Friday, December 31, 2010

2011


SELAMAT TINGGAL 2010

 


Saturday, December 25, 2010

obsession

percayalah..
memang lazat hingga ke titisan terakhir..
ABC kegemaran di Suq Putrajaya mahupun di Serdang boleh tarik diri dari pertandingan sekarang.
lazat. berkrim. penuh rasa coklat. enak.




Friday, December 24, 2010

confession..

.im all about him.
.thank you.

Monday, December 20, 2010

akhirnya BMI sudah normal..


timbang timbang selepas melantak kepsi bagai.
BMI sudah normal setelah brpa bulan underweight.
underweight bukan kurus.
peserta timbangan pertama hampir melepasi paras normal.
GEMUK!

 

Sunday, December 19, 2010

malam biru


Lately you have been asking me
if all my words are true
Don't you know I'll do anything for you

Sometimes I haven't been good to you
Sometimes I've made you cry
And I am sorry for everything
but I promise you girl
I promise you this

When the blue night is over my face
on the dark side of the world in space
When I'm all alone with the stars above
you are the one I love

So there's no need to worry girl
My heart is sealed for you
And no one's gonna take it away
cos' I promise you girl
I promise you this

When the blue night is over my face
on the dark side of the world in space
When I'm all alone with the stars above
you are the one I love
Your voice is calling to me in my dreams
My love is stronger than it's ever been





ada orang suh dengar ni ulang ulang ulang kali.
terima kasih.
im sealed tooo!!!




Friday, December 17, 2010

merindui dia


saya rindu dia. sangat sangat sangat.



semoga adik aunty cepat sihat dan sentiasa sihat.

I LOVEEEE U!!





Survey tanya Saya jawab


jalan jalan lalu mnjumpai  survey ini di sini. kan dasar perempuan x bepekerjaan kn? memang la suka cari kerja. motip survey kena tya tuan rumah la. aku suka suki nak bekerjasama sbgai tnda sokongan jek.

Simple sahaja. Hanya Jawab ( tuan rumah kata kena ikhlas).

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    saya pilih g) Blackberry.

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
     saya yakin, saya pilih e) Sony  (VAIO terbaik. hehe)

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
    Saya pilih b) Sony

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
    sekarang adalah b) P1

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
    saya yakin abg aznil, saya pilih b)Padini/PDI

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    l) S.Recipe (knp JCO tiada? btw sy lbih suka mkn kt umh)

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    Jawapan saya b) Jaya Jusco

8) Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
    Saya oldiesdengar d) sinar FM.

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
     c) TV 3 (astro suka ulang-ulang, dh la bayar mahal)

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?

      h) Hugo (hya hugo purple)

11)Apakah jenis majalah yang anda selalu baca?
     saya yakin betul, saya pilih q) Novel


senang je kn.. apa lagi mari la mari pergi mengundi. sampi 31 ni je tau.




Bukan Tak Sudi

 
bukan ku tak sudi kasih, untuk bersamamu bercinta lagi..kerna antara kita tidak sehaluan lagi.. 

Tiba tiba jiwang nyanyi lagu Saleem apa kes kan? Tau la hati tgh berdarah bernanah siap berkudis. Sudah.

Pekerjaan tetap srg ni, meriview novel, review korea drama, review gossip, review sgala bnda yg walaupun tidak mndatangkan pendapatan masih juga dibuat untuk isi masa lapang. Dasar perempuan tidak bekerjaya!

Tapi ini juga kerjanya membantu orang kn? masih juga berfaedah kn..? mna tw kot ada yg jenis wat review sebelum mmbeli senaskah novel, nah.., review ini kn mmbantu pembelian.

Harini sukarela nk review Bukan Tak Sudi (BTS) by Mimie Afinie (MA). Dulu MA ada tulis buku ngn Alaf 21 ie Masih Ada Rindu, tpi skrg MA with KarnaDya pulak. kenapa kah? cukup. x payah pk. bukan nk rview Mimie Afinie kt cni. Tpi mngkin boleh di pk kn kelak bila tba2 teringin nk wat post pasal MA o bila novel aku yg sebanyak 2 mukasurat tu siap. bila ntah... HHTA!!

