Tuesday, November 8, 2011

dugaan kategori berat


esok malam nak pakai inai dan malam ni jari jadi cmni..


habis jari runcing ku. tapi... tak boleh nangis.
cepat google cari petua nak hilangkan dakwat printer pada jari.

atau esok kena ubah plan, pakai inai kaler hitam!!!!




Friday, November 4, 2011

ENAM



lagi ENAM hari
  • baju tak siap lagi
  • kasut belum beli
  • bunga tangan masih tak sempurna kejadian
  • surat kebenaran berkahwin tak ambil lagi
  • doorgift huru hara
  • mata dah jadi panda
  • migrain makin menjadi jadi

cepatlah masa berlalu, dah tak mau pening pening lagi dah. lepas ni nak kehidupan aman damai jek..




AMIN!!!!!!

Friday, October 14, 2011

sebelum hari yang kedua puluh lapan


insyaALLAH dengan izin ALLAH, tinggal 27 hari lagi saya membujang. semoga DIA mempermudahkan segalanya.

Akad nikah pada 11.11 insyaALLAH akan berlaku di tempat permainan semasa kecil, Kepala Batas, Kedah. Kalau sebelum ni, saya berangan angan nk adakan open kenduri di tepian air terjun, nah, sekarang saya terpaksa lupakan hasrat yang satu tu. saya merancang dan perancangan Allah melebihi segalanya.. Akad Nikah akan menjadi satu majlis yang "tertutup". sedih. saya hanya akan menjemput kawan kawan yang betul betul tidur sebantal sekatil dengan saya sahaja. saya kena hormati keputusan mereka yang bertanggungjawab ke atas saya. nanti kalau lawan jadi anak derhaka lansung tak boleh kawen kan. laaagi seksa. kan? ok pasrah.

borang borang nikah, Alhamdullilah, semua dah setel.. tggu masa nak dihantar ke PPN Kedah. walau sedikit rumit jugak pada permualaan, yang kat Johor tu la susah. nak ambil borang pun harus tggu giliran lama lama.  dah la kena beli, kalau selangor boleh download free je kan. mudah. pastu time nak hantar pun camtu, siap ada temuduga mcm temuduga kerja. kebetulan masa other half saya hantar borang, yang jaga kaunter adalah kakak perempuan yang banyak tanya. kena la baca doa qunut, mengucap, al fatihah, rukun nikah, pastu ajak sembang sembang tanggujawab suami isteri, lama juga la. mungkin sebab dh petang.. kakak tu dah boring nak balik, jadi ajak bercerita macam macam. tapi Alhamdulilah... dah dapat surat kebenaran kahwin.

yang lain lain pun dah settel. Alhamdulilah.


dan sekarang masa untuk penuhkan ilmu rumahtangga didada =)

sebab encik bakal suami sekarang sebelum tidur dah pandai nak baca kisah tanggungjawab isteri.






Monday, September 26, 2011

basikal saya


hai.
nama saya Adam.
saya ada basikal baru warna biru.

muka happening boleh naik basikal

punya puas perjalanan menjejak basikal baru Adam.
dari semenyih, kajang, bangi, cheras, dan akhirnya, beli di Manjaku Kajang.

mula mula dah p situ, hati dah berkenan, tapi nafsu nak jugak g survey mana tahu kalau terjumpa yang lagi cantik dan lagi murah plus salesperson yang layan x layan tengah sibuk nak sapu sampah walhal dh ada customer ni, rasa malas beli. mentang mentang Saya dan Adam pergi beli basikal, dengan baju tidur dan selipar Jepun, u ols malas nk layan ye....

survey sampai Bangi sampai Cheras, pantang jumpa kedai baby, berenti tanya dan tengok, tapi xde satu pun yang WOW. sambil sambil tu saya cari baby carrier nk letak kt basikal saya jugak. jadi sekarang dah boleh cycling g tasik bawak Adam. pun jenuh mencari x jumpa. Akhirnya jumpa this baby carrier ngan harga yang mula mula rasa ok, tapi bila google dan jumpa Mummy Mika punya, terus rasa WTHHHHHH.. pehal saya beli saya punya lagi mahal walhal x secantik tu?


carrier tu saya beli dengan harga RM 150 TAK TERMASUK PEMASANGAN dan BESI BAWAH tu. compare tu baby Mika, saya rasa tak berbaloi la pulak. tapi Uncle kedai tu kata, esok kalau Adam ada adik lagi dua pn, boleh pakai lagi maa.. harap betul la Tokei sebab Adam lambat lgi n dapat adik ni..hehe.. besi carrier kt bawah tu pulak beli berasingan dengan harga RM35.. mahal sket, sebab beli aloi punya (dah maals nk google, nnti jumpa yang lagi murah, nangesssss)

perjalanan cari basikal sampai ke tengahari dengan berbaju tidur, akhirnya kembali ke Kajang. Adam dah keletihan tido dalam kereta. dah malas nk kluar kereta, parking depan pintu kedai suruh SA tu bungkus dan bayar. ni la hasilnya..


yang ni saya dapat dengan harga RM 159.. xde diskaun sebab xde sale. kalau sabar tggu sale bulan 10, mungkin murah sket la.. pastu bila google jugak, tgk ada org beli dengan harga RM80, nak sentap gak rasa tapi tenangkan diri..mungkin kualiti barang lain lain kan.. harap yang ini pun dapat Adam wariskan pada bakal adik Adam nanti.. hehe..

dah jadi mak mak ni, memanjang jek kena pk keselesaan dan kegumbiraan anak dulu.. mak x mandi pagi merayau cari basikal dalam panas terik dah la berpuasa, pun sanggupppp.. Asal ADAM gembira.








Tuesday, September 13, 2011

JEMPUTAN


Dengan Nama ALLAH Yang Memegang Sekeping Hati, Dia Yang Mencipta Cinta..

saya dengan seikhlas hati menjemput semua dari anda untuk sama sama memeriahkan Hari Saya yang akan diadakan pada :











:)





ok, saya tipu. bukan nk jemput lagi sebab mana ada print kad lagi kn..

tapi saya tengah bermain matematik dan psikologi mengira dengan jari berapa kad saya nk print.. siapa saya nak jemput ekslusifly dengan kad. sebab saya dengan konsep mesra alam memang malas nk print kad banyak banyak and at the end kad saya jadi penyumbang kepadatan tapak pelupusan sisa pepejal kat bukit tagar or kat Kapar.. klu boleh recycle saya seronok jugak. boleh mendatangkan duit walau sedikit kn.

dan saya jumpa ini di Google


sangat bagus boleh wat tips menjemput tetamu, terus rasa lega bila tak payah pk banyak banyak lagi. tapi InsyaALLAH, majlis saya nanti saya mungkin akan hantar kad dengan kadar sangat terhad tapi saya sangat suka untuk menjemput SEMUA ANDA ke majlis saya. SEMUA orang boleh datang sebab majlis saya nanti insyaALLAH akan berkonsepkan Open Air House di Kaki Gunung Jerai.. Kalau x muat kerusi meja, kita boleh ramai ramai makan bersila di Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah. Kalau sudi nak bersila dengan saya, datanglah tau....




=)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..