Monday, February 28, 2011

hati yang disakiti


-akulah hati yang kau sakiti-



ntah apa mahu jadi ngn kehidupan.
blog huduh dh x reti nk repair.
template asal hilang.
buat macam macam masih jugak x macam asal
terus xde mood nk buka buka blog.

tapi tapi

HATI SUNYI
HATI SEPI

dan hati mahu tempat bercerita..









tengok, betapa saya setia.
walau ada warna biru pink hijau putih malah berjuta warna
saya masih sayang pada hitam dulu (sangat)


 
hitam yang pertama
hitam yang sama
dan saya mahu hitam itu selamanya
smoga hitam itu kembali
dan tahu saya selalu MERINDUI (sangat)
kerana.........





saya juga masih saya yang lama
saya yang sama







..nangis..






..tido..



Thursday, February 24, 2011

BLOG HUDUH


ok, sesape nk wat pertandingan blog huduh, sila TAG saya.

nak menang!!

cik, ini smua u punya pasal.

KEMBALIKAN!!!!




arrrggghhhh terus benci tgk blog sniri!
bye!


Wednesday, February 23, 2011

tertanya tanya



pernah tak?
pernah tak?

sebab dia juga kaki DOTA.
penah saya merajuk sebab dia pernah abaikan saya SEKALI masa pulun DOTA

tapi SELALU juga dia tinggalkan DOTA untuk saya
ya, saya yakin sekarang.
Dia SELALU tinggalkan DOTA untuk saya.
hatta ketika dia hebat berperang dgn kawan kawannya.

DIA SAYANG SANGAT PADA SAYA KAH?



oooooooo


stop jiwang jiwang tak kemana.
tiada hasil.
baik tdo.
nite.



 

Tuesday, February 22, 2011

pemerintah yang tido



Ini pemerintah Sara.



Kenapa pemerintah?

Bangun pagi pkl 9 cmtu pusing pusing rumah hilangkn mamai tiba tiba..

Sara : aunty nk matan!
Me : ok, mandi dlu jum!
Sara : tak mau. Nk matan mee
Me : mandi dulu baru makan la..
Sara : adik lapar (ekspresi budak umur 2 tahun, tharu kan kan?)
Me : ok, salin pampers dlu, tak yah mandi k.

(taktik jek ni, kekg dh masuk bilik air aku siram la kn..bg mndi jugak)

Me : meh aunty bukak baju,
Sara : nanok!! Sambil masuk bilik air.
Me : meh la bukak baju cane nak salin pampers? Nk basuh b****
Sara : x payah la madi, adik lapar ( smbil tangan duk sinsingkan baju tdo, bukak pampers pastu cankung siap, dh 2 kali lapar budak kecik ni, btol btol lapar la tu..)

Me : ok, adik makan roti ye
Sara : nak matan mee

(adoiii, mn ada mee, ad roti jek, nmpk sgt pemalas pnya babysitter)

Me : mee takde.
Sara : nak nashi goyem!!!

Lihat lihat pagi pagi demand selera macam budak besar!

Aunty masak nasi goreng aym kunyit cincai cincai, smbil suap Aunty suap Sara, sama makan banyak. Kalu camni kekdahnya, gemuk la aunty adik eh…


dang dung dang dung macam macam hal dot com dot mai, kali kali makan, kul 330 baru nk tdo.. itu pun puas paksa. kna pura pura tdo sebelah dia, baru dia pun nk pejam mata..

bila pemerintah tdo, aunty boleh jalan jalan tgk blog.





SECARA TIBA TIBA jumpa ini.
meh tgk sini. GILA KEJAM!!!! ntah apa masalah pompuan ni!
aku tak boleh nk tgk. kalau korang sanggup tengok, KLIK SINI.


Monday, February 21, 2011

Babi dan Rokok Part II

tak habih lagi duk emo pasal rokok. geram benarnya eh bila tgk seorang pnguatkuasa dri KKM yang berkopiah pastu merokok dalam kawasan hospital. walau lagi 5 langkah nk kuar pagar hospital, ko tetap xde etika pakcik. klu org lain, ko pndai kuar kompun eh...

well, apa persamaan babi ngn rokok – HARAM!! dua dua haram!