BTS best occay! BEST! cukup best untuk buat ko gelak sorang2 masa tgh mmbaca. punya selamba jalan ceritanya. Act heroin BTS adalah Anis Zulaikha yng aku rasa sungguh comel. Si Anis bila mak dia suh kawen, x nk kawen, atlast mak dia terima lamaran si Shariff, yg di gelar Shariff Dol Samseng Kampung Dusun oleh Anis n d gang. Klu dah samseng kg dusun tu, agak2 bo imagine la prangai camne kn..? Jadi Anis cukup tidak suka pada Shariff.

Bila tba2 Shariff datang mlamar n mak dia terima, dia panic. Kebetulan kt ofis, ada Al, yg sgt suka pada Anis. Dh lama Al duk mngayat tpi Anis tolak, bila dh xde pilihan d sbb kn lamaran Shariff, dia terima Al. Malangnya, bila hati dia feeling feeling nunga setaman sama Al, kantoi plak yang Al dah kawen siap ada anak 2. gila buruk kn prangai laki cmni, dh ada bini (shiqin) sibuk nk ngorat jugak. pastu bila kantoi, smpi hati plak suh  bini tersebut tolong pujuk bgi pihak. bini yg baik pnuh taat setia mnurut perintah pn ikut la, tolong pujuk Anis untuk suami kesayangan.

Celah2 duk frust, Omar yang merupakan kawan baik kepada Fuad (abg Ain) amek kesempatan nk mnyuarakan isi hati sementelah dia pn dh lama ada perasaan pada Anis. Watak Omar sangat la lelaki idaman; baik, sabar, penuh kelembutan, kacak dan bonus adalah kaya. Anis dah lama kenal Omar n dia x suka Omar sbb katanya Omar yang berkening lebat tu, kuat nafsu. teori no mmg penah dengar kn? Plus Omar bermuka gatal. Tapi Omar sungguh berusaha sbb sayang kn.. bukan cm org tu, sayang tapi x buat apa2.huh. Bonus untuk Omar sbb dia saaangat baik ngn Fuad abg ksayangan Anis smpi anis gelarkan depa kembar siam. Macam2 Omar buat utk tekel Anis, Tpi hati Anis tetap pada Al.

Shariff, Al, Omar... agak2 sape dapat Anis??

Nak cerita nti habih thrill plak kn..jadi sila baca sniri la.

tak rugi beli sbb memang best, lawak amat, selamba sangat, pndek kata sempoiii!





semalam...


 
Pagi :
bgun pagi mandi makan layan novel cinta 3 suku menggoogle main main. O. tengok Tiger Cruise.

Tengahari :
siap siap bersiap ke UPM. Pastu ke Kementerian Kerja Bersungguh. Yeay sudah dapat sijil. Terima Kasih sebab kerja sungguh sungguh!

Petang :
Melepak di Alamanda bersama Ira. Makan Big Apple. Main boling.

Malam :
Makan makan (kena belanja Ira sebab kalah bowling, ala, kalah 10 pin je pun ;p). P KLIA fetch org Beijing.

Pagi :
Smpai umah mandi sket sket je sbb sejuk pastu baca novel lagi sebelum tdo nyenyak nyenyak sbb dah pukul 3.


Sungguh seronok kehidupan seorang peanggur tegar.



Sekian. Laporan.
 
 
 
 
ps: Mana ada p date ngn OmarSyariff pun..kena tipu sampi menangis. Padan Muka.
 

