Tuesday, March 18, 2014

Campak, Aisy dan Kota Kinabalu

Seminggu dah suami kena campak dan dah 2 hari ku tinggalkan dia dirumah MiL. Bila orang tua kena campak lain benar keadaannya.. pantang larang punya pelbagai smpi tak tau nak ikut yang mana. Bab mandi paling kasihan. Daku tak bagi mandi, maknya suruh mandi. Jadinya lakiku keliru. Panas oi x mandi. Ada yg kata bole mandi. Tapi mandi dengan air daun semambu. Mandi dengan air biji sagu.

Daku cari seKota Bharu daun semambu tak jumpa2. Bila tya org kampung drang pun tak kenal. Rupanya drang panggil daun laksamana. . Huarggghhh.

Dalam pada dok plan nak pisahkan Aisy dan ayahnya, dapat job di Kuantan.. so laju laju balik kuantan singgah kemaman jumpa husben nana pulangkan stroller dan ambik owl comel utk Aisy dan Adam.. Maaf ye nana. Tak sempat tunggu awak. Hihi. Adam Aisy suka sgt owl nana tu. Nti buat yg ada hand utk Adam tau...:))

Abang tya : kenapa owl abang xde hand mommy?? Gadoh gadoh smpi kalah pastu hand patah?? Owl adik hebat ada hand. X kalah la tu.. Hahah
Agaknya la anakku... terima kasih tau nana!

Kemudian nak singgah Setiu hantarkan ciku emi fadhilah tapi macamana boleh salah faham. Emi tunggu di Jerteh saya sampai Setiu. Tak berjodoh la kita. Paling kesian ngn Emi sbb dia mengidam ciku. Sampai Taba umi belikan ciku utk Emi. Tapi tak dapat jugak nk hantarkan... Itu namanya takde rezeki kan...

Tinggal suami? Memang selalu daku berjalan bersuka ria tinggalkan suami di KB tapi tinggal kali ni perasaan berbeda. Mungkin sebab dia dalam keadaan yang memerlukan saya..... dia tgh sakit. Takde sape nk lumurkan lotion katanya... takde sape nk ulang alik masuk bilik jengah dia katanya... kesian tapi takut sangat berjangkit dengan Aisy.. 

Orang kata biar berjangkit sebab kena time kecik ni, xde la nak jadi hazab macam ayah tu, parut pun cepat hilang.. tpi Aisy kecik sangat lagi kot.. plus Aisy nk terbang jauh minggu ni. Jadi kena sihat.

Ni masa day 2.. day 2 dah naik sebanyak dan seteruk ini. Kasihan! Sakit. Tido tak. Makan tak. Asyik muntah dan batuk tergaru garu.

Tapi, Aisy pun xde la sihat sangat ni.. sama ayah kena campak, badan Aisy pun dedar jek smpai harini. Dah 3 hari suhu 38 39. Dah jelum air bunga raya. Air asam jawa. Dan mnum air kelapa. Harap Aisy cepatttt sihat. Risau tapi sebab dia aktif bermain, kerisauan tu terpelihara la sket. Doakan aisy sihat jom!!


Lagi 3 hari Aisy nk terbang.. doakan Aisy sihat  Ayah dan confirm tak dapat ikut. Takpe la Aisy pergi sama mmy dan abg adam. DOAKAN AISY SIHAT YEEE...



AISY NAK PERGI MANA PULAK?????

Aisy nak ke sini..


Tempat mmy jatuh cinta pandang pertama.
Kakaka.


Doakan Aisy.....


