Saturday, April 30, 2011

TRIONOVEL MEI



ok esok kena p Pesta Buku lagi sebab


TRIONOVEL MEI


tiba tiba kluar awal la pulak kan.

kena p beli masa pesta buku sebab memang murah. jimat 20 hengget jugak tau. berbaloi baloi.

tiba tiba tersedar dah lama tak baca novel. minggu ni dah berjaya habiskan Sayangku Merajuk dan sekarang Tujuh Hari Mencintaiku is on the way. THM by Siti Rosmizah. biasanya buku beliau memang mengalirkan air mata kan.


baca Sayangku Merajuk dan dan bayangkan dapat husband macam Shahir. sweet. sebab tu kena kurangkan pembacaan novel sekarang ni. mood berangan tinggi sangat. nanti mula la nak mintak bukan bukan.

minggu lepas dah habiskan SEANDAINYA dan memang superb la. boleh tak baca novel pastu nangis nangis dan terbawa bawa ke alam realiti? sebab kisah tu macam kisah kita. kena feeling lelebih la...

kalau dulu boleh penuh konsentrasi baca novel, sehari sebuah pun boleh habis.  sejak dah ada anak nama Adam, kena banyak mengalah ngan beliau.

ini Adam


sekarang Adam demam. badan panas muntah muntah.
Esok Adik sila sihat k, kita p pesta buku ok.




 

Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



Monday, April 25, 2011

christian louboutin la sangat kan..


semangat berkobar kobar bila tengok Kina dah tempah kasut. sangat proper la persiapan beliau. kalau ikut perancangan, date i n Kina, beza sebulan jek. tapi bliau dah menggigih macam macam dan saya, masih tunggu the other half free untuk pergi kursus kahwin. frustated. xde buat apa apa pun tau.

theme dah decide, tpi blom final lagi sebab saya adalah bagai lalang ditiup angin, mata cepat bertukar selera. tapi stakat ni, untuk pihak saya, memang dah tetap cuma tunggu kalau kalau nafsu tak dapat stick pada pilihan untuk bertandang.

as for now, we vote for this.


(the perfect palette)

susah tau duk jauh jauh ni. mahu bershoping pun harus tunggu ada kelapangan. padahal JB - KL xde la jauh sangat kan. tapi susah juga la.

jadi menunggu my other half pulang sempena hari pekerja nanti, we all dah decide nak ready apa yang sepatutnya dah ready.

1. nak p cari cincin, sebab cincin asyik naik harga. jadi beli siap siap, nanti mahal, budget lari. plus minggu ni still ada lagi Pesta Habib near Ampang Point sampai 2 Mei kan. why not grab the chance kan..

2. nak p tempah kasut gak kat Gavy jugak la.
tapi yang ni macam masalah la kan, saya tak boleh pakai high heel.  hati berbunga teringin nak pakai kasut tinggi supaya ketinggian bertambah pada hari kejadian. tapi serius tak berani la. dah almost dua tahun saya tak sentuh high heel. kasut rasmi saya sejak operation dulu adalah scholl.

saya suka ini.



dan ini jugak



kalau pakai songket pastu kasut begini, ok?

:)


tapi saya risau, dan saya yakin,
kalau tya my other half saya pasti dia lagi akan suka pilihan saya yang ini.


atau yang ini... FRUST again!

tak pengantin la kalau pakai kasut camni kan..


tapi kalau saya perlu pilih antara cantik dan sakit, saya pilih untuk tidak sakit la.


3. pastu minggu ni nak jugak pergi beli kain untuk pihak disana. untuk saya, ada yang uruskan.


semoga perancangan saya dipermudahkan.







Sunday, April 24, 2011

wanna be the reason why...




takde mood nak berblog.
masih dihantui cerita seram semalam.
tapi rajin jek berBW sana sini cari idea.
adeh la.. masa laju sangat la. sila perlahan lahan.
masih banyak yang tak dibuat dan perlu dibuat.






Saturday, April 23, 2011

main suap suap pisang



entry yang berbaur kemarahan diluar akal fikiran.
jeles mungkin?

apa pendapat u ols kalau cintahati, kekasih, en tunang, en bakal suami, Mr Right u ols yang baru balik berPARTY jabatan pada jam 1250pagi bgtau..

