Saturday, March 14, 2015

MUDAHNYA FREE DIAPERS ANAK

Alhamdulillah
Kuat sangat hati nak bercerita pengalaman ni kat blog. Sebab dia punya seronok tu lain macam sangat.. hehe. Banyak dah kenangan yang tak berapa nak kekal dalam ingatan sebab mak malas bercerita. 

Harini 14hb Mac 2015 dah masuk tiga minggu Anak Solehah tu tak pakai pampers. Siang dan malam.

Tak de tips istimewa sebabnya prinsip saya satu. Saya tak suka nk paksa paksa anak dalam hal yang kita boleh jek tunggu sampai dia bersedia. Faham kan.. mcm ada mak yang pesen anak 3 tahun mak dok tekanan asyik kena beli pampers.  Anak terkucil merata. Anak tak cakap nk pee n macam macam. I is x suka nak dengar sebabnya baru tiga kot... baru empat kot.. panjang lagi perjalanan hidup anak. Biarlah dia nk jadi baby puas puas. Gituuuu.... lain mak lain pandangan so terpulanglah.. ada jugak yg paksa paksa anak smpi tahap bukan mak jek tensen. Anak pun tekanan. Nak membuang pun tak senang jiwa anak takut kena marah kena bobel..

Somewhere in December Aisy penah mintak tak nak pakai pampers.  Baby ni pengaruh abang sangat kuat. Dia tengok abang masuk toilet. Dia pun nak masuk toilet. Abg pee n poo dlm toilet dia pun nk mcmtu.. tp dapat mak yang tak bape rajin, sy tak penuhi hajat Aisy. . Bukan apa. Memang mak malas sebab hal2 najis ni renyah. Rasa malas nk cuci cuci najis walau sekadar najis mutawwashitah. Dan mak memang menyesal sebab tak dengar cakap anak. Rupanya Aisy serius dalam permintaan dia. Pernah jek tiba tiba mak terjumpa pampers lipat2 masuk bag n bila cek bontot anak nipissss jek.  Pernah jugak tengah tengah elok duduk tetiba bangun buka pampers n masuk bilik air utk shuuuu. Paham la mak yg anak dah pandai bukak pampers n dia betul betul dh tanak pakai pampers. Berdikari sgt ini anak.

So in February mak decide untuk ikut cakap anak. Tapi before tu memang hari2 pillow talk dia tajuk cara cara kencing dan apoo dalam toilet. Explain kenapa mengapa bagaimana supaya dia faham. Dan terangkan jugak akibat dan kesan kepada keputusan yang dibuat tu. Memang nampak mak ko ni macam apa kan adik tapi rupanya tips tu memang berkesan la..

Suka saya ingatkan disini, lain mak lain anak lain tips ok.. Terpulang. Tpi dalam bab ni anak nampaknya sgt bersedia sedangkan mak masih was was. So amat perlu utk mak dan anak berdiskusi. bila dia dah faham memang senang gila kot kerja mak dia ni.. seminggu dalam latihan sekali pun Aisy tak terkucil. Siang dan malam. Memang perasaannya lain macam dan tiap kali kami masuk toilet sama sama keluar peluk peluk sambil nyanyi nyanyi tak terhitung rasa bahagia dan sebak. Besar dah anak dara. Syukur. Pada usia 2 tahun 6 bulan Aisy dah berjaya bebas pampers!

TIPSNYA
1. MAKE SURE ANAK DAN MAK BERSEDIA
2. MAKE SURE ANAK FAHAM.
3. MAK KENA RAJIN. RAJIN TANYA DAN RAJIN BAWA P TOILET.
4. KENA HAPPY. TAKMO STRESS2. SIAN ANAKKK
5. KENA KONSISTEN. JGN JAP PAKAI JAP TAK PAKAI.

Dan as promised, klu berjaya kami dapat hadiah. Memang kena KAMI dapat hadiah sebab teamwork katanya.. Mmy bg hadiah pada adik. Adik bagi hadiah pada mmy. Adil la kan.. hehe. So sempena meraikan kejayaan dihari ke tujuh, mmy bawa Aisy p toys department.  Dan ini pertama kali Aisy masuk toys department.  Kasihan tak anak saya?? Haha. Selama ni mmy veto beli mainan ikut hati mmy dan mmy beli online. Adik tau main jek. So kali ni mmy kasi can adik pilih sniri.

dan adik pilih dapur masak... mak mak sangat tau techik mmy ni. Punya banyak mainan. Dapur minnie yang dia berkenan.

Konsep shopping ala Aisy.
Jumpa bayar dan balik.
takde nk pilih sana pilih sini dah.
ni memang bukan menurun ayah ni.. ayah nk beli seluar sehelai pun 4 kali masuk parkson. Beli tak puunnn.. hehe

Tak payah kita bawakkan. Mainan dia, dia bawak. Amboiiii sangat. Habih kudrat angkat kotak besar tu  tapi tak bagi lansung mmy ayah pegang.

dan petang tu.. masa tengah bizi masak suapkan anak anak makan Aisy terkencing masa tengah masak dan dia punya panic tu tak bole cakap. Dia takut mmy amek balik hadiah la tuuuu..

Mak anak dua terlupa nk kencing punya eksaited boleh masak.

Ohhh ada yang bertanya malam hari macamana? 2 hari awal tu memang ada kejut dan tanya dia nk masuk toilet atau tak nak. Dan dia memang akan jawab nak atau tak. Pernah jek bangun kul 3 pagi dia kejut nk p toilet, dah masuk dalam toilet punya lama, tiba tiba anak ajak keluar sebab tak jadi. Pun boleeehhh.. layan jek la.

Pernah tercicir tak?
Pernah. 3 kali.
pertama masa dia sibok dok masak n bagi anak anak makan.. sanggup tahan kencing punya takut telur hangus.

Kedua. Masa tengah makan kfc dengan ayah.

Dan kali ketiga, masa kami atas plane. Aisy kata x nak toilet tu. Tak bersih. Padahal dia takut toilet gegar gegar.. haha. So x jadi shuu.. elok kluar dri plane, dia shoo smbil mncankung atas lantai smbil tunggu bagasi. Hehe

TIPS : Bila anak tercicir.. mak mak please la jangan panic. Jangan marah. Jangan tinggi suara. Gelak jek la sambil explain pada anak. Marah pun tak berguna. Bukan boleh sedut urin masuk dalam balik. So wat lek wat peace sudah. No stress!!

Seronok tau.. Saya bangga dengan anak saya sebab memang takde dalam cita cita pendek mak nk diapers free anak seawal ini. Adam dlu 3y plus bru diapers free. Tu pun bab kecik jek. Yg besar nk jugak buang dlm pampers.. dah nak masuk 4yo baru betul betul free. Memang takde paksaan.

So kepada mak mak diluar sana yang masih mencari tips potty train, yang tengah berusaha nak diapers free, selamat berusaha dan semoga maju jaya. Ingat satu, jangan paksa anak selagi tak salah bila kita ada pilihan untuk menunggu.... anak kecilnya tak lama....


Jumpa lagi.
harap harap bukan tahun depan la.. hehe


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..