Thursday, December 16, 2010

My Little Bride

Siap menonton My Little Bride (MLB). Oh seronok. Tiba2 x baca novel sebab novel di rak smua sudah dibaca. JADIIII?? Sila cepat menovel. Semalam membaca Bukan Tak Sudi by Mimie Afine. Dah lama beli tapi tak terrbaca. Asyik duk belek rak Alaf 21, lupa ada rak lain d satu sudut yang lain. Back to the MLB, crta ni pasal BoEun (heroin) yang terpaksa kawen ngn SangMin (harus la hero kan) sbb perjanjian yang pernah dbuat oleh datuk2 drang.
Then the life s husband n wife begins. Time ni ada part2 yg mmg gelak x hengat walau tgk sorg2. Comel la kan, budak 15 tahun kawen ngn org yg dia anggap abg n dalam masa yg sama merupakan intern teacher kat school dia. 

Kat skulah, BoEun bdating ngn baseball player yg jugak manis mcm gula2. N si hasben SM plak digoda tnpa henti oleh Miss Kim. One dy, msa tgh dinner family terkantoi la yg si Boeun ni ada affair. Tapi hasben yg hensem x marah pun taw…


Si Hasben tu mmg dh sayang habih kat si wife. Dri kecik lagi drang mmg bkawan n si hero ni senantiasa support si heroin. After a few xcident, BoEun sedar yg dia pn sayang hasben dia. So selamat tinggal baseball player yg manis mcm gula2 (Habih ilang saspen…).

Sungguh comel la cerita ni. Tambah plak watak heroin, hero yang sesedap choc indulgences.. Sila la tengok. Pasni Perfect Couple menanti.





Tuesday, December 14, 2010

great lover




....when you shed tears and you still care for him,
.....when he ignores you and still you there for him,
then you know that...
You Love him!
::

Itu Juga Rahmat.. AMIN!


Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; TETAPI jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.





Sunday, December 12, 2010

Masih Setia

Masih Setia by Aisya Sofea adalah Novel Bonus untuk November dari Alaf 21.. dan BEST! AS mmbawa pmbaca mngenali bumi Padang dan Adat Minang dengan sangat dekat dengan penjelasan yng ringkas dan mudah difahami. Kira cukup bagus la untuk manusia kelabu budaya seperti aku ni kn..


Masih Setia adalah kisah tentang Miera gadis berdarah Minang yang cuba dijodohkan oleh keluarganya dengan Rudi jejaka dari Padang agar ikatan kekeluargaan dan keturunan mereka terpelihara memandangkan hanya Miera yang layak dan paling dekat untuk mewarisi seluruh harta keluarga.

Miera digambarkan sebagai seoarang gadis yang susah jatuh cinta walau Rudy merupakan lelaki yang lengkap pakejnya. Rudy begitu mahukan Miera walaupn cintanya sering ditolak. Percutian Miera ke Padang dan kejadian gempa bumi, menemukan Miera dengan Dr Malik yang berjaya membuatkan Miera mengenal erti rindu dan cinta. Sayangnya Dr Malik telah bertunang.

Miera pasrah dan cuba untuk melupakan Dr Malik yang juga mempunyai perasaan terhadapnya. Kecurangan Mia tunang Dr Malik mnyebabkan Miera berusaha untuk memberitahu perlakuan sebenar Mia kerana tidak sanggup melihat Dr malik diperbodohkan. Malangya, kebaikan dan niat sebenar Miera disalah erti Dr Malik. Sekali lagi Miera kecewa dan kali ini Miera betul bertekad untk mlupakan Dr Malik yang menuduhnya tamak dan pentingkan diri sendiri.

Endingnya..Rudy yang berkeinginan tinggi atau Dr Malik yang diingikan hati?? kena baca sendiri la! apa pun, novel ni mcm jugak novel-novel aisya Sofea yg lain, mmg x mngecewakan.. sehari suntuk berusaha menghabiskan novel ni. best. sekian saya melaporkan dengan suka rela.



