Thursday, May 16, 2013

hari ibu dan hari jadi : perspektif terbalik

Lama tak update blog tetiba tajuk ilmiah sangat kan..kiki

Selamat Hari Ibu untuk semua mak mommy mama ibu bonda
dan Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. tua dah den....

Tahun ni double celebration. yeay!!

Dulu masa bujang, sambut birthday ngan boifren dan tunggu mak bagi hadiah besday. bukan setakat tunggu jek, siap demand macam macam seolah-olah orang seronok sangat nak meraikan harijadi diri sendiri. dasar. haha.

Masa bujang jugak, bila tiba hari ibu, bawak umi makan makan belikan hadiah yang tak seberapa tapi ikhlas demi meraikan seorang ibu yang dah bertungkuslumus untuk kita.

Tapi kini, bila dewasa dah kawen, pandangan dan perasaan pun dah berubah. totally.

Perasaan sambut hari ibu, masih jugak hantar sms sedih sedih untuk umi dan belikan hadiah serta treat makan makan tapi dalam masa yang sama tetap demand suruh umi belikan hadiah untuk i jugak..bolehhhh? sebab tanpa anak dari mana datangnya mak?? camtu pulak... haha.

dan sempena hari ibu, i pun belikan something untuk Aisy. Because of Aisy im a mommy dan boleh celebrate hari ibu!!! terima kasih anakku kesayangan.
Aisy la, bukan Aish. huh.

Dan hari lahir bagi seorang mak adalah perayaan yang patut dan disambut bersama dengan mak, bukan dengan boifren. anak kena bagi hadiah dan ucapan terima kasih yang tak pernah putus untuk mak yang bersusah payah berjuang melahirkan! kalau dulu demand hadiah dengan umi, tahun ni, i pulak belikan hadiah untuk umi kerana sakitnya melahirkan dulu. memang tak terbayar, tapi semoga umi gembira.


Dan untuk suami yang menjadikan hari yang manis, i love u!!


2 comments:

  1. orang selalu tersalah sebut dan eja nama anak kita kan..haha...sebut aisy jadi ic la..mak is geram ok..nak tergelak pun ada..nasib lah aisy..haha

    ReplyDelete
  2. Wow gojes cakes!!!
    Bgus lah mama aisy nih sambut hari ibu hari besday sama2 satu family...Qi gak x pernah sambut kek...sbb umi yer nk buat kek khas utk Qi msa genap setahun boley hehhe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..