Tuesday, December 13, 2011

sungguh indah


Sebulan yang indah dah berlalu. Sungguh sekejap masa.

Sungguh seronok sebab kadang kadang bila terjaga malam krem kaki, perut memulas, sakit pinggang dan lenguh rusuk, ada orang yang cepat cepat bangun capai minyak panas dan urut sampai tertidur. dan itu  ohh sungguh indah!!! 

Sekarang tengah buat busy untuk majlis bertandang. harus kena buat buat busy walau majlis kat tempat orang sebab dulu masa majlis kat tempat sendiri tak buat apa apa. Pengantin hanya perlu berangan, google, whatsApp gambar, komen itu ini, nah terus siap dan boleh kahwin. Lansung tak seronok sebab tak merasa perasaan cari vendor kehulu kehilir, perasaan cari kain sana sini, perasaan tempah kad kahwin, yang seronok cuma sebab pengantin tak payah pening kepala cari duit sebab semua ditaja walau bukan oleh Raflesia.

InsyaALLAH bertandang will be on 22 January 2012. Jemput jemput sila datang... kali ni, sumpah tak buat majlis tertutup dah. memang sangat open.

Dan lagi berita paling gembira, kunci rumah baru dah dapat. Tak sabar nak jadi warga Johor. Tak sabar nak duduk bersuami isteri, tak sabar nak hias rumah tangga. Macam macam idea dalam kepala punya banyak tapi tak sebanyak duit dalam bank. Jadi kena sabar step by step. tarik nafas kenangkan korea. eh?

Dan atas segala Keindahan, syukur pada Dia dan Terima Kasih pada Suami.



Dan.... walau siapa pun dia, dia kurniaan terbaik dari Dia untuk saya..




3 comments:

  1. Alhamdulillah..tersenyum membaca berita kegembiraan rakan2...hehehe..
    tahniah kak yati!! mohon maaf awal2..xdpt laa nk dtg ke kelantan...moga semuanye berjalan lancar..moga berbahagia bersama selamanya...dunia akhirat..=)

    ReplyDelete
  2. wiwit2!!
    rumah kat johor dimanakah? :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih aja.

    azie : area Permai.. balik JB singgah la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..