Monday, February 24, 2014

Winter @Seoul : Sekali lalu


Revisited Seoul for the second time dengan anak anak adalah seronok!!! Seronok sebab bersama anak walaupunnnnnn travelling with kids yang tengah baru pandai main bukanlah boleh relaks relaks sangat... Anak alhamdullilah syukur tak hingga, dari bertolak pergi, atas flight, dan selama lapan hari kat sana. Behave!! Senang bawa Aisy atas flight selama 6 jam lebih tu, sampai rasa nak p lagi dan lagi. Haha.

Dan kali ni pergi sendiri sendiri. Bli tix flight, booked guesthouse, Buat itinery sendiri jalan sendiri sesat sendiri menggagau sendiri.  From A to Y sendiri. Fun!! Sebab tu mesti jot sumthing kat sini supaya tak lupa. Nanti insyaAllah bila nak p lagi, x menggagau gelabah dah.. doa doa bila ada rezeki lebih, nak repeat seoul utk autumn sambil shoping sebab kat sana comfoter cantik lagi murah sampai rasa menyesal beli tak cukup banyak...

Alhamdulilah perjalanan dipermudah segala dan harini adalah hari terakhir di Seoul. Lantaran flight delay dan dua anak tengah tidur didatangkan bersama bonus line internet free yang laju, mari kita catatkan sesuatu supaya blog ini akan segan segan hidup semula.

Kembali ke Seoul, Perkara pertama kedua dan ketiga yang paling merisaukan bila bawa anak kecil yang belom boleh bercakap ke tempat yang suhunya bawah tahap beku adalah kesihatan kesihatan dan kesihatan. Dan sekali lagi syukur, aisy dan adam sihat baik sejahtera dan gembira sepanjang lapan hari disini.





Tips untuk yang berjalan dengan tema santai tenang simple bajet macam saya bersama anak anak kecik dan mak yang tak berapa muda, sila jangan nak buat macam macam dalam 1 hari sebabnya kena pastikan anak anak sihat ceria dan cukup tenaga untuk aktiviti esoknya. 1 hari hanya boleh cover 1 atau 2 tempat jek.

selain ubat ubat utk kita yang dewasa, sila bawa termometer, balm, vaseline, lotion, minyak panas untuk persedian kalau kalau jadi sesuatu kat sana. jgn x percaya, saya siap bawa bawang putih jugak. risau Aisy selsema. kiki. 

Subway di Seoul adalah sangat cemerlang. Ada 19 line dan sila download aplikasi jihachul dlm smartfon supaya tak payah nk susah susah hafal line dan supaya tak menggagau bukak peta besar besar. Aplikasi ni sangattttlah membantu dan sangat accurate dan sangat mudah nk guna.. insyaAllah tak kan sesat dalam subway station.

sebelum pergi sy plan perjalanan menggunakan taxi. Sebab macam senang naik taxi ramai ramai lebih jimatkan.. kunun nya. Rupanya tak. Naik taxi kalau dekat jimat. Kalau jauh, mahai amat. Saya naik taxi dari namdaemun ke itaewon tambangnya 8000 (RM 26). Rasa macam ditipu driver taxi tu. Lepas tu rasa serik. Jadi sila naik bus kalau malas nak transfer line subway. Bus kat seoul pun cemerlang. Bus cuma perlu tau nombor dan color bus. Ada 4 color tak salah. Biru hijau oren dan kuning. Pergerakkan dalam seoul kebanyakkan menggunakan bus hijau dan biru.