Saturday, December 11, 2010

hasil kasih sayang


sebelum (29.11.2010)


selepas (11.12.2010)

2 minggu menaiki sekilo accay.
ni semua akibat kasih sayang x bertepi pada adik2 aunty la ni.
gmbar sebelum tu, aku snap b4 balik kg untuk brsama faiQ, Fuad, Qysara, Adam dan Ulfah.
balik kampung equal to makan makan makan.
dengan penuh selera.
tambah pulak melayan selera kakcik yang x penah putus.

kakcik, abg mie, fuad n ulfah smpi dari labuan 4 dec.
pastu aku s tour guide mbawa mereka berjalan dan makan2.
nti klu rajin, boleh pos atucara jalan2 bersama adik2 aunty.
kakcik makan banyak x gemuk gemuk tapinya.
abg mie plak, pantang kakcik menyebut nk makan apa, laju dia usaha cari.
bersusun menu kakcik dari bukak mata smpi pejam mata.
pastu kenyang melingkar tdo, x pun mngadap FB n Blog.
sungguh soleh abang mie melayan kakcik!!

aku? ada org nk layan aku cmtu....?
TIADA occay.
sila layan diri.

sudah mnghantar kakcik n d familia pulang di KLIA.
dan keseorangan merindui ADAM!


.. Abg Fuad yang x besar besar..

..orang lain makan banyak, orang lain yang membesar..


..bye mama, bye baba, bye abg fuad, bye ulfah..


Friday, December 10, 2010

Law of Attraction


bila nk kawen?
eh, dlu kn baik2 jek awak ngn dia, knp x dteruskan?
dh break eh dgn yg dlu. pastu serik?
suka tgk awak n dia, knapa korng x kapel jek?
memilih sgt awak ni.. nk mcmna lagi, ok dh dia tu.


pesoalan andaian dan hukuman!

memilih kah aku??
bukan aku yang memilih... tpi aku yang masih belum dipilih dah terpilih!

Jodoh kn ketentuan ALLAH, dan aku sebagai manusia, bukan hanya berserah, aku berusaha TETAPI, rasa itu belum smpi ke hati diketika dan saat itu. dan sekarang bila rasa itu ada dan aku mahu merasakan perasaan itu, halangannya masih ada. KENAPA DIA??

ya, kenapa dia? dia yang bukan sesiapa pada mata sesiapa.

peduli apa aku dengan mata sesiapa kerana yang mahu bahagia itu AKU!

biarlah x hensem mana, bukan kaya berharta, bukan anak sesiapa, tapi kalau hatiku berkehendak dia, aku akan tetap memilih dia. halangannya sekarang bukan lagi pada kamu kamu yang bernama manusia, aku serahkan semuaya pada yang Mencipta.

aku mengenalinya dari hati kemudian mata, bukan sebaliknya seperti kebanyakkan.

kenapa perlu dipersoalkan hartanya?
harta boleh buat org bahagia, tpi jgn pernah lupa, kerana harta aku pernah kecewa. klu berkehendakkan harta, aku lebih rela mnjadi ank bujang Pakcik Hashim smpi bila bila.

siapa kamu mahu mempersolkan siapa dia kerana siapa kamu bagi aku???

kamu mungkin lupa, atau kamu pura pura lupa, pasangan kamu juga bukan yang terbaik dan sempurna di mata org lain. Tapi kmu masih juga memilih dia kerana hati kamu berkehendakkan dia bukan?

kamu juga selalu lupa, tiada yang DIA jadikn sempurna kerana mahu kita saling melengkapi.

mncari bahagia pada saya, bukan seperti mencari kerja bagi awak. Saya bukan mmbuat pilihan dalam hidup kerana hidup saya tidak dihujani pilihan melainkan tawaran. Maaf, saya x memerlukan persetujuan dan sokongan anda dalam memilih siapa dia di hati saya.



untuk awak yang berada di Hati, diam diam di sana.
Semoga Ayah, Umi, Ma dan Abah merestui kita.
Semoga DIA permudahkan kita atas segalanya.
Semoga ada Jodoh kita.







