Thursday, June 14, 2012

Doktor malas, air gula dan suntikan kancing gigi

Semalam g KK utk rutin check up.. 28w oredi 

Alahmdulilah, Hb, bp, weight gain semua normal.

Dan semalam ada tiga perkara tak best semasa check up.

Kena minum air gula. Repeat walau result lepas adalah tak bermasalah. Dah ready dan dah redha. Jadi sekali hadap jek selesai.

Pastu jumpa Doc. Ini paling tak best. Doc macam malas wat kerja boleh? Scan lebih kurang jek. Scan dan bisu. Saya minta Doc konfemkan jantina walau saya dah buat 3D / 4D sebab saja nak tau. Dia boleh cakap menyalahi etika kalau scan jantina baby. Ok. Tak faham dan malas nak panjang2.

Bila tanya uri camne,  Doc  boleh cakap tak perasan masa scan. What the kan……… pastu beliau belek belek noted Doc yang lepas lepas n said ok, next 2 week awak datang lagi kita check uri. Terus rasa malas nak tanya kedudukan baby normal atau tak.

Beliau duduk sambil belek belek noted lagi n suddenly said, eh, awak kena suntik ATT harini. Suntik kancing gigi. OMG. Kalau ikut pembacaan suntikan ni macam mengerikan… nak hilangkan gabra, pura pura ambil mood nak sembang ngan Puan Doc
.
Saya : untuk apa suntikan ATT ni ye Doc?
Doc : nak elakakn kancing gigi

OKEHHHHH FINEEEEEEEEE. Tak kan suntikan kancing gigi nak elak diabetes lak kan.
MALAS.

Dah la pening air gula tak habih lagi, Doc duk buat spoil emosi lak.. rasa nak muntah dan dan jek dalam bilik Doc. Sabar.

Pastu tadah tangan untuk suntik ATT. Redha dan pasrah. Tapi bestnya nurse yang suntik sangat lemah lembut sampai tak rasa pun kena suntik. Alih alih, eh dah siap..? kenapa xde rasa sakit / ngilu macam yang duk baca tu? Lagi sakit suntik amek darah kot…  15min later dah start rasa lenguh,  kebas tangan dan sampi pagi ni lenguh tu tak hilang. Tapi xde la teruk sangat sebab boleh menaip lagi ni kan….

Dan dah masuk 28w, takde sape suruh tanda pergerakkan baby, jadi tak payah buat. Kita buat untuk kita je kan baby…….

sekarang nak marah marah sangat pun malas. takut baby stress jugak. jadi selalu cakap ngan baby yang mak tengah marah ni, tapi mak nak bersabar.. sebab sabar tu separuh dari iman.





5 comments:

  1. Ada jugak doc macam tu kan. Sy pun kena MGTT+ATT jab next week masa 28w. Haritu kena ATT sakit jugak, sengal2 tangan dekat seminggu. Air gula pun memang kena minum 2x wlpn yg previous tak bermasalah. Patutnya 28w nurse/doc kena bgtau kan suh track baby's movement? Hmm.

    ReplyDelete
  2. eeeiiiii boleh pulak cm tu.geram nya kan.sabo jelah.rara jarang jumpa doc,sume nurse yg yg intertain,but nasib nurse sume ok.

    ReplyDelete
  3. Eh, doktor tu scan die tengok ape?

    ReplyDelete
  4. dah 30weeks tp xpnh lg minum air gula..hopefully xyh minum sampai bb kuar.hihi!same ah.nurse xde mention pun psl kira FM tuh.tp i dgn rajin n excitednya menanda.lucky tanda coz masa checkup semalam depa ada check carta tu.better u tanda je dear

    ReplyDelete
  5. Memang kelinik kesihatan punya doctor buat endah x endah buat kerja, tak tahu kalau lapor kat Kemeneterian Kesihatan adakah tindakan akan di orang buat.

    Bayangkan doktor boleh cakap saya tak tau nak scan baby twin. Adui pening.
    Berhati2 lah kita kener tanya suma kat doctor freshie nih. takut dia org tersalah buat ja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..