Makanan?  Oleh sebab saya bukan kaki makan, jadi makan bukan satu masalah di Seoul. Agak agak lapar nasik, bergegas ke itaewon cari nasi briyani ayam yang marbeles.. kat itaewon banyak restoran Halal. Klu nk cuba Korean food yg Halal, bole ke muree tapi kalau memang pesen tanak try makanan korea, sila ke Pak India. Sangat sedap. 2 kali ke Seoul, ini restoran yang saya ulang p tiap kali. Sepinggang nasi briyani ayam sedap harga 7000W. Egg fried rice pun sedap. 4000W saja. Nak makan tak yah convert. Nanti rasa nak makan pinggan sekali. Hehe.


strawberi di jalanan jgn lupa beli. sedap baq hang... kami bukan pensuka strawberi, tp di seoul hari hari makan strawberi.  bole dapat dengan harga dari KRW 5000 bergantung size dan tahap kesedapan. sotong bakar juga mesti rasa. dan paling tak boleh lupa adalah ubi bakar. sedap dap dappp. sambil menulis dok terliur ubi bakar korea lagi ni... sepeket ubi bakar harga KRW 5000. sekali beli, mesti tiga. satu adam. satu saya. dan satu lagi en suami kongsi sama umi sama aisy sama adam dan sama saya.. hehe. tamak makan ubi. sedap la!!

shopping.
beli comfoter di namdaemun. Ada yang kata di dongdaemun murah. Tapi saya jumpa paling murah di namdaemun. Sehelai comfoter yang menawan lembut dan gebu dengan harga 30000 utk size Queen dan 45000 utk King. ikut hati nk beli banyak banyak tapi sebab ikut suami, dapat beli 3 jek. dapat pelajaran bahawa datang korea sila bawa lugage extra utk isi comfoter. nk beli lugage disana, mahai jugak. 

Tshirt I LOVE KOREA. Di namdaemun jugak. Ada kedai dekat old road sebelah MESA jual 3helai 10000 utk kaler putih n kelabu dan 4000 sehelai untuk kaler lain. Tapi saya jumpa yang lagi best di Hoehyeon Under ground Shopping. 3 helai 10000 utk semua kaler dan aunty tu baik bagi hadiah macam macam. Siap dapat free 2 3 helai Tshirt. Hoehyeon Under ground ni area Namdaemun, bila jmpa Namdaemun underground shopping jalan depan dalam 200m akan jumpa Hoehyeon. Tshirt boleh beli kt sini. Nak beli Fridge Magnet BookMark Keychain yg murah pun boleh terjah namdaemun. takyah la g doota kt dongdaemun tu.. mahai. nanti kalau rajin saya buat entry khas untuk shoping di seoul utk cerita detai beserta gambar. kalau rajin.....

apalagi apalagi..... rasa rasa mcm dah jot down semua. nanti kalau rajin dan klu ada line,  bole buat entry khas utk tempat tempat yang saya berjaya terjah bersama anak anak. lapan hari, rasa tak cukup. doakan saya murah rezki bole repeat korea lagi....

15 comments:

  1. ubat penting sgt kan babe! haih dh balik ni jgn lupa sambung diet/hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. diet?? diet??
      kena diet ni nk pki blouse cifon gojes2...

      Delete
  2. bestnyaaa! korea antara negara yg best pernah jejak...hihi

    ReplyDelete
  3. bestnyeeee sejukkkk2.... comey pki baju sejuk leopard tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comei sbb tu mak beli tp anak tak nk pakai sgt pun...

      Delete
  4. Bestnye..bestnye...bestnye...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best memang best memang best. kiki

      Delete
  5. perghhh
    diam2 dah smpi cni yerr
    x mau join group blk kerr ehhee

    eh, 1st pic tu aisy x sejuk ke x pakai topi ke kat kepala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. group suka ter out sniri.. ingat kena tendang klua grup maklumlah tak aktif...
      aisy selamba badak jek nureen.. pki tshirt jek. mak yg gabra takut anak beku.

      Delete
  6. Beruntungnya dah pnh jejak ke korea..wah..wah..giteww

    ReplyDelete
  7. Bestnyer... Bila la ros dpt nak merasa...kikiki

    ReplyDelete
  8. ok best sgt..pasni klu mimi nak p seoul plak i rujuk u ye yatiiii..hahha..

    ReplyDelete
  9. bestnyer...... i wish will be there one day!

    ReplyDelete
  10. Revisited...perghhh dah 2x pi korea...Umi Qi ada impian...ntah bila nak realisasikan hahhaha...behave betul aisy...sonok tau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..