"tadi abang main suap suap pisang pada pasangan sambil mata diikat"

adakah soalan pertama korang,
"eh, ye.. abang menang ke kalah?"

atau korang macam aku,
"sape pasangan abang?"

dan apa perasaan korang kalau jawapanya,
"abang suap Yanie..."

rasa nak marah tak? boleh jeles tak?

sumpah marah kot.. katalah aku kolot ke, tak reti berparti ke, tapi memang aku tak involve parti liar camtu.

aku tak kerja ke?
eh, Hello. dulu i pegawai kerajaan jugak tau. dua tahun. i penah keje ngn kompeni kafir dua tahun jugak after that, takde la i main suap suap pisang masa annual dinner office i. tak penah tau. memang tak penah ada game macam tu walau kompeni i tu invite penari separa bogel. takde jugak game intim intim camni.
eh, ke biasa saja...?

i tak tau, derang ni xde sensitiviti o apa. dinner jabatan kerajaan jek kot, perlu ke nak main intim intim gitu? apa eh perasaan suami orang yang isteri dia kena suap pisang ngn laki lain? smbil tutup tutup mata bergalak sakan atas pentas tu? damn! emo.

gembira sambil tepuk tangan mungkin?!

aku tak SEPORTING macam tu!

dan aku jugak tak kolot sangat nk jeles tak tentu pasal.

kalau kau menyuap itu, namanya Syafiq, sumpah aku tak jeles dan tak marah.



kalau macamni pun aku tak marah..



ini seropa ini...
bayangkan ... bayangkan..


tapi bukan camni tau keadaan yang perlu dibayangkan.
bayangkan perempuan duduk atas kerusi, lelaki berdiri dengan mata tertutup sambil mnyuap pisang. penuh gelak tawa tersipu sipu.
ROMANTIK gila kan..?


BOLEH MARAH TAK??

aku tak rasional dan emosional mungkin..

kalau korang, korang marah tak? jeles tak??





rindu makan di JB tak rindu orang JB..


kenapa saya suka JOHOR?

SATU


saya memang peminat tegar koteow goreng dan ini memang sedap. kalau pergi JB kena makan koteow plaza larkin. pedas pedas ye kak.
TERLIUR!!


DUA


nasi ayam penyet tapi yang ni tak boleh lawan dengan yang di BBU. paling lazat. wang solo pun tak boleh bertanding. makan samapi meleleh air hidung. panas dan pedas.
TERLIUR!


TIGA


ABC Kg Melayu Majidee. Limpahan Coklat yang memamng manaikan nafsu selera. order dua, pastu curi aiskrim dan coklat dari CH. dia suka marah. katanya kalau nak makan eskrem, order la eskrem. watpe order ABC? sesungguhnya bliau tak tahu rasa keenakan eskrem didalam mangkuk ABC.
TERLIUR!!



EMPAT


ABC tepi balai bomba larkin, juga meleleh leleh air mata tahan keinginan.
TERLIUR LAGIIII!!!!

seminggu saya di JB, saya boleh makan ni ulang ulang ulang kali. memang tak bosan la. siap susun aturcara supaya hanya dapat makan kat sini.

dan eh, asam pedas kedai depan kat Plaza Larkin bersama Ikan Pari Bakar juga lumayan!




bila saya boleh ke JB lagi...?









Friday, April 22, 2011

TAK DAPAT PERGI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011



harini dah start pesta buku. since februari duk tunggu tunggu wat countdown siap serta list buku version wajib dibeli. alih alih, harini, tak boleh pergi. kita merancang kan, but who can predict the weather..?

ni sebab semalam adalah sakit kepala stage II yang sekaligus menyebabkan muntah muntah dan lembek seperti kain alas kaki. jadi harini, tak berani la nak berlasak lasak. migrain pun dah lama tak menyerang hendap, jadi tak nak cari pasal.

CH suruh tunggu dia sebab memang dah janji nak pergi sama sama sebab kalau takde bliau, sape la nak usung bakul buku saya? dah la kali ni, list lebih panjang dari biasa.. teruja tau nak beli buku macam macam demi nak memenuhi AZAM 2011 saya.


