Wednesday, May 23, 2012

NAMA ANAK IKUT HERO HEROIN NOVEL

ASSALAMMUALAIKUM....

Lama tak bercerita pasal anak yang makin membesar dalam ruangan kasih sayang (read : RAHIM)

ALHAMDULILAH anak sihat baik baik kat dalam dan mak pun sihat (sihat ala2 ibu mengandung). sekarang cepat penat letih mengah dan sebagainya kan.. tapak kaki dah tak boleh menyentuh permukaan lantai secara direct, sakit YaRabbi, nafas adalah pendek pendek, cepat berpeluh tambahan cuaca sekarang sangat panas. Even kt JB ni, hari hari hujan serta ribut, malam masih jugak panas.. dah hint pada encik suami suruh pasang aircond, tapi tak tau la berguna atau tak dikemudian hari sebab Mak sebelum ini adalah manusia paling alahan pada aircond dan kesejukan.. kenapa sekarang macam dibakar dalam oven??

dah 26w, barang anak dah beli 0.3%. haha. teruk tak?? itu pun ada orang tag kat FB, tgk gambar macam comel terus order. mitten n socks termasuk 2 helai rompers je pun.. tapi habih seratus lebih jugak. pastu bila barang sampai baca blog M2B yang lain, eh asal barang sama tapi dia beli RM25 saya beli RM32.. terus rasa down hilang semangat membeli..

nafsu nak menamakan anak tengah high sekarang ni.. best dan pening oooo kepala. semua nama adalah sedap dan NAKKKK!!! hahaha. dulu masa excited namakan anak anak sedara takde lah separah ini keadaannya.. pantang teringat / jumpa nama sedap terus tulis dan cari makna pastu gabung gabung kadang kadang sampai jadi 7 patah perkataan.. hahaha. PARAHHH!!! dan kalau bagitau encik suami, semua sedap katanya.. dia tak bantah dan paling best, dia tak gunakan kuasa veto dia dalam menamakan anak..

dulu suatu masa, sibuk nak anak nama Qartini supaya anak adalah menyerupai heroin novel Jika Benar Cinta. bila cari maksud tak jumpa tukar jadi Qaireeni. pastu baca Aku Mahu Kamu dan dan nak namakan anak Qisha n Ziyyad.. bila baca Tanpamu Aku Rindu by Aleeya Aneesa dah anak dah bertukar jadi Zuyyin pulak.. pendek kata, setiap kali tukar novel, nama anak pun bertukar.. angan angan. walaupun dah laaaaama dulu, tapi semua nama ni still ada dalam list tau, cumanya dah jatuh carta la..

for me n husben, tiada peraturan khusus dalam menamakan anak, takdelah kami nak gabung gabung nama kami pun.. cumanya saya kalau boleh nak nama anak mula huruf A, supaya nanti sentiasa didepan. boleh? lelaki ke perempuan ke, biar duduk depan. tinggi tau cita cita mak :)

dan buat masa ni dalam kepala saya sudah ada satu nama untuk boy or girl.. hihihi.. tapi belum bagitau encik suami.. sebab saya tak nak jadi gila kuasa nanti.

napkin tak beli lagi, sibuk nak namakan anak dah kan..........





2 comments:

  1. xpe dear..survey n compare harge dulu.tp i 27weeks dah almost completed.x nak pening pale dikemudian hari.haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..