenek pun. Hihi.

Korang korang yang dekat KB. Sila la mari derak rumah deh. Open gate sokmo sokmo.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..