Thursday, January 26, 2012

Bertandang sambil mabuk


Settel sudah majlis bertandang ahad yang lalu.. Tamat dah episod pening pening kepala pk hal hal kenduri kendara. Majlis selesai walau tak berapa nak sempurna seperti yang dirancang.. Penyebab majlis tak berapa sempurna adalah pengantinperempuan sendiri. Ye, saya yang salah...

Kesilapan yang saya tak sengajakan...

Memandangkan bertandang adalah bersifat beregu, saya sepatutnya smpi rumah pengantin jam 2, tapi tapi jam 2 pengantin masih muntah2 habih comot makeup, pukul 245 baru bergerak ke rumah mertuaku.. Dan dan sampi pengantin lagi satu pun sampi... Ribut!

Makan beradap jugak tak penuh dengan adab sebab bride asyik nak pengsan kepanasan, makan smpi peluh2 tahan nak muntah.. Hazab!

Lepas makan beradap pengantin terus masuk bilik air muntah dan cuci makeup. Bila tetamu datang cari pengantin, pengantin sedap bergolek atas katil. Penyiksaan!

Alahan saya, masih ditahap selamat kalau nak dicompare dengan sesetengah orang.. Tapi saya rasa hazab sangat..smpi dah tercakap ngan encik suami ini adalah anak tunggal kami. Segera berharap supaya baby adalah kembar 3.. Jadi lepasni tak payah mengandung lagi... Teruk!!

Sepanjang minggu saya asyik makan muntah tidur makan muntah muntah tidur. Makanan saya hanya roti bakar dan nesvita nestum. Itu je yang saya lalu selang seli dengan air buah. Nasi? Muntah! Selalu terjaga malam sebab lapar dua tiga kali. Bukan saya je yang tak tidur, encik suami jugak. Kadang2 dia urut2 sambil pejam mata. Saya tahu dia ngntuk. Hihi.

Lusa atau lusa selepas lusa, cadangnya nk scan baby.. Dah 2 bulan.. Dah boleh scan kan? Saya risau nak terbang jauh sebenarnya.. Harap sangat yang baby adalah super kuat tak macam saya..

Sekian update rojak bermacam rasa dari saya yang tgh tunggu encik suami bangun nak balik JB smbil layan Mann.


Wednesday, January 18, 2012

mengetahui diri adalah hamil


ALHAMDULILAH
syukur yang tak terhingga ada anugerah yang tak dijangka perasaan adalah sangat indah dan semoga keindahan tu berkekalan

klu ikut perkiraan harini dah 6 minggu. sudah 6 minggu atau baru 6 minggu? terpulang keadaan kn..

dan usia perkahwinan baru melangkah 2 bulan 7 hari. dan dalam masa tu, selalu jek saya mengamuk sebab encik suami tak luangkan masa dengan saya, sorang barat sorang selatan, nak honeymoon pun tak sempat..

orang cakap saya bunting pelamin, tapi kalau baca post KINA, saya pun bukan bunting pelamin la.. sebabnya selepas kahwin saya berkesempatan untuk period.

macamna mengetahui diri sendiri adalah hamil adalah bergantung kepada individu sebenarnya.. macam saya, saya lansung tak tergerak hati yang saya hamil. yang asyik duk ulang cakap bahawa saya adalah hamil adalah encik suami. dia yang sibuk duk tya bila nak period siap duk kira hari. saya? tiada perasaan... mungkin saya penat berjalan pusing Tanah Melayu, jadi badan adalah penat.

sampai satu hari bila saya baru balik dari menjelajah selatan -  timur - utara - barat - selatan Malaysia bersama encik suami dan Adam, saya merasai kelainan yang mendebarkan. terus buka Pad dan tanya pakcik google. nak tya orang lain, harus la malu malu alah kan..?