Thursday, December 9, 2010

akibat kepada kejadian


kejadian :
jatuh tangga selepas VIVA.
walau perlahan, hentakan d punggung mnyebabkn kejadian seperti di bawah.

akibat:
tak boleh g beijing main ski dan bershoping sakan kunun untuk meraikan sempena habih belajar.

persoalan 1:
kenapa prlu jatuh bila dah siap bayar deposit semua walhal selama ini pinggang baik baik sahaja?

persoalan 2:
mungkinkah bejalan bila sudah berdua?

persoalan 3:
bila mahu berdua????

kesimpulan:
semoga cikna cikna seronok disana.
bennnciiiiiii. x dapat ikut!


 

Tuesday, December 7, 2010

dia yang demam



untuk awak yg sedang kesakitan disana
cepat sembuh!
jaga diri. jaga makan. jaga kesihatan.
saya jauh nak menjaga awak.
sila cepat sembuh.



Monday, December 6, 2010

Saya NaK HaDiaH TuDuNg DaRi AnA..!!

ini adalah sticky post..untuk post terbaru sila skroll bawah ye... sila sila =))



saya nk tudung ni sebab umi saya kata sangat cantik!!, jadi mencuba itu tidak salah kn..? mana tau tba2 dengan cara ini berpeluang merasa diri adalah bertuah..

untuk info yg tepat sila ke blog Kak Ana ye..

bliau mncari no btuah iaitu no 131415.




Friday, December 3, 2010

warkah buat adam



kepada Adam kesayangan pembawa Oksigen dalam hidupku,

Lama aunty x jumpa Adik. Aunty Rindu Sangat!!!! esok 4 dec Adik dah genap 10 bulan, sudah besar adik aunty!!! cepat setahun aunty nk celebrate birthday Adik meriah meriah..nk beli hadiah best best..



sudah 2 minggu aunty x jumpa Adik dan aunty sangat sangat sangat rindu pada Adik. kadang2 Aunty nangis sorg sorg depan laptop rndukan Adik.. Dah 10 bulan, bila Adik nk pndai jalan..? cepat jalan nti Aunty bawa adik p kedai, x yah sakit2 pinggang dah Aunty dukung Adik :)

percubaan Opah mndirikan Adik. ni masa raya aidiladha yg lepas.. Adik cuak eh? hahaha.. hensem Adik pki baju melayu..Aunty puas cari dh gambar Adik pakai sampin lengkap.. xde pulak.. Adik kena berani baru boleh cepat jalan.. Aunty tau adik boleh, tapi Adik seram sejuk kn?? kadang2 bila Aunty letak Adik dekat kaki, Adik bangun pelan pelan, pastu lepaskan tangan. Aunty bilang satu dua.. Adik dh terduduk dh. tak pe sayang...nice try!!
Eh, Adik dh pandai naik tangga tapinya kn...? Bagus!


Adik ingat gmbar ni, masa kita OTW back to Kuantan.. Aunty belikan eskrem mahal untuk Aunty dan yg murah tu untuk Adik kongsi ngn nenek. Adik n nenek x boleh makan eskrem banyak sbb sama sama xde gigi. Adik sibuk jugak nak paki tag UPM aunty.. pastu Adik tdo nyenyak.. Baik jek Adik dalam kereta. sebab tu Aunty senang dgn Adik. Adik x mnyusahkan... walau habih kereta Aunty Adik jahanamkan, Aunty sangat x kesah sebab itu cara Adik bermain untuk tumbesaran kn sayang...

Lusa Aunty jumpa Adik tau.. Aunty tggu Abg Fuad n Adik Ulfah smpi... Abg Fuad kata kapal terbang asyik losak jek.. p lepair lepair pun rosak jugak. ikut hati Aunty, dh lama Aunty jmpa Adik tpi ksian Abg Fuad n Adik Ulfah kn..?  so, Aunty korbankan rindu Aunty untuk Adik. Meriah la Aunty ada ramai ramai nti... Kita p jalan jalan dan jalan jalan ok.. Bawa Abg Faiq n Kakan Qysara jugak..