Beza babi ngn rokok:
- babi tak makan tak sentuh, nk sebut pun lapik lapik kunun haram kunun geli.
- Rokok, cool weh hisap rokok smbil wat asap bulat bulat awan awan.

“Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

“Dan Allah menghalalkan bagi mereka semua perkara yang baik dan mengharamkan semua yang buruk.” (Al-A’rof:157).

“Dan janganah kalian membunuh diri-diri kalian.” (An Nisaa:59)


Ok, x jelas lagi sebab payah kan nk faham ayat ayat agama ni.
Nak elaborate pn saya bukan orang yg layak.. tapi rasanya ayat tu mudah.

Ok, cuba ni la, senang.
Tahu guna google kn? Ok, sila rujuk the best uncle ever tu, tgk bahan bahan apa ada dalam rokok dan tanyakan jugak apa baiknya rokok? Ada? Tya juga apa buruknya rokok pastu FIKIR DALAM DALAM.


agak agak bahan bahan mmbuat rokok ni, bahaya ke tak?


o.. ada org kata,


“si kamal hisap rokok dah 20 tahun, xde mati pucuk mahu mandul pun, dapat anak kembar kot 2 pasang dah..”


“ si Abu yang merokok since drjah empat pun sihat smpai sekarang, malah kalau sehari tak hisap sekotak rokok, macam x dapat oksigen la. Oksigen kn basic needs kn.. “


“si Milah yang merokok pun , masih ayu juga malah makin vogue, xde pulak hitam bibir kuku kuning gigi kn..? siap dapat anak putih gebu lagi..”

“saya tak boleh kalau x merokok, nti otak tak jalan, nk wat keje pn sangkut sangkut”


tahu tak merokok itu HARAM? OH, tak tahu sebab Malaysia x penah kluar fatwa rasmi –ROKOK ADALAH HARAM-

Ok, meh tengok ni…

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

3. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

4. Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

5. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

6. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

7. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Klu Babi, Arak, Zina jelas tak Haramnya?


Jelas sebab dari kecik uztaz / uztazah / cikgu / teacher / guru HEM / guru disiplin smua dah gtau BABI HARAM. Rokok? Cikgu disiplin pun hisap rokok kn… malah, Kementerian Kesihatan Malaysia yang buat statement tepi kotak “merokok membahayakan kesihatan” pastu siap kompoun budak hisap rokok d sekolah jugak merokok! Dasar ketam!

Gambar macam macam kat kotak rokok juga, x cukup nak mndatangkan keinsafan mahupun kengerian juga kesedaran! Siap boleh nganjing nganjing lagi gambar tu duk wat jadi bahan lawak! Siot sungguh! Keji!


ok, TAK SERAM
meh tengok sini agak agak seram tak??

Pastu ada pulak kata “kalau rokok haram kenapa bukan dari zaman nabi lagi jadi haram, knpa baru sekarang sibuk nk buat fatwa macam macam”

Well..dulu arak pun pengharaman berperingkat kot.. ok, tak mau cakap sbb tak pandai.

Nk buat cane eh, merokok dh jadi kebiasaan walau bnda tu salah, hisap rokok macam makan chew gum jek.. normal bukan? takde masalah. Mungkin lepasni kerajaan kena serius tentang isu ini. Tak boleh nk guna pendekatan memujuk dan merayu seperti yg dijalankan sekarang.

Kalau stakat naikan hrga rokok 70sen sekotak, efectnya akan jadi macam naikan hrga gula 30 sen sekilo. Mula mula orang akan bising, mula mula jek la. Pastu nak tak nak orang beli jugak, sebab bagi perokok, rokok adalah keperluan. Penyambung nyawa katanya.

Buat kempen, naik harga, dan buat kempen lagi, yang untung mereka mereka jek, perokok masih juga bertambah dari hari ke hari.. kan kan..MEMBAZIR!

mungkin dah sampai masa MALAYSIA kita yang SATU bersatu dalam hal ni, kita perlukan penguatkuasaan yang betul benar berkuasa. bukan hanya atas kertas.

untuk info yang lebih banyak jum baca sini, sini dan sini.