tanda tanda kehamilan
1. loya dan muntah terutama pada pagi hari ----> takde
2. pening kepala ----> itu biasa & menjadi kebiasaan
3. lewat period ----> yes, sudah lewat seminggu tapi tanda tanda mahu period tu selalu ada
4. breast rasa sakit dan tegang ----> obviously. yang ni dh mula rasa sejak 2 3 minggu yang lepas. bila dukung Adam, tak boleh dukung rapat kedada. nk meniarap pun x selesa. penah sampai menangis bila Adam mengganas dikawasan dada.
5. kerap buang air kecil ----> memang hobi. klu minum 2 liter air sehari, yang kuar 3 liter kot..
6. sakit dibahagian abdomen ----> yang ni mmg tanda2 awal nak period
7. suhu badan meningkat ----> obvious sangat. stiap kali nk tidur, encik suami akan kata saya demam, badan sentiasa panas, tapi tak demam demam jugak.
8.badan rasa lemah dan kuat tidur ----> ada. sbb senang je nk tidur siang, klu tak, jenuh berendoi tak tidur lagi
9. ujian kehamilan adalah positif ----> tak berani nak buat

diam diam baca sorang sorang sambil tersenyum....

esoknya, encik suami yang tak sabar ajak pergi farmasi dan beli UPT. saspen kan? atas cadangan adik farmasi, saya beli jenama CLEARBLUE. ikut katanya, yang ini paling accurate, boleh buat test bila bila masa dan akan tertera pada alat tu usia kandungan. RM 39.90. terus beli dengan muka malu dan balik rumah terus masuk toilet.

HAZAB tau nak menunggu alat tu bekerja. 3 minit terpaksa bertapa dalam toilet sambil mulut hati tak habis habis mengharapkan yang terbaik. dan jeng jeng jeng...



YES, saya hamil. dan tertera pada alat tu 3+, maksudnya saya dah mengandung tiga minggu lebih...

tunjuk pada encik suami, beliau melompat kegirangan.
saya, harus la saya gembira. tapi saya juga takut, seram, cuak. perasaan saya SPEECHLESS.

tapi saya bersyukur.. dan saya sangat mengharapkan baby adalah kuat dan sihat.


Monday, January 16, 2012

winter sonata


marilah berdoa yang salji akan turun nanti





semua gambar ehsan google.
hanya mampu berangan kerana masih di Malaysia.

doa jugak supaya mabuk mabuk loya pening segala ni tak mengancam keseronokkan bercuti di sana nanti.

doa supaya semua dipermudahkan...

:)




Thursday, January 12, 2012

pagi pagi cuak passport hilang


dari sesudah subuh tadi tak dapat tidur duk membayangkan lokasi sebenar paspport tersayang. nmpak sangat dah lama tak bejalan sampai passport boleh misplaced. habih dah selongkar traveling beg n kotak kotak harta karun, namun hampa.

bila cuak tahap maksimum, terus tanya pakcik google camne kalau passport hilang. dan dari semua review yang dibaca, DAMN rasa nak nangis. susah rupanya kalau kehilangan passport. lebih susah dari hilang ic. sebulan pun belum tentu siap. Apakah???? dah nk travel lagi beberapa minggu dan passport boleh pulak hilang dan kalau buat report hilang pun passport takkan siap dalam masa sebulan... bye korea!!! nangis.

tapi hati kental perjuangan tetap diteruskan, mana boleh putus asa kan, terus cepat cepat dial 03-888 01000 (tekan 1)

saya dengan suara tahan nangis : Puan, passport saya hilang dan saya nk travel dalam masa 2 minggu..
petugas IMI : bila dan macamana boleh hilang?
saya : ntah. harini nak p renew, bila cari tak jumpa..
petugas IMI : dah expired ke?
saya : dah.. sebab tu nak renew
Petugas IMI : oooo.. kalau dah expired takpelah, prosuder macam biasa, datang jek kaunter buat passport baru. tapi makesure dah expired la..
saya : betul kak? betul ni??? (terus tukar jadi kakak sebab baik melegakan hati)
petugas IMI : ye, tapi makesure dah expired tau.
saya : terima kasih kak.

Syukur lega tak terkata.. letak telefon kira dengan jari bila tahun buat passport dan saya yakin passport dah hampir expired sebelum ke Beijing 2010 dan passport tu saya buat masa nak ke Turkey dulu dulu... lega! 

kalau tak, MEMANG NANGIS LA!!!!





Tuesday, January 10, 2012

rasa nak nangis...


.. MENANGISLAH




Beautiful... Subhanallah!!

Indahnya perjalanan Janin selama sembilan bulan itu kan...?

ALHAMDULILAH......





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..