Adik duk baik2 ok, jangan buli nenek sangat. Adik sila merayap sendiri atas permukaan bumi tw, jgn asyik mngharap orang angkat jek. nti jadi pemalas macam aunty. jaga diri, jgn bagi nyamuk gigit Adik. Aunty sangat geram sbb nyamuk sangat suka gigit Adik. Adik dh la x pndai garu garu.

Jaga makan jugak.. nex 10 dec kita ada apoiment Dr tw sayang... x mau Dr kata adik obes lagi. hrtu las timbang Adik dh 10 kilo, jgn2 sekarang dh makin naik...? nenek tu bukan boleh.. asyik bagi makan jek Aunty pn gemuk sbb nenek la. klu aunty x pantau nenek, nti Adik pn akan tambah gemuk.

ok Adik, Aunty kira jam untuk jumpa Adik.. lama dh Aunty x dengar adik 'a ta-aaaa" Aunty. RINDU ITU SUNGGUH!!!

Bye Adik Adam... Aunty saaaaaaayang Adik!!!!


Thursday, December 2, 2010

bila tiba tiba mereka rajin

ingat kementerian kerja bersungguh  dalam entry yang lepas??
day after got d call from KKB cawangan kuantan..

"hello cik yati, saya Sha dari KKB cawangan kuantan, saya dah dapat surat dri putrajaya n bila cik yati free, so kita bo pergi melawat premis?"

apakah secepat itu? baru smlm aku marah2 n htr mail kepada pengarah harini dh bo tgk site? tahniah!! klu dari awal korang effisien camni, xde pn aku smpi migrain tggu kelulusan tau..

"ok, Sha, esok kul 9 pagi c u there, map u ada kn. klu sesat o x jmpa roger i"

senang kn? mudah je kn?

knpa kna tggu aku myirap darah smpi kepala besimpul2 baru korg tba2 ada meeting n tba2 boleh mlawat site?

apa pun terima kasih. senang hati sudah.


Wednesday, December 1, 2010

yes im ok.

Dan aku memang penakut

PERHATIAN...

sudah masuk December. apakah?? sudah mau habih 2010?? gila cepat masa. n aku masih jugak begini begini. dua impian dan cita2 besar 2010 memang x berjaya ditunaikan.. kesian! dan bukan salah siapa2 mlainkan dri sendiri. Cita2 yang satu insyaALLAH akn juga terlaksana tahun depan, impian yang satu, aku harap pn akan trlaksana tahun hadapan..semoga DIA permudahkan segalanya..

Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya
Jika aku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringakankan

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk engkau bertanya 
Jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Ku bukan milikmu


tba2 ada lirik lagu Yuna. layankan jek la pmpuan xde kerjaya ni..

Tuesday, November 30, 2010

Tanpamu Aku Rindu (TAR)

Dah 2 kali aku ulang baca novel ni..memang best. ada ketawa dan air mata... ada lagi satu karya Aleya Aneesa yang juga sgt best penah aku ulang baca dlu Aku Mahu Kamu.

Meletakkan diri aku di tempat Zuyyin yang mempunyai pelbagai watak sungguh mnyeronokkan. Zuyyin asalnya anak manja kesayangan mama dan ayah. berubah mnjadi seorang yang pdendam sejak berusia 12 tahun kerana cerita yang mahu disembunyikan demi mnjaga hati mamanya.. Dia menjadi ank yang angkuh, sombong, "kurang belajar" dan tidak boleh ditegur. Bersama kawan-kawan, Zuyyin berubah mnjadi seorang gadis yang nakal tetapi baik hati dan selalu mndahulukan kawan kawan tnpa mnyedari mereka tidak ikhlas terhadapnya.

Pemergian mama dan kemudian ayahnya mmbuatkan Zuyyin terduduk. Apatah lagi dia tidak sempat meminta ampun dan melihat wajah akhir mama. Tetapi kerana ego dan dendam, dia masih mgeraskan hati. ketiadaan mama dan ayahnya bukan saja mngubah Zuyyin, malah kawan-kawannya yang selama ni berkawan kerana harta. Dia disihkan hanya kerana tidak mempunyai sumber kewangan lagi.  