Tuesday, March 4, 2014

Dilema Stay At Home Mom (SAHM)

Makcik : Kerja tak?
Saya : Tak. Saya dok rumah jaga anak
Mak : Tu la.. dlu dia kerja pastu berenti. belajar pastu pastu pastu

Makcik : Sayangnya belajar tinggi tinggi tak kerja....
Saya : Sayang... Tapi anak lagi sayang.
Mak : Tu la.. dlu dia kerja pastu berenti. belajar pastu pastu pastu

Makcik : Kenapa tak kerja?
Saya : Kenapa kena kerja?
Mak : Tu la.. dlu dia kerja pastu berenti. belajar pastu pastu pastu

selalunya. selalunya makcik ni tanya soalan kerja tak kerja ngn muka simpati (kenapa ntah nk kena simpati kt aku yang tak bekerja ni) disudahi dgn cerita anak dia pegawai sana menantu pegawai sini. Anak no 3 pegawai sinun bla bla bla...

mak mak yang tak kerja, mesti bole hadam soalan soalan dan situasi situyasi macamni kan..? 
Pertamanya, mari kita faham, ada macam macam situasi ada macam macam sebab dan ada macam macam faktor alasan penyebab yang kita tak tahu kenapa mak mak pilih untuk bekerja atau tak bekerja. dan saya pasti, semua orang ada alasan tersendiri. Dan atas alasan apa pun, mak mak tak perlu nak minta persetujuan orang kampung. Mak know best u tau??

Saya sendiri ada alasan tersendiri kenapa saya pilih untuk tak bekerja. Bukan sebab saya kaya raya lalu tak payah bekerja. tidak. Banyak kehendak yang terpaksa dikorbankan bila dah takde gaji ni. paling terasa bab berjalan jalan sebab saya kaki jalan. saving pun terpaksa dikurangkan separuh dari jumlah asal.

Keputusan utk jadi penganggur ni saya buat awal dulu masa saya amek keputusan untuk sambung PhD. Ye. Saya ada cita cita nak habiskan PhD. Cuma bila dah ada Aisy saya macam malaaaaaaaaaaaaaas sangat nak sambung lagi. malas yang tak dibuat buat. sebab tu mmg kagum gila ngn mak yg smbung belajar. memang hebat azam dan ilitizam korang!!

Masa awal saya buat keputusan berhenti kerja dan sambung belajar, umi sokong saya tanpa batasan. dia nk saya focus dan grad cepat cepat. Tapi bila saya tak sambung belajar dan juga tak kerja sampai sekarang, saya tau umi orang paling sedih. dia kecewa saya rasa.

Dilema 1 : saya mengecewakan mak yang rasa kesian kat anak sebab anak dia tak kerja.

dan umi punya kecewa atau tak sedap rasa tu mmg sangat ketara. buktinya,  mcm dialog kt atas.. aku klu ada org tya soalan ingin tahu mcm tu mmg aku jawab dengan cara paling jujur. terang. tak payah nak cerita "dlu saya kerja pegawai tetap dan berpencen pastu saya berenti sebab saya tak suka kerja saya pastu saya jadi pensyarah sambil sambil buat Masters pastu saya ada anak bla bla bla" itu intipati dialog umi bila orang tanya pasal anak dia ni.... aku dah bole hadam smpai satu tahap aku warning, umi plis lah, bila org tya umi tolongla buat muka bangga dan jawab anak umi surirumah. tak payah nak cerita detail sangat... aku tau niat umi baik. umi tanak orang pandang anak dia yg bukan pegawai ni dengan pandangan yg ko sniri maklum.. sian umi..
surat dari umi masa aku homesick amukan nk balik rumah smpai tahap nak benti belajar. umi bkn setakat x bagi benti malah siap suruh apply masters siap siap. harapan!

orang suka ingat orang yang tak kerja ni macam errr errr errrr so umi tanak. sebab tu dia sibuk la nk explain details kt semua yang bertanya. sebab tu umi selalu pujuk malah smpi sekarang dok pujuk supaya aku smbung belajar atau p kerja... dia tanak orang orang ingat aku duk umah habiskan duit laki. katanya, kalau gaji laki tiga puluh ribu pun, awak kerja la. lain perasaannya bla bla bla mcm berzikir umi suruh anak dia kerja. nak nak sekarang Aisy dah nak masuk 2 tahun nak stop susu, lagi kuat dia punya zikir tu.. anak dia? malas la haihhh.  hahah.
pintu hati ku belum terbuka....
keinginan nak sarung jubah ni berkali kali sentiasa ada.. lagi lagi bile kenangkan umi. . tapi biarlah dlu.. ku tak berdaya. hehe