(azam saya nak penuhkan rak ni..)


tapi last minitnya, CH tak boleh balik minggu ni, kena kuarantin sampai 30. bliau on kol meyh! jadi saya memang dah set mind, pujuk hati dan bertekad nak pergi tanpa dia. demi buku, sanggup!

kalau tunggu dia balik baru nak buat semua, tak sempat la sayang.. dua hari saja! haritu janji balik nak cari kain nak cari barang barang lain kan...? so yang mana boleh buat sniri, kna la buat dulu. bujang pun bujang la...

jadi, isnin la baru berpesta buku. sabtu dan ahad saya memang tak berjalan sorang sorang, crowded. jadi penanggur yang banyak masa lain, sila pergi hari orang tengah bekerja. kurangkan kesesakan lalulintas.

eh, pastu harini kunun nak p makan KFC tak jadi sebab daya tarikan sardin bersama telur dadar lebih kuat.





Thursday, April 21, 2011

idea kad kahwin



B2B yang xde idea nak design kad lagi..
mari kita ikut design Z Zaidi.. sebab dia berkenalan ngan bakal wife kat FB kan.. yang berkenalan di Blog, boleh design ala ala blogger mahupun YM, Twitter.. comel kan?


(sumber dari BN)






Wednesday, April 20, 2011

Tuesday, April 19, 2011

kenapa saya perlu ke Mid Valley esok


harini hasrat hati nak ke Mid Valley tapi sedang mencari alasan kukuh supaya pemergian tidak sia sia. asalnya, nak bawa umi ke IKEA, lama eh tidak bershoping secara berhemah.

tapi macam biasa, saya malas memandu. jadi perlu ada daya tarikan yang menarik dan penarik baru rasa o semangatnya nak pergi. rugi kalau tak pergi.

dan saya tidak dihampakan kerana saya jumpa ini.

sekarang mata memang sedang pantang tengok cincin gelang rantai segala kan..?
ada EKSPO BERLIAN WAH CHAN. bo jek buat jamu mata. dah start semalam 18 April hingga 24 April 2011.


pastu ini pun seronok walau kadang kadang tak beli pape.
J CARD Members Day. 20 & 21 April 2011.
eh, esok boleh beli comfoter set kalau terkenan di hati.
murah kan kalau ada sale kan.


pastu boleh makan makan di Pizza dengan diskaun 50%.


berbaloi baloi dah tu.
dua alasan percuma satu daya upahan.
memang kena pergi kan...?




sayang la oiiii!!!




Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati
Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia

Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia
Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

untuk cintahati yang terasa hati..
saya sayang kamu.
dulu kini dan selamanya.

walau abang suka konfuse.
walau nak ke kanan atau kiri pun abang suka tanya.
walau benda sebesar zarah pun abang nak mencerita.
walau abang suka lupa.
walau abang suka malas baca signboard bila bawa kereta.
walau bagaimana pun abang
selama abang akan sayang saya
saya pun akan sayang abang.




ok. geli. ambil baldi masing masing.
sila muntah!





semakan keluar negara



saya jumpa sesuatu dan nak kongsi kat sini. mungkin dah lama, tapi saya baru tahu... kesian kan?

kan sekarang musim peminjam PTPTN ke MARA ke atau macam macam peminjam yang dihalang keluar negara sebab dah disenarai hitam (baca: blacklist). jadi, siapa siapa yang nak keluar negara dan konfuse dengan status anda boleh SEMAK SINI.

saya semak saya punya dan CH juga. dan hasilnya..


dan CH, awak tak boleh keluar negara ye.. jadi nanti saya terpaksa la tinggalkan awak.. heeeee.. baik pergi selesaikan apa yang patut kalau nak pergi honeymoon jauh jauh.

saya punya TIADA HALANGAN, jadi lepas ni boleh beli tiket tanpa ragu ragu. Yeay!



permohonan perkahwinan

harini study prosedur permohonan perkahwinan. awal lagi kan... tapi bak kata hati, buat jek awal awal. bukan rugi. boleh jadi panduan pada masa akan datang kan..