Kerana disahkn 'muflis' Zuyyin terpksa mnebalkan hati menerima perlawaan Mak Jah yang mnjaga Zuyyin sejak berusia satu hari untuk tingal bersamanya juga anak lelakinya Yazzer. Disana, Yazzer cuba mngubah Zuyyin dan menyingkap rasia yang Zuyyin simpan selama 14 tahun. Yazzer sukakan Zuyyin, tetapi dek ego dan maruah, Yazzer menafikan dan memendam perasaanya. Menjadi Zuyyin kesayangan Yazzer, sungguh mngujakan. Yazzer dalam marah ada sayang, dalam dendam ada cinta. dan cinta pasti menang kan?

Cerita yang mnjadi rahsia Zuyyin mnjadi rahsia hingga ke akhir novel. Dan bertambah kecewa Zuyyin bila mngetahui apa yang dilihat mata dan ditafsir otaknya selama ini tidak benar sama sekali. 14 tahun Zuyyin mensia2kan hidupnya dengan berdendam pada ayah dan dendamnya memakan diri.

Aleya Aneesa amat berjaya menggarap watak dan cerita dengan begitu baik sehingga menimbulkan teka teki yang hanya trjawap di pengakhiran cerita. TAR berjaya mmbuatkan aku mnitiskan air mata pastu gelak sorang2, pastu kerut kerut dahi nk mntafsir kelakuan dan jalan cerita. sungguh seronok. 5 bintang untuk Tanpamu Aku Rindu!!


ps: klu wat movie, agak2 boleh jadi fenomena Aleya Aneesa jugak ni..


masa untuk menovel

sudah selesai di UPM bermaksud masa untuk menovel kembali lagi.. yeay! stelah agak lama mlupakan kegemaran yg satu ni.. ada dua bulan novel yang masih belum dibeli. Trionovel Oktober juga Trionovel November by Alaf 21 juga bonus november. Bulan Oktober takde bonus. Rak pn x beli lagi ni =)

Trionovel Oktober
Biarkan Aku Merindu by Lily Suriani
Kembali Untuk Cinta by Angela Engkuab
Puncak Kasih Kita by Intan Arnida


Trionovel November
Akan Kutunggu by Sania Yasmin
Cinta Akan Indah by Rini Shanira
Cinta Usah Dinanti by Aimi Husna
Masih Setia by Anis Sofea - Bonus November




Biarkan Aku Merindu by my fav novelis, dah ada orang baik tolng belikan.. iklas ke tak, blakang kira, yang penting saya sudah habis khatam buku tersebut..terima kasih daun keladi, nti abang belikan lagi ye.. =))

ada tujuh novel yg wajib dibeli...bila eh akan ada Pesta Buku lagi? supaya dpt beli novel murah murah dan murah secara sangat meriah..klu lmbat, terpaksa la tidak mnunggu pesta buku kn..?



Monday, November 29, 2010

seekers vs permaisuri siti aishah

aku tdi duk bengang ngn org mulut longkang aka mulut jahat aka mulut suka ngata orang aka mulut bocor. tetiba aku terbaca skandal uncle seekers ngn permaisuri agong. dah lama ke scandal ni tetapi aku baru tau?? aku bukan nk jadi mulut lokang cuma aku x faham kenapa perkara seropa ini perlu diheboh hebohkan sedemikian rupa.. gila detail..aku rasa xde keperluan disitu mlainkan dgn tujuan nk mnjatauhkan satu sama lain..

apa keperluan aku wat crta ni? nk jadi mulut blog longkang jugak kh???

tidak!!!

aku hanya mahu menambah bahan bacaan pada petang yg bosan.
sekian.




Sunday, November 28, 2010

end of the journey..

sudah selesai..alhamdulilah..
jatuh tangga selepas viva adalh perkara biasa kn??