~trima kasih CH kerana tak merokok, sayang awak lebih!!





antara HAQ dan THE MECHANIC..




..bagai awan dengan bumi..
..bagai kelabu dengan putih..

tapi..
sebab ada peminat tegar Zul Huzaimy kena juga layan tengok walau dalam panggung ada hanya lima orang. LIMA. bila beli tiket the mechanic beratur pul 530, tp tiket untuk 715 dan pukul 8 sudah soldout terpaksa tgk midnite at 1145. wayang full jugak.

salah siapa?

penonton yang suka agung agungkan filem luar o salah pembikin filem yang buat filem sekadar suka suka? macam melepaskan batuk di tangga,
(apa eh masalah klu lepas batuk kt tangga?)
macam mnyeluk pekasam tak sampai lengan.




next,
sudah cakap ngn CH, no more malay film, tggu KONGSI sahaja. bukan tak nak suport filem kita ok, tpi rsa tak berbaloi sangat, baik p pasar malam beli CD jek.. sudah banyak kali bagi chance untuk dri sniri supaya enjoy filem melayu, tetapi peluang dan kecewa sama banyak.

HKLBR heboh amat seronok dan best ktanya, tapi tak seronok pun.. macam tgk kempen Zombi Kg Pisang. lawak lawak yang sukar di fahami, tgk  audition MENTOR laaaaagi lawak kot!!!

Khurafat yg kunun kunun hantu mnakutkan juga mngecewakan. takut la jugak sebab bunyi bunyi menakutkan. asyik terkejut terkejut. klu stakat nk tkejut camtu, CH pnya sergahan kala i tgh memandu pun bjaya buat i terkejut jek. sama jek feel seram kala disergah CH dan disergah hantu shamsul yusuf. itu pun, itu pun, box office jugak walau x smpai 40 juta kutipanya.. tetap malatop!!




JUM, 127 hours pulak






~hasil dating, perut dah kembali berlipat. awas awas awas.




faceBLOG bukan facebook



dah join FaceBLOG ke? jum join.. apa eh faedah kalu join? nk tahu lebih lanjut boleh klik sini. Free jek pun, x kan ada kerugian kot.. plus boleh mengwar warkan keujudan blog yang x seberapa ni kn.. bukan bermaksud gila glamer kalau join, tak tak cuma boleh la kenal kenal ramai blogger lain.. kan kan..

saya dah join, anda bila lagi..? tapi kan TAPI KAN kena make sure blog kamu kamu xde unsur unsur lucah, perkauman dan yang negatif negatif lain la.. senang ba tu. jom JOIN!!!  




ok, saya tak boleh jadi kerani



nampaknya lepas ni kena spend more time with lappy n keyboard supaya kepantasan menaip jadi 60!

korang punya? cuba la cuba la..





Sunday, February 20, 2011

Babi dan Rokok

Ini bukan entry lucah.

Series bengang ngn mereka yg suka merokok bersepah sepah hembus asap relaks relaks macam sangat cool. Tak kool ok, TIDAK!

Anda anda yg merokok, ini soalan saya.


Apa sama dan beza babi dan rokok??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


















Fikir fikir pastu jawab, pastu renung renung pastu amalkan.




Sekian.




~bgitu lama x hapdate, tba2 EMO kan...
~~salahkan PMS!


Sunday, February 13, 2011

Merapoh - Gua Musang ada Sungai Yu di Lipis

siapa sangka eh.. dlm duk ulang alik KL - KB x penah pun perasan ada tempat rekreasi ni. Sungai Yu. Near Kuala Lipis, Pahang. kalau dari KB, Sg Yu ada belah kiri jalan.. ada signboad kecik jek, jadi kalau stok bawa kereta laju laju supaya cepat smpai dengan selamat, mmg tak perasan kot..

cantik tempat ni n yg penting bersih.. mungkin sebab ramai x discover lagi, jadi sampah adalah kurang, nak mandi pun best sebab orang xde la ramai pun.. jadi kalau penat penat drive laju laju tu, meh singgah sini.. ada jambatan gantung and paling sangat the best, ada tali boleh gayut gayut.. conferm x nyesal.

..cantik kan, sejuk! yg kunun kunun x mau basahkan baju, akhirnya mandi tau..