ni hasil soal selidik dari kawan kawan dari negeri berkaitan. harap harap ini boleh dijadikan rujukan untuk B2B dari Kelantan dan Kedah pastinya.


untuk tambahan, jangan lupa bawa yang asal dan salinan dokumen berkaitan untuk dilampirkan.
untuk pengantin bujang, beragama islam dan warganegara. sila bawa ni :

a) Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi
b) Surat pengesahan status bujang dari majikan
c) Surat pengesahan maustatin dari Ketua Kampung / Imam masjid
d) Borang HIV
e) Sijil kursus pra perkahwinan

Highlight:
borang mesti dihantar SATU BULAN DARI TARIKH PERKAHWINAN, jadi tak payah buat awal awal.

sertakan wang RM 44. RM4 untuk beli borang permohonan dan RM40 untuk kad pengenalan perkahwinan. Kalau di Kelantan, kad ni Berharga RM 50. buat kat kedah la kan. jimat RM10.

sediakan gambar berukuran pasport.


itu je kot... nanti kalau ada penambahan update lagi. mungkin B2B dari kedah boleh tolong..








Habib depan Ampang Point ada Pesta


jum sape yang nak tengok koleksi dari Habib.
ada Pesta bulan Berlian sampai 2 Mei.

ada banyak koleksi baru. ahad lepas dh pegi menjenguk. silau bilau bijik mata. tapi seperti biasa... kena tunggu kekasih dari seberang selatan balik baru decide sama sama. sebab kalau saya yang mendecide, memang saya ikut hati jek, lupa dah kat poket.

ada few days lagi.. JOM!!




Monday, April 18, 2011

tarik diri saat hampir akhir


penah tak korang rasa tiba tiba nak tarik diri? tiba tiba ada perasaan kuat mengatakan Dia bukan lelaki itu.

sekarang saya tgh kuat merasakan dan tgh kuat melawan perasaan itu. bercakap dengan mereka terdekat yang lebih pakar, katanya perasaan itu normal kalau hari yang dirancang makin dekat. hari yang dirancang memang makin mendekat. masa bergerak. tapi saya masih statik.

dan sekarang, rasa nak berundur kebelakang.

saya selalu memikirkan satu hal yang saya sendiri tak tahu kenapa saya perlu berfikiran begitu.

tiba tiba saya merasakan dia bukan yang terbaik. saya cari semua kelemahanya dan saya buat punca pergaduhan. saya mengharapkan dia akan kuat dengan saya. saya harapkan dengan sebenar benar harap dia akan bertahan dengan saya.

saya ungkit semua cerita silam dan saya kaitkan dengan kisah kami. saya takut kisah silam itu, akan terjadi pada saya. saya takut dia akan mengulanginya.

saya tiba tiba begitu rindu pada encik kekasut. saya bandingkan dia dan encik kekasut dan sampai sekarang, encik kekasut sentiasa menang dihati dan dimata saya.

saya mengharapkan dia seperti encik kekasut saya, tapi saya juga sedar dia yang saya kenal lewat dua tahun yang lalu, mustahil menjadi begitu.

saya berharap dia akan memujuk saya berkali kali dengan cara yang paling romantis. saya berharap dia melaungkan pada saya kata kata cinta supaya saya bertahan. saya berharap dia akan terus memegang tangan saya walau saya meronta minta dilepaskan. saya sentiasa berharap dia ada dengan saya saat ini...

dan saya akan menangis kalau apa yang saya harap tinggal harapan..

dan sekarang saya takut mhu bergerak. kedepan atau kebelakang..