Saturday, November 27, 2010

Seping Kad Good Luck Sekuntum Bunga Matahari

 terima kasih kepada pengirim kad comel tersebut
XOXO

Friday, November 26, 2010

semalam makan J. CO

berdosa ke klu lapar tapi malas makan?
perlu kena marah ke?
eeee. geram!!

padahal sila la faham.
dh malas nk wat camne.
bukan boleh di paksa paksa.
klu rajin, sanggup je smpi pavilion nun mncari nandos.
padahal kt d mines pun ada.
tpi sbb tak malas, jadi p la pavilion.

bukan sebab payah.
bukan sebab susah.
sebab malas.
suka tak mau faham.
suka malas faham.
suka marah.

semalam rajin jadi makan ni oneshot. dh la makan nya malam. gemuk sekejap. bila tgk kotak kosong, myesal knpa bli sikit.


faham tak kenapa tak mau makan? jadi sila jangan marah marah.




dua alam tapi bukan katak (n3 18PL)


aku masih x puas hati. smlm x pasal2 aku myumbang utk kutipan 2 Alam..tggi jugak tahap ingin tahu aku kn?? ye la klu dh d promo dan di sogok dgn bgitu dasat, x kn la x teringin nk tahu kisah sebenar kn?menggigil gigil ke aku masa beli tiket smalam?? harus la mggigil beb, yg jaga cashier hensem! aku nk bli tiket pn malu2 alah tau..tebalkan jugak g bli dgn harapan dia ingt aku student seni teater dri U yg d pksa wat rview pasal filem ni..bo camtu?? aku saaaangat x tahan bca artikel ni. dri intro smpi ke habih, aku mloya kehairanan. knpa eh dia sanggup wt statment cenggitu??

apakah sifat luar biasa yg brlaku dlm filem trsebut?? klu nilai pnceritaan yg mngairahkan, aku faham la kenapa. mmg gairah la kn.. klu asyik2 aksi kt PUB, ats katil, dlm kereta, dngn pakaian mcm xde bajet, bunyi bunyian yg mnyeramkan..gairah x?? tmbah lagi diaolg dialog seperti "..kata nk main 8 round, baru sround dh kalah.." "..ok, giliran ko pulak main ngan dia.." "..you ni power lah.." mmg la ghairah kn. dan itukh yg ko warwarkan bahawa 2 Alam memajukan bangsa?? ko rsa klu dapat wat filem aksi dalam tab mndi itu mmjukan bngsa ke? sungguh kreatif dan luar biasa gaya pemikiran mu wahai Dr..

Dh la filem bergenre seram. seram kt mn ntah? seram melihat aksi Suhaillah Salam ye la..mmg seram! Dialog pun seram. cerita xde moral lnsung..stakat ko nk wt crta org jahat mati x sempat tobat pastu mayat jadi berat, masuk kubur ada ular, dah amat banyak la wei. dgn gaya pnceritaan cmtu, cane la smpi hati target 40juta?? mujur aku x mnghairahkn mcm ko..klu x, mmg filem aku pn pecah pangung la.

pernah x korg tgk filem arah david teo, ok, david x bape hnsem jadi tukar. filem arahan syamsul yusuf o ahmad idham, tba2 kuar muka drang scara terang lagi nyta kt screen panggung? x penah kn?? lain la ko plakun!! ko nk tayang rambut ke apa? tba2 aku emo.. aku boleh disaman malu x??? ok, aku mmg anti bliau. dia yg wat drinya mnerima kritikan smua org..blagak sgt, itu la!

Mgmbil kata kata  DRR dm blog bliau (Rugi sepanjang zaman sekiranya rakyat Malaysia tidak ke panggung dan seterusnya melihat filem yang bakal mengubah lanskap indstri filem dan hiburan di Negara ini.) aku mnyeru seluruh rakyat malaysia, indonesia, brunei dan singapura termasuk rakyat  nepal, bangla, dan vietnam walau di mana anda berada utk pergi myaksikn 2 Alam.

aku tak rugi yg pastinya..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..