.. perlukan double tenaga kanak kanak untuk gerakkanperempuan ni, maknanya?..
..ok, ada monemtum di situ..
..cantik kan cantik kan..
.ok, gmbar buruk, tapi percayalah tmpat ni mmg cool.
(ntah knpa gmbr tba tba rotate cmni)


memang cantik tau.. cuma biasa ada sampah here n there walau sgt sedikit kuantitinya, sebab yg nyata kewujudan sampah sarap ni, adalah manusia takde tanggungjawab, yang macam tak sekolah, suka buang sampah rata rata n sebab kedua, MDKL tak sediakan tong sampah.. ada dua jek tong sampah kat sini, itu pun xde tutup. tong sampah konvensional lagi. MDKL, sila amek perhatian!

ok, tamat sesi tak smpai sehari semalam bersama saya hos anda.
selamat bhujung minggu semua!!!




Saturday, February 12, 2011

selamat tinggal sayang...

mode sedih.. pagi pagian bukak lappy dapat berita sedih.
Ally Iskandar telah selamat bertunang dengan Aishah Zainal.

U curang Ally.... klu dulu u reject i sebab FS, i rasa sungguh WADEHAL??? u sanggup mnduakan i dgn FS... i pun x faham apa taste u sebenarnya... tapi i restu ngn pilihan u kali ni.

untuk Abg Ally, semoga u gembira.. klu u x gembira, i ada ok... i sedia terima u kembali bila bila masa dan d mana jua!!


aishah... u kn comel kn...bijak juga.. pegi la ngorat orang lain, please.... tggalkan Abg Ally untuk I... =(





Thursday, February 10, 2011

motif itu tidak perlu

malas nk stori pape, tpi kesayangan perlu diberi makanan supaya sihat. layan gambar masa g tgk malaysian open super series  that day.. lama gila dah.  tengok jugak Jebat, Kasturi dan Lekir yang "oh wow, buatan Malaysia kah ini?"

nk story gak la.. hrtu kn p beli tiket Premium yang kunun kunun belakang court jadi senang nk jerit jerit supaya DLCW dengar kn.. tetapi hampeh, penuh macam semut duk hurung gula merah! crowded!! dengan kecekapan abang, wat muka selamba pindah duk seat GUEST. hambek kau.. bru berbaloi bayar RM40 hengget. pasni boleh kot, klu jual seat ikut number.. baru selesa. dah la ngn anak kecik yang bukan reti nk duduk secara bertamadun, sesak jadinya!

ok, sekian.











tak perasan bukan lupa atau nyanyuk

kerja berangan sampai lupa segala benda!
semalam baca blog azie tajuk tiga ratus enam puluh lima, tiba tiba terasa sumthing..
ye sumthing... aisehhhh cane boleh lupa?!
kesayangan saya juga sudah berusia tiga ratus tujuh puluh tiga hari. sudah setahun lebih ba! o.. maafkan daku sayang, saya tak perasan lansung. lupa.

sudah setahun kamu ya!

sayang, terima kasih, saya gumbira adanya kamu.
walau kamu bukan apa apa, saya sayang kamu.
kamu berkongsi segalanya dengan saya.
gembiranya saya, sedih sengsara saya. kamu sentiasa ada.
setia mendengar dan mendengar.
walau itu hanya anganan dan omongan kosong.
terima kasih!!

sayang..
saya janji akan jaga kamu baik baik.
saya mahu kamu dengan saya, smpi bila bila.
biar kita sama sama bahagia.

kamu blog saya, kesayangan saya.
terima kasih dan maafkan saya kerana lupa.



eeh, blog sudah setahun lebih... berjaya jugak setelah dua kali gagal sebelum ni.. ini yg terakhir harapnya.. best kan ada blog kan.. boleh cerita macam macam. tak kisah blog x seglamer hanis zalikha yang membacanya juta juta sebab tujuan utama berblog bukan untuk glamer atau untuk kaya. ianya suka suka dan akan kekal begitu.. kalau ada guna pun, mungkin kepada cucu cucu yang nak berkenalan lebih dekat ngn granny mereka. tggi tau cita cita, nk simpan blog bagi cucu baca. teheeee!!!