Sunday, April 17, 2011

dunia yang jauh ditinggalkan


terkenang zaman remaja lama dulu dan sekarang rasa..
O!! PENUAAN SUDAH BERLAKU

ini zaman ketika bersekolah menengah rendah. sekitar tahun 1996 - 1998. nostalgia sangat.








bila belek belek album lama, rasa sangat rindu mahu kembali ke zaman itu. zaman yang dalam otak yang mengandungi 23 billion neuron hanya perlu memikirkan kerja sekolah. medula oblongata pulak duduk berehat sambil  tanda kalendar bila nak balik bercuti. dibantu serebrum yang peratus penggunaan adalah sangat sedikit.

indah kan zaman tu... zaman yang hanya bangun pagi, mandi, pegi surau solat jemaah, dengar tazkirah, breakfast, pergi sekolah, balik sekolah, solat zohor jemaah, makan tengahari, pastu prep dan masa prep boleh tido simpan tenaga untuk riadah selepas minum petang dan solat asar.

dah penat main mandi dan makan lagi pastu solat maghrib dan isyak secara jemaah sementara tunggu masuk isyak berzanji marhaban, tazkirah, baca Yassin, baca Quran pastu siap siap pergi study bila dah cukup time balik minum malam dan baca Al-Mulk kemudian tidur. mudah kan?

dan tiba tiba saya mengharapkan kewujudan Doraemon..


 


Saturday, April 16, 2011

bapak mahal!!




ini bukan cincin saya.
sekadar dipinggiran gambar hiasan yang saya save as dari google.
tadi sementara menunggu my datin umi, saya jalan jalan wat bancian secara pukal. tengok tengok apa yang patut. boleh tengok jek la. as CH tiada disisi. jadi xde makna nak shopping. bunyi macam i shoping pakai duit u kan CH? heh.

saya mencari cincin untuk CH. saya cari platinum dan saya jumpa cincin seperti gambar di atas. saya bajet below 1K jek tau untuk dia. dan gila oih terkejut. cincin sesimple diatas mencecah 3.5K. simple jek kan. kalau 3.5K, u x payah pakai cincin la CH. tarik bajet bagi saya. kan?

kalau ambil couple ring bajet dah almost 10K dan saya rasa saya tak mau la beli cincin tu.

adakah itu normal atau saya yang cewi, perak macam rusa masuk kampung tak tahu menahu cincin lelaki mahal? aihhh.. saya memikirkan alternatif lain.. wujudkah cincin tanpa emas selain platinum yang lebih murah?









Friday, April 15, 2011

make a wish time..


my birthday is coming very soon.. sebulan lagi benarnya pun!! macam tahun tahun lepas, one month before birthday, mesti wish macam macam sampai malas orang melayan. hek!

tahun lepas Kak Long bagi NIKON D90, tahun ni KL dah isytiharkan tiada hadiah harijadi sebab KL nak jadi penaja utama kenduri kendara. tapi tapi boleh dicuba lagi la sebab dulu kaklong nak taja yang meriah tapi saya sendiri dah cut cost segala supaya saya besederhana sahaja. nanti kita cuba. wink.


Umi pulak tolong tunaikan impian ke Dua, tahun ni pun, umi cakap takde hadiah sebab yang sama jugak. ada ke camtu umi ni? patut kena bagi jugak kan..? heh.

jadi tahun ni, beli hadiah untuk diri sendiri. dan saya dah beli! kesian tak perempuan kurang kasih sayang ni. beliah hadiah harijadi untuk diri sendiri awal awal.

konflit diri nak beli IPad or TV baru. tahun ni untung sebab tiada gadget yang mengiurkan. jadi saya boleh berjimat sakan.


untuk cintahati pengarang jantung nadi kehidupan, saya boleh mintak dari awak juga kan? :)
tahun ni, hadiah BESAR PUNYA!!!!!







mas kahwin VS hantaran



mas kahwin:
sesuatu yang WAJIB dibayar oleh suami kepada isteri semasa akad nikah samada secara hutang atau tunai atau sesuatu yang dapat dinilai dengan Ringgit.

“Berikanlah kepada orang perempuan itu mas kahwin mereka.” (An-Nisa : 4)

Sabda Rasulullah SAW “Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.”

jadi mas kahwin tidak semestinya dalam bentuk RM. Mas kahwin boleh dijadikan dalam bentuk seperti Al - Quran, cincin, beras pun boleh kot kan.. asalkan berguna dan dipersetujui oleh pihak perempuan. kan da cerita zaman Nabi, pasangan dinikahkan dengan bermas kahwin beberapa potong ayat Al-Quran. kita pun boleh buat kan..

