Thursday, July 4, 2013

Anak dara bertindik

Minggu lepas masa di Kuantan sempat tindikan Aisy. Mommy aim nak pakaikan anak subang raya. Plan asal nk tindik malam raya tapi tetiba terfikir kalau anak demam atau ada kompilasi lain cane nak raya. So masa pusing pusing jamu mata tengok mas tengah murah terus decide nk tindikan telinga Aisy sekali.

Ayah tak bagi sebab anak kecik lagi takut anak nangis la. Takut anak cabut subang la. Takut anak garu telinga la. Macam macam. Tapi being a mommy. Haruslah hitam kataku maka hitam la jadinya. Haha. Paksa jugak ayahnya bersetuju.

Kalau ikut pembacaan macam lagi banyak positif if tindik masa baby compared bila anak dah besar. Masa baby ni dia tak pandai nak hentak hentak kaki lagi. So kebarangkalian nk wat amukan kalau sakut tu hampir tiada. Baby lagi senang nak cool down kan. Pastu lagi senang nak jaga. Kalau besar lagi pandai cabut kot. Ada yang cakap lepas bertindik kena pantang makan takut bernanah. So masa baby lagi senang sebab makan apa sangat la dara pujaan tu kan...

So pusing pusing ECM cari petindik melayu beragama islam sebab nak suruh baca bismillah sebelum tembak telinga anak dara. Tapi hampa sebab bila jumpa petindik melayu bertudung, dia mengecewakan mommy.

Mak pun sebenarnya gabra. Tapi belagak cool. Bila tanya budak melayu tu sakit ke tak n macamana dia handle baby bertindik. Bole dia kata "ala kak. Saya pegang kepala saya tembak jek. Memang la dia nangis nak buat macamana" Terus mak angkat kaki keluar kedai. Ko ingat anak patung ke xde perasaan?

Pastu terpaksa la pergi semula ke petindik tak melayu ni. Alhamdulillah baik n lembut je dia buat. Siap pujuk2 Aisy ngn gula gula kan..

Nangis??? Harus la nangis. Nangis "dalam" ok. Perangai Aisy dia menangis x jenis lepas huwaaa huwaaa macam bby tu. Dia nangis hik hik sambil sedu2 smpai terteleng2 kepala. Camne ntah nk describe gaya nangis aisy. Tapi mmg bukan huwaaa huwaaa la. Dia nangis suara pelan tapi dalam serta sedu sedan. Dan gaya tu memang gaya sangat sedih la. Bukan gaya sakit. Imagine la imagine. Kiki.



Dah siap dengan bayaran RM15. Hihi.

Next project mari kira duit tabung untuk beli subang minnie mouse comel itu.....



posted from Bloggeroid

Wednesday, July 3, 2013

Fakta Tentang Makhluk Tuhan Paling Comel Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum
Kali ni bersiaran di Johor wehhh johor!!!
Excited mak dok johor. Walhal balik cuma sebentar sebab nak kemas barang jek.
Aisy is 10 month young today. So jom cek it out apa  perkembangan 9 bulan dara pujaan di luar rahim.

1. Berat setelah sembilan bulan adalah 7.0 kg dengan ketinggian 67cm dan ukur lilit kepala adalah 44cm. Tak nak komen berat ke ringan ke. Apa yang penting anak sihat. Bersyukur la kita dengan nikmat itu.



2. makin manja makin manja dan makin manja. Kat rumah beliau adalah ketua pengawas kawasan. Sibok main macamana pun mata tu tak bole mommy gerak sikit mesti alert. Ikut mommy laju laju. Kalau tak daya kejar mommy terus meraung.. fobia seolah olah pernah di tinggal mommy selama 2 hari 3 malam. Tak paham betoiii...

3. Tak suka carrot. Kalau makan nasi mommy letak carrot terus reject. Suka kus kus campur jagung dan ikan bilis. 

4. Masih fully bf n df. Dan kuat la hai menyusu.. tiap masa nk melekat jek.. malam malam wajib bangun 4 5 kali untuk menyusu. Ntah kenapa yang lapar sangat. Walhal before tdo makan nasi dah.

5. Kuat makan pun ye jugak. Nasi 2 atau 3 kali sehari beserta kudapan. Biskut tu kalau boleh ada kat tangan sedia. Setakat 9m ni Aisy masih berhome made lagi.

6. Dah tak berapa suka merangkak. Meniti laju laju. Kalau agak penat baru merangkak. Belom berjalan secara berdikari lagi. Kalau ikut ayah cepat la jalan sebab ayah jalan masa umur 9m. Kalau cedok gen mommy tunggu setahun la..


7. Masih menggunakan gusi secara total.

8. Banyak main dan sedikit tdo. Tidur siang 15 min jek. Tiba malam mommy berharapan anak akan tidur awal. Tapi hampa sebab anak kul 11 12 pun mata buntang lagi. Kalau mata dah nk pejam pun mulut tetap nak bercakap. 

9. Dah boleh panjat naik dan turun kerusi kabinet tangga dengan lajunya. Dan paling suka panjat abang.



10. Ramah mesra dengan siapa jua dengan syarat mommy ada depan pandangan mata. Sosial skill alhamdulilah memberansangkan walau dok hadap muka mmy 24/7.

11. Dah pandai buat signal basic macam bye bye. Hai. Amin (salam). Flying kiss.

12. Banyak mulut dan banyak celoteh. Dah bunyi mama. Baba. Nene. Dada. Tata. Nana. Dan lain lain. Tpi paling obvious bila hulur tangan suruh mmy dukung. Bunyi nene.hihi. comel macam nk cubbbiiiit mulut kecik tu.

13. Suka berjalan. Tengok kaki la kan... kan ada tanda kan...

14. Dah tak suka pakai headband dan Masih pakai rompers saiz 3m n 6m. Kalau pakai yang 9m or 12m. Wajib besar. Hihi

15. Makin comel. Makin comel. Makin comel.  Hihi



Comel tak????

abang kata adik rambut stress.
haha.



Friday, June 28, 2013

bila malam jumaat memang kena bergalak ke???

Konfuse mak....
asal hari khamis jek jadi galak semacam.
khamis siang terkawal lagi.
Khamis malam dia punya galak tu lain macam.

bergalak dari siang tak tidur, main jek. Makan pun jadi tak lalu.
Malam sampai kena paksa baru tidur.
tu pun jap jap merengek jap jap merengek.



Awak tau kekasih hati nak balik ye dikkk
Awak penat dah rindu rindu eh
Sebab tu awak excited sangat bila malam jumaat kan..

anak manja ayah

adik manja abang







Dua dua penghidap Syndrome Malam Jumaat

:)




Tuesday, June 25, 2013

DARA PUJAAN PUNYA NAMA



Sejak menjak ni ada kawan kawan kata nama anak dara saya cedok dari novel. mentang2 mak peminat novel kan.. ni nak bgtau ni. Sepanjang saya baca novel x pernah jumpa lagi nama heroin aisy nadiyah hana. Hihi.


mari ku khabarkan pada kalian asal nama dara pujaan...


nama anak memang 100% dari mak. takde campur tangan pihak lain termasuk si ayah.. mak sungguh berkuasa mutlak. ahaha. dan being me yang memang suka mencari cari nama anak sedara bila mai tang anak sendiri jadi pening lalat. eh, nk letak nama apa? yang ni sedap yang tu sedap, kasi combine segala semua pun sedap.


Tapi nama yang satu ni, memang nama dari sudut hati. memang nama yang datang mula mula sekali dan datanglah berapa banyak nama selepas itu, nama ini tetap mengungguli. hihi.



Kenapa AISY NADIYAH HANA?

Ramai yang tanya, ada yang tanya sekali, ada yang tanya banyak kali (macam x puas hati). susah nak jawab sebab dah memang takdir anak yang dikandung sembilan bulan itu, namanya begini. boleh jawab gitu? haha

Mak cari nama bukan cari ikut kesedapan, dah kebetulan nama anak sedap kan...? haha. awal mengandung dulu, cari nama bedasarkan maksud. Jenuh jugak dok ber sms dengan adik. Tya kalau maksud ni nama apa bla bla bla sebab bukan semua nama ada dalam buku. bila jumpa maksud baru tengok nama sesuai ke tak.. dan terhasil lah ini...

Aisy - Kemakmuran hidup, mewah
Nadiyah - awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan
Hana - Kebahagiaan, rezeki tanpa susah payah

Saya paling suka hana yang membawa maksud rezki tanpa susah payah tu sebab ada double meaning di situ. Pertama Aisy direzekikan kepada saya dan suami masa usia perkahwinan baru berusia sebulan jagung. Dia rezeki yang kami tak duga secepat itu dan kami menerimanya tanpa susah payah. Keduanya, kelak saya mahu Aisy membesar dengan dipermudahkan rezkinya. Sebagai contoh dapat suami kaya dan x payah kerja hari hari bole shoping ngn mommy.. hahha. Bole camtu??

Pastu ada orang cakap, knpa maksud nama ank ko camtu.. ko nak ank kaya, tak nk anak pandai ke?soalaaaaaannnn kannnnnn.....tiada mak bapak tak nak anak pandai. dan semua mak bapak nak anak kaya. amin yang baik baik sudah.

 dan dulu sebelum kawen saya pernah berangan ada anak nama zuyyin amani dan qhaireen khadija. Kikiki.



Thursday, June 20, 2013

Hari Ayah Tanpa Ayah

Khamis lepas kami Aisy + Mommy + Nenek + Abg Adam ke Gold Coast Morib dengan niat dihati mommy nak suprisekan ayah celebrate father day kat sana. Ayah masih di KB so kununnya nanti Ayah sampai airport kul12 malam boleh potong kek.


Tapi kami hanya mampu merancang.

Pukul 1040 malam Ayah kol bgtau ayah dah smpai epot. Lima minit kemudian ayah kol lagi.. kami dah siap siap excited nak g Airport, sekali ayah kol ayah tak boleh masuk hall. Padahal flight 1115 dan dh siap check in pagi tadi tinggal nak print boarding pass jek. Tapi yang jaga kaunter tetap tak bagi masuk. 

Tak paham btoi sistem air asia ni. Kan bila kita mobile check in dia bagi barcode yang kunun bertindak sebagai boarding pass. Ingat dah setel. Rupanya barcode tu kena scan kat kaunter check in untuk dapatkan boarding pass. Ntah hape punya konsep ntah..bpastu lansung tak tolerate. Padahal pasengger dah check in. Nak masuk jek. Tetap jugak tak bagi. Perayuran yang x sistematik dan menyusahkan.

sudahnya ayah tak naik flight dan mommy menahan amarah sorg diri dalam bilik hotel sambil makan kek. Mujur beli kek sepotong jek. Kalau beli kek sekilo. Jenuh frust..

Paling sedih pastinya Aisy sebab dia dari petang dah penat mandi kolam pun tahan mata tanak tdo tunggu ayah balik. Aisy faham agaknya sebab mommy hari hari mengira hari dengan Aisy. Masa nak tdo bgtau Aisy esok ayah balik esok ayah balik. Pujuk dia ajak tdo masih jugak nak bergalak. 
Abang dah tidur dia buat operasi kacau abang
siap kuak lentang atas abang


 Bila dh konfem ayah kena tinggal pujuk pujuk suruh tdo.
Bisik kat telinga "adik pejam mata tdo tauuu.. esok buka mata ayah dah ada" :)
Alhamdulilah ada tiket pukul 8 pagi esoknya. Terubat rindu dihati adik. Hati mommy pun la...

bila datang hal hal macamni la yang datang perasaan tak sanggup nak duduk jauh. Tapi kena sabar kena sabar. 






Selagi belum jumpa rumah.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..