~~ lusa nk makan kek, sempena ulang tahun blog boleh?




Wednesday, February 9, 2011

berangan itu PERCUMA jadi manfaatkan la...

suka kan hidup kalau tak yah kerja pastu seharian kat rumah layan berangan. best tau best. berangan sampai bosan sampai sendiri rasa nak muntah warna warni.

ini dah bulan dua kan, dah februari kan.. sepatutnya yang duk angan angan dah ada sikit sikit jadi kenyataan. tapi susah la susah. bayak hati banyak perasaan banyak pihak nak kena fikir dan fikir..

kata kaklong
".. yang x payah pk apa2 la, long nak buat semua, yang pk tarikh jek.."

best tak best tak kalau dapat ayat macamtu...? bestkan rasa nk lompat tinggi tinggi.. tapi kan, khidupan bukan macamtu kan... kalau pk sendiri dah lama selesai kan.. habih, ko nak kawen sniri sniri ke? tidak kan.. nk kawen ngn dia kn.. so, kna pk dia jugak! kena pk kluarga dia jugak! bonus, kna pk orang kampung dia jugak!!!

dulu berangan nk kawen 101010.. smpi bila encik kekasut ajak kawen pada tahun 2007, nak jugak suruh dia tunggu sabar sabar sebab dalam kepala sudah set mahu kawen 101010. sekarang encik kekasut sudah kawen dan beranak, saya melepas 101010. itu namanya tiada jodoh!

dan sekarang, tak mahu tunggu 111111 lagi.. tidak mahu *itu kata saya, TAKDIRNYA, saya tidak tahu* biarlah tarikh tidak cantik, saya tidak kisah, kerana yang penting dapat kawen. *sebegitu gatal sekarang*.

saya dan kaklong yg sangat excited kena sedikit sabar walau dalam kepala kaklong, dah ada macam macam, kaklong kena jugak sabar sebab yang tak mahu kawen ngan orang lain..haha

kaklong tya baju, saya tunjuk

ini

 dan ini...

atau yang ini...


kaklong kata, saya PENDEK.. saya pulak kata, saya GEMUK, jadi sila berhenti berangan. dan pergi tdo sekarang, nanti sibuk meraban sakit kepala dah la ubat mahal!! nite!!!!



 


panas sebab cuaca atau sebab banyak dosa?

sekarang, cuaca panas kan?
sangat panas..

kalau dulu tdo malam berstokin bawah comfoter
kipas nombor satu, buka untuk alirkan udara
sekarang tdo masih lagi bawah comfoter
tetapi buka aircon btul btul hala ke muka

dulu mandi dua kali malas, sejuk
sekarang malam malam pun mandi supaya panas hilang

cuaca yang semakin panas
atau aku yang banyak dosa?
mungkin juga dua dua..



~~cuaca panas buat sakit kepala bganda ganda..


Tuesday, February 8, 2011

Bila manusia tak fikir dua kali

Lihat gambar dengan teliti dan jawab soalan.


Keterangan gambar :

1. mamat berhelmet merah terbaring atas rumput tepi jalanraya.
2.mamat berbaju biru menyankung ditepian mamat yang terbaring.
3. mamat berbaju belang merupakan watak tambahan yang juga senasib dengan saya.

Soalan saya:
apa yg korang AKAN dan MAHU buat klu tiba tiba nampak aksi diatas ditepian jalan raya yang agak sunyi ?

Jawapan saya:
mesti la tertanya tanya pastu sanggup u turn semula sebab dalam hati murni, mesti pakcik ni dalam kesusahan perlukan pertolongan kn? Walau dalam hati paling bawah, ada sedikit perasaan cuak, tapi sebab ada hero kt sebelah, jadi kena jugak kuat semangat lalu berhenti memberi pertolongan jika perlu.

TETAPI… sebaik buat u turn, sebaik berhenti tiba tiba ada juga sebijik kancil yg ada tiga lelaki juga berhenti bersama sebuah motosikal, smuanya berhenti sepakat mahu menolong. See, baik kn rakyat Malaysia?! Dalam hati masing masing harus tertanya tanya dan simpati pada si berbaring dan si menyakung.