ada certain negeri yang telah metetapkan jumlah Mas Kahwin kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. dan jumlah Mas kahwin ni berbeza ikut negeri kan. saya pun tak faham kenapa perlu dibezakan, sebagai contoh, mas kahwin di Johor dan Pahang adalah RM22.50, Penang ( RM24), Perak (RM101) dan Sarawak (RM 120). sungguh tak SATU MALAYSIA kan.

ada pulak yang beza ikut samada dara atau janda, dah macam jual ayam kan? ayam pencen atau ayam kampung ;) maybe, dah sampai masa nilai mas kahwin dikaji dan diselaraskan. ehem.

bukan nak menambah beban pihak lelaki, cuma kalau ikut kefahaman asas yang tak berapa nak pandai hukum hakam ni, mas kahwin adalah sesuatu yang perlu mudah dan dibayar sekali je kot seumur hidup. mudah bukan bermakna MURAH ye. kalau bakal suami kita bergaji RM4000 sebulan, tidakkah cukup mudah untuk beliau mengeluarkan mas kahwin bernilai RM1000 sekali seumur hidup?? tukar rim 17" empat lima ribu pun sanggup kan?

mas kahwin bukan ukuran nilai seorang perempuan. sebab kalau nak nilai saya dari saat keluar perut my datin umi sampai saat sekarang, adalah tidak ternilai. kan?

itu cuma tanda yang pihak lelaki dengan senang hati nak bertanggungjawab atas kita. kalau dia sayang kita, gembira nk mengahwini kita, tak kan nilai kegembiraan itu adalah dua puluh dua hengget setengah kan? nilai kegembiraan tu juga tak ternilai. kan?

so mas kahwin adalah hadiah kepada isteri. dah tu? tak kan nak bagi hadiah RM22.50? p pasar malam pun habih lima puluh hengget tau sehari. jadi berpatut berpada. yang penting dua dua gembira. kan?

dan dan mas kahwin adalah hak milik MUTLAK pengantin perempuan. tiada sesiapa boleh ambil walau sesen tanpa izin isteri. ayah pengantin tak boleh, suami pun tak boleh!!!

settel bab mas kahwin, so kalau ikut yang wajib, sudah tiada bebanan disitu. dah terus boleh kahwin kan. yang lelaki pulak, kalau mas kahwin lapan puluh hengget, dua bulan lagi, boleh kawen baru pulak. yang menjadi isu dan beban sekarang adalah ADAT!! sebagai contoh, hantaran adalah adat. adat yang tiba tiba seperti menjadi perkara wajib bagi kita.

apa eh yang menjadi ukuran nilai hantaran?
- BINTI siapa?
- tebal clear holder?
- tinggi bangunan sekolah?
- tahap kecomelan wajah?
- ketebalan penyata akaun?
- kelajuan speedometer?
- CC kereta?
- butik membeli belah kegemaran?
- makanan kesukaan?

tepuk dada tanya iman....
kahwin secara aman atau meninggalkan beban?



tanya saya,
saya mahukan perkahwinan yang dilakukan di Masjid sebelum solat Jumaat dan selepas Jumaat semua jemaah boleh datang makan makan. pastu duit bajet untuk kawen yang juta juta tu, saya boleh bersukaria di SCANDINAVIA. oh dunia!!!




Wednesday, April 13, 2011

melantak hujung minggu - steambot ANTARABANGSA


update hampir basi.
but still ok. kan consider used as kenangan masa akan datang kan. so as a reminder yg kita pernah berseronok disini. mana tahu sejarah tak berulang.

sabtu yang lepas berjimba jimba di SOGO. niat hati nk cari langsir untuk bilik and smbil smbil ke Semua House nak cari bahan untuk DIY. but soooo upset Semua House sgt crowded sampai tahap takde selera nak mencelah kaki masuk sekali.