Tapi Alhamdulillah.. walau tak
 kena punch card hari hari, walau tak kena p opis hari hari. anak dia ada "kerja" jugak sebenarnya. lagi senang dan pastinya lagi best sebab kerja bole bawa anak dan boleh pilih pilih masa. kerja apa? ramai yang tanya tanya mummy Aisy kerja apa.. meh harini nak reveal, sebenarnya Mmy Aisy adalah tenaga pengajar yang diiktiraf Kemeterian Kesihatan Malaysia untuk pengendali makanan yang kerja nya seminggu 2 atau tiga kali selama 3 jam sahaja. cukup la tu.. so pasni sape nak dapatkan sijil pengendali makanan boleh la contact mmy Aisy ye.. Pejabat di Inderapura, Kuantan tapi kelas dibuat diseluruh Malaysia bergantung jumlah peserta.

Kerja sniri ikut hati sniri. bila rajin bila tak rajin bila nak cuti bila nak pulun kerja semua kena ada target. Tapi bersyukur sebab sekurangnya bole hadap Aisy depan mata sentiasa. itu terpaling mahal.

Dilema 2.... sambung bila ada kerajinan nanti. banyak dilema jugak sebenarnya walau dok saja saja kat umah pun........ eh?? apesal org suka kata surirumah banyak rehat dok saja saja kt umah??? hadoiii....



Monday, February 24, 2014

Winter @Seoul : Sekali lalu


Revisited Seoul for the second time dengan anak anak adalah seronok!!! Seronok sebab bersama anak walaupunnnnnn travelling with kids yang tengah baru pandai main bukanlah boleh relaks relaks sangat... Anak alhamdullilah syukur tak hingga, dari bertolak pergi, atas flight, dan selama lapan hari kat sana. Behave!! Senang bawa Aisy atas flight selama 6 jam lebih tu, sampai rasa nak p lagi dan lagi. Haha.

Dan kali ni pergi sendiri sendiri. Bli tix flight, booked guesthouse, Buat itinery sendiri jalan sendiri sesat sendiri menggagau sendiri.  From A to Y sendiri. Fun!! Sebab tu mesti jot sumthing kat sini supaya tak lupa. Nanti insyaAllah bila nak p lagi, x menggagau gelabah dah.. doa doa bila ada rezeki lebih, nak repeat seoul utk autumn sambil shoping sebab kat sana comfoter cantik lagi murah sampai rasa menyesal beli tak cukup banyak...

Alhamdulilah perjalanan dipermudah segala dan harini adalah hari terakhir di Seoul. Lantaran flight delay dan dua anak tengah tidur didatangkan bersama bonus line internet free yang laju, mari kita catatkan sesuatu supaya blog ini akan segan segan hidup semula.

Kembali ke Seoul, Perkara pertama kedua dan ketiga yang paling merisaukan bila bawa anak kecil yang belom boleh bercakap ke tempat yang suhunya bawah tahap beku adalah kesihatan kesihatan dan kesihatan. Dan sekali lagi syukur, aisy dan adam sihat baik sejahtera dan gembira sepanjang lapan hari disini.





Tips untuk yang berjalan dengan tema santai tenang simple bajet macam saya bersama anak anak kecik dan mak yang tak berapa muda, sila jangan nak buat macam macam dalam 1 hari sebabnya kena pastikan anak anak sihat ceria dan cukup tenaga untuk aktiviti esoknya. 1 hari hanya boleh cover 1 atau 2 tempat jek.

selain ubat ubat utk kita yang dewasa, sila bawa termometer, balm, vaseline, lotion, minyak panas untuk persedian kalau kalau jadi sesuatu kat sana. jgn x percaya, saya siap bawa bawang putih jugak. risau Aisy selsema. kiki. 

Subway di Seoul adalah sangat cemerlang. Ada 19 line dan sila download aplikasi jihachul dlm smartfon supaya tak payah nk susah susah hafal line dan supaya tak menggagau bukak peta besar besar. Aplikasi ni sangattttlah membantu dan sangat accurate dan sangat mudah nk guna.. insyaAllah tak kan sesat dalam subway station.

sebelum pergi sy plan perjalanan menggunakan taxi. Sebab macam senang naik taxi ramai ramai lebih jimatkan.. kunun nya. Rupanya tak. Naik taxi kalau dekat jimat. Kalau jauh, mahai amat. Saya naik taxi dari namdaemun ke itaewon tambangnya 8000 (RM 26). Rasa macam ditipu driver taxi tu. Lepas tu rasa serik. Jadi sila naik bus kalau malas nak transfer line subway. Bus kat seoul pun cemerlang. Bus cuma perlu tau nombor dan color bus. Ada 4 color tak salah. Biru hijau oren dan kuning. Pergerakkan dalam seoul kebanyakkan menggunakan bus hijau dan biru.

Makanan?  Oleh sebab saya bukan kaki makan, jadi makan bukan satu masalah di Seoul. Agak agak lapar nasik, bergegas ke itaewon cari nasi briyani ayam yang marbeles.. kat itaewon banyak restoran Halal. Klu nk cuba Korean food yg Halal, bole ke muree tapi kalau memang pesen tanak try makanan korea, sila ke Pak India. Sangat sedap. 2 kali ke Seoul, ini restoran yang saya ulang p tiap kali. Sepinggang nasi briyani ayam sedap harga 7000W. Egg fried rice pun sedap. 4000W saja. Nak makan tak yah convert. Nanti rasa nak makan pinggan sekali. Hehe.


strawberi di jalanan jgn lupa beli. sedap baq hang... kami bukan pensuka strawberi, tp di seoul hari hari makan strawberi.  bole dapat dengan harga dari KRW 5000 bergantung size dan tahap kesedapan. sotong bakar juga mesti rasa. dan paling tak boleh lupa adalah ubi bakar. sedap dap dappp. sambil menulis dok terliur ubi bakar korea lagi ni... sepeket ubi bakar harga KRW 5000. sekali beli, mesti tiga. satu adam. satu saya. dan satu lagi en suami kongsi sama umi sama aisy sama adam dan sama saya.. hehe. tamak makan ubi. sedap la!!

shopping.
beli comfoter di namdaemun. Ada yang kata di dongdaemun murah. Tapi saya jumpa paling murah di namdaemun. Sehelai comfoter yang menawan lembut dan gebu dengan harga 30000 utk size Queen dan 45000 utk King. ikut hati nk beli banyak banyak tapi sebab ikut suami, dapat beli 3 jek. dapat pelajaran bahawa datang korea sila bawa lugage extra utk isi comfoter. nk beli lugage disana, mahai jugak. 

Tshirt I LOVE KOREA. Di namdaemun jugak. Ada kedai dekat old road sebelah MESA jual 3helai 10000 utk kaler putih n kelabu dan 4000 sehelai untuk kaler lain. Tapi saya jumpa yang lagi best di Hoehyeon Under ground Shopping. 3 helai 10000 utk semua kaler dan aunty tu baik bagi hadiah macam macam. Siap dapat free 2 3 helai Tshirt. Hoehyeon Under ground ni area Namdaemun, bila jmpa Namdaemun underground shopping jalan depan dalam 200m akan jumpa Hoehyeon. Tshirt boleh beli kt sini. Nak beli Fridge Magnet BookMark Keychain yg murah pun boleh terjah namdaemun. takyah la g doota kt dongdaemun tu.. mahai. nanti kalau rajin saya buat entry khas untuk shoping di seoul utk cerita detai beserta gambar. kalau rajin.....

apalagi apalagi..... rasa rasa mcm dah jot down semua. nanti kalau rajin dan klu ada line,  bole buat entry khas utk tempat tempat yang saya berjaya terjah bersama anak anak. lapan hari, rasa tak cukup. doakan saya murah rezki bole repeat korea lagi....

Friday, October 11, 2013

TAKDE AIR!!!!

Again!!
Sebulan berapa kali takde air.
seminggu mesti ada 2 kali takde air.
dan memang stress.

episod keputusan air kat rumah ni memang mengundang air mata. Memang dah tahap tak boleh nak tolak ansur. Memang jadi sebab laki bini gaduh.

Mula mula dulu mesin basuh rosak sebab air.
air slow n air bkeladak. punah mesin basuh automatikku. kata tukang repair tu sebab air slow jadi computer mesin tu tak bole nak "kerja" memburukkan keadaan bila buka perut mesin basuh tu penuh pasir dalam tu. Sakit hati dan hati sakit.

Nak repair rm450. Pastu repair klu air still slow n still berkeladak ksian la mesin tu. Sebulan hidup tanpa mesin basuh. Awal2 g angkut basuh kain baju kat rumah mil lama lama sebelum mil jadi meluat. Aku yg meluat dlu. Meluat aih basuh baju pun kena p rumah orang. Pastu hantar dobi. Sekali hantar habis 15 ke 20 ringgit. Baju aku jek. Baju aisy basuh tangan. Pun lama2 rasa meluat jugak. Dobi mahai sekilo rm3. Kt JB dlu sekilo seringgit setengah jek!!!

rilek bro.. bro rilek
masalah air je kot. Org lain takde
makanan nak hidup tak merungut pun.

Tiga hari lepas dah beli mesin baru. Manual.

Semalam takde air lagi. Dari pagi smpi sekarang takde air. Dah cane nk hdup. Aku tak kaya nk p check in hotel sebab nak mandi n basuh anak anak jek. Yang aku mampu bila takde air aku rasa nak lari rumah. Rasa nak pindah amat amat amat.

tambah memeluatkan dua minggu lepas bil air sampai.
Tengok jumlah penggunaan sebulan?? 
Dah la bil ni sampai selepas sebulan aku tinggalkan rumah pergi bercuti. 


Aku positif.....

mahal sebab aku cuci baju pakai air oren.





agaknya.





Thursday, October 10, 2013

Jawapan Contest dan Sakit Pinggang


AISY NADIYAH HANA BINTI NASRUL AZAM
Aisy : ain ya shin
Nadiyah : nun dal ya ha
Hana : ha alif nun alif
Binti : ba nun ta
Nasrul : nun sin ro wau lam
Azam : ain zai mim

Jawapan untuk contest semalam.
Oleh kerana tiada yang meneka dengan tepat.
Hadiah kita bawa ke contest akan datang ye.
walaubagaimanapun terima kasih pada yang mencuba.
Sekurang kurangnya kita dapat latih balik ejaan jawi kita kan.

sekarang tengah menahan sakit pinggang yang amat dah 2 hati ni sakit tak hilang dan kalau tak fikirkan Aisy memang dah ajak husben pergi serah diri ke hospital. Nescaya akan warded. 

Rasanya kena go for epidural caudally injection again. Dah 2 kali kot buat ECI. The 1st one was on aug 2009 then on feb 2010. Kira yg kedua tu tahan lama la jugak. Maybe sebab masa tu nak kawen dan nak mengandung jadi pandai jaga diri. Sekarang lagi pandai jaga diri sebab dah jadi mak kena selalu kuat untuk anak tapi banyak dah langgar pantang larang.

Antara pantang larang yang jadi kegemaran adalah jangan angkat benda berat. Tapi kalau benda berat tu comel sangat, wat to do. Tak bole kata tidak bila benda berat mata bulat depa tangan suruh angkat. Harus angkat dan bawa kehulu kehilir. Lapan kilo tak la berat sangat kan.

Hai aunty
doakan mommy sihat
ngeri aisy kalau mommy warded.
Pray utk mommy ye...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..