TETAPI (tetapi lagi), HAMPEH tau.. penat tau buat u turn, penat tau berhenti, penat tau fikir macam macam, RUPANYA, mereka tersadai begitu kerana mabuk.. YA AMPUN, siang siang hari boleh mabuk pastu terbaring cmtu atas jalan raya tak fikir risiko. Klu dah mabuk gitu, nak tolong apa pn tak tau kn.. tolong tengok pastu tolong geleng kepala jek la. Geram pun ada. Sian orang orang tertipu. Kot ye pun nk baring gaya bebas gitu, ko baring dalam hutan kelapa sawit tu boleh? Baru insan berhati murni tidak tertipu.. bikin panas je tau.. pakcik, lain kali jangan mabuk mabuk dah la, arak tu haram pakcik.



sekarang kan, tak boleh nak mnhadap computer lama lama tau. sakit kepala iaitu migrain iaitu rasa macam nk pecah kepala. which is sangat tak suka rasa itu.





Saturday, February 5, 2011

TRIONOVEL FEBRUARI 2011

tengok tengok.. camne i nak tahan nafsu kalu begini lah putaran kehidupan.. kan baru beli belah enam belas buah buku seminggu yang lalu, baru tiga buah berjaya habis dibaca dan kini, dan kini, telah kuar lagi tiga buah buku. Mesti la, MESTI la kena beli lagi kn...? masuk list dulu k... nti ada kelapangan, mari kita beli mari..

Biar Jadi Kaktus by Iffa Zalia

Sinopsis

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
 
 
Irama Semalam by Yatie Atiqa
 
Sinopsis

Menerima seorang lelaki yang tidak dicintai sebagai suami, perkara yang paling tidak disukai seorang gadis. Apa yang mampu Sara lakukan andai ibu dan ayah memilih Azry sebagai calon menantu dan merestui pernikahan mereka? Dia terpaksa redha. Melayari bahtera rumah tangga bersama Azry yang dulu pernah menjadi teman sepermainan tidak pernah dia fikirkan. Mereka bahagia. Memang benar kata orang, cinta selepas berkahwin indahnya sukar diungkap dengan kata-kata.

Namun kehadiran Irfan, kekasih yang pernah menghancurkan hati Sara membuatkan dia kembali mengingati cinta lamanya itu. Sanggupkah dia meninggalkan Azry dan berlari mendapatkan Irfan yang pernah membuatkan hidupnya tidak keruan dan menangis siang malam? Azry pula mula berubah, tidak seperti di awal perkahwinan mereka. Tiada lagi rasa manisnya cinta. Sara buntu. Dia mengharapkan ketulusan dalam sebuah cinta. Masih adakah lagi cinta sejati dalam dunia ini?


Nyanyian Syahdu by Weeda Airiza

Sinopsis

Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini? 


Macam best kn... tajuk nyummy nyummy, cover mengocak perasaan, sinopsis melonjak nafsu.. tapi kena sabar. tggu skali kluar dengan bonus, baru lazat mahu membeli.. lengkap set.





::sekarang, tiada nafsu mahu berblog, walau macam macam jadi, hati adalah tidak bermaya..



Friday, February 4, 2011

hujan dalam dan luar

macam berjanji
di luar..
hujan turun main main
di dalam..
pun hujan, tpi mncurah curah

aku bosan.
sebetulnya aku runsing.
tepatnya aku sangat susah hati.

hitung masa.
tiga empat dan lima
itu sekejap atau lama?

lihat dalam diri.
masalah tak putus tiba.

aku runsing.
mahu meniti atau terus berhenti??

aku susah hati.
adakah DIA akan mndengar suara hati??

aku runsing dan susah hati.
bagaimana pengakhiran kisah ini nanti...

mminta dalam hati meresap ke jiwa.
Tuhan..... aku mahu yang baik baik saja.



Thursday, February 3, 2011

lagi lagi novel... CINTAMU NADIKU


Haritu p Karnival Karangkraf, sempat jumpa, amek otograf n bgambar ngn Norzailina Nordin. Bliau memang masih cun la.. cantik. Dah la pndai masak, pndai mnulis, comel, lembut jek… cukup ciri perempuan idaman Malaya. Ni petikan novel terbaru beliau iaitu Cintamu Nadiku. Novel ketujuh beliau dengan Alaf.

"ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.

Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa lebih sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI. Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?"


Best novel ni! Novel ni mengisahkan tiga sahabat iaitu Mila, Wasif dan Mustaza. Mustaza yg lebih dahulu menyatakan cinta kepada Mila tetapi Mila berkahwin dengan Wasif tang melamarnya bukan kerana cinta. Pengorbanan seorang sahabat.

Aku suka watak Yasmin, mentua yg banyak muslihat dalam kelembutan. Watak Mila juga menarik. Mila tak digambarkan secara keterlaluan.. kn selalu heroin kn, mesti paaaaling cantik, paaaling anggun, paaaaaling hebat, tapi Mila x digambarkn macamtu.. Mila heroin yg sedang sedang sahaja. Tapi menarik.

Ayat dalam novel juga mudah, macam dialog seharian, pembacaan sangat santai la pendek kata. Untuk novel Cintamu Nadiku ni aku bagi 4.80 bintang. Tak cukup 0.20 sbb tak puas hati Nik Fazwan x jumpa jodoh! Pasni boleh x kak NN wat novel smbung kisah Nik Fazwan lak… Nik fazwan ngn Yana! Boleh gitu…? Untuk peminat novel yg belum beli novel ni lagi, P BELI P!!!




Tuesday, February 1, 2011

JUARA CARTA CINTA

Seharian mnghabiskn novel ni.. memang kategori TAK MAU LETAK, tpi kena gak la letak… x kan nk mngadap novel jek 24 jam kn…?

Memang BEST. Macam biasa Lynn Dayana (LD) tak pernah la menghampakan.. ke empat empat novel bliau sebelum ni pun mmg melekat dlm ingatan. Menurut Kak Lynn dalam blog bliau, JCC ditulis masa bliau tgh sakit... baru lepas operate! CAYALAHHHH Kak, sakit pn novel mantop gni, klu sihat segar bugar macamana la kan... akak memang BEST!! salute!

itu pun, slalu mngaku beliau penulis bilis.. eeeee, klu bilis boleh tulis novel begini, saya ni apa eh kak? tahi bilis mungkin... sedih sekejap!

JCC mengisahkan tentang Maya bersama tiga hero heronya.. Haqiem, Haikal dan Adnan. Watak Maya dlm JCC mcm real jek..mcm watak empunya penulis novel..=)) klu korg peminat LD korg pn akn rasa dekatnya Maya ngn LD. Ada Batu Pahat, ada Pizza Hut ada juga cendol SOGO.

Maya merupakan seorng novelis yg bertunang dengan Adnan tetapi terputus sebab Maya yang tak setia mnjalin cinta dengan Haqiem. Maya kemudian kembali solo setelah diputuskan Adnan dan ditinggalkan Haqiem.

Siapa sangka selepas itu, muncul Hakiem yang mnjadi kegilaan Mimi dan Adnan yang telah beristeri, mnjadi jiran kanan dan kiri Maya. Keduanya merebut cinta Maya. Dalam masa yg sama timbul Haikal yg juga merupakn peminat Maya.

Jalan cerita JCC memang ada class tersendiri. Tak Jemu dan menghiburkan. Memang akan gelak sorang sorang! Dan jangan tak tahu, JCC ada misteri tersendiri..Maya yang penah di ‘sambar’ kilat ketika berdating dgn Haikal mengalami beberapa siri mimpi misteri yang kemudian mmbawa Maya mnjadi penyelamat kepada misteri pembunuhan kejam yang berlaku.

Antara Adnan yg masih menagih kasih dan mahu berkahwin dua kerana isteri yang mandul, Hakiem jiran kiri yang begitu tergila gila dan Haikal peminat misteri yang juga sama ‘sengal’ sperti Maya, siapa akan mnjadi pilihan Maya?

Itu seperti biasa, wajib baca sendiri la kn.. nti hilang misteri cinta bersegi segi Maya.

Dan nk ulang ulang dan ulang ulang lagi, JCC memang BEST. Memang KENA BELI, memang WAJIB BACA, MEMANG!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..