InsyaALLAH, bila orang lain sibuk bekerja saya akan kembali. masalahnya tak rajin nak bejalan sorang sorang. nak jugak tunggu driver. masalah bila tunggu driver, kena la tunggu weekend.

after letih berjimba bagai di SOGO, malamnya ke Bangi. niat hati nak cari ayam Penyet tapi Datin Umi mengidam steambot. lalu sebagai anak mithali, haruslah mendahulukan bonda kan.. lalu mencari pasal di steamboat Antarabangsa sebelah je ngan Wang Solo (Ayam Penyet).

kat sini, makannya buffet ye adik adik and the price consider ok la. RM22 (adult) and RM15 (children) tapi saya lagi suka Johnnys kot... Plus bak kata opah segala, membazir bawa saya makan buffet. Kerugian yang nyata. boleh jek nak order Ala Carte jugak.

buffet range pun ok la. kuantiti cukup makan kalau tamak pun tapi i guess kena buat banyak peningkatan dari segi kualiti terutamanya. ada macam macam smpai silau bijik mata. tapi tapi, kalau tamak kan selalu rugi. the best in here, kalau tak habis makan, u kena bayar sisa tu. RM 10 untuk setiap 100gram. jadi jangan membazir. rasanya almos buffet style ada rules macamni kan..



kategori : yang sedang sedang saja. yang penting kenyang.


the end.




sentap



"perkahwinan yang paling berkat
adalah yang paling sedikit belanjanya"



: )







internet@TV




..ARE NO LONGER SEPARATE



BUT



O N E !!!





Monday, April 11, 2011

isi plastik beg


CH selalu kunun kunun blakon jadi atok menceritakan kepada cucu-cucunya perihal kisah cinta kami. saya la si nenek yg jadi pendengar dan penggelak setia. tahap tak tahan punya imaginasi.  hari ni cucu cucu skalian mari nenda cerita ini kisah.

...ye cucu, atok kamu memang sgt romantik. SANGAT ye. Nenda ulang SANGAT! cucu mahukan bukti? ingatkah cucu pada kisah plastik merah?  itu bukti kelapan keromantisan atok kau! (tiba tiba nenda EMO).

nenda suka sangat isi dalam tu. memang kegemaran nenda. tapi nenda lagi suka kalau atok kau bagi benda alah tu seperti benda tu adalah beharga. bukan main passing plastik merah aje.

ye, memang nenda bencikan pembaziran dan penghasilan sisa pepejal, nenda bukan suruh balut cantik cantik isi dalam kotak mahal siap bereben segala. TAK. tapi xde la nenda boleh membayangkan serupa itu cara pemberiannya.

romantik tak atok kau??? kalau nenda cakap harus dinafikan. kau pk la sendiri cucu.


nah, ini isi dalam plastik tu. yg ditangan kiri.


suka tak suka tak
nenda suka sangatttttt cucu sekalian!!


 
dan...nenda besyukur.....

:)








Sunday, April 10, 2011

kerana... harus besyukur dalam apa jua keadaan




...nantikan kemunculannya yg ntah bila...

sekarang malas mau ulas panjang panjang kerana sudah pagi esok kena bangun awal.

apapun terima kasih CINTA.


:)






Friday, April 8, 2011

hanya SEHARI


hanya SEHARI..
pejam mata rapat rapat
tarik nafas dalam dalam panjang panjang
lepas perlahan lahan
biar otak dan hati sama bertenang

berbaloikah menghabiskan RM X0,000 untuk hanya sehari
tanya akal tanya hati (nafsu sila diam!)

jadinya keputusan dibuat
saya pilih yang seminggu!

terima kasih penaja.





Thursday, April 7, 2011

Bloglist Mah@mahu.com



Syarat2 untuk menyertai bloglist Mah@mahu..

1)  Meletakkan blog Mah@mahu.com dalam senarai bloglist DONE!
2) Buat satu entry bertajuk 'Bloglist Mah@mahu.com'  DONE!

"Saya ingin menyertai bloglist Mah@mahu kerana saya mahu aura Mah@mahu.com yang glamour itu meresap ke blog picisan saya."

3)  Letakkan banner blog Mah@mahu dalam entry anda. DONE!
4) Last sekali kena tag 1 org kawn blog anda. DONE!
5) Tinggalkan link anda pada comment entry ini ok senang nak rujuk nanti. DONE!

ini pertama kali saya join anjuran camni. rasa berbesar hati sebab dijemput oleh owner Maha@mahu sendiri. walhal beliau memang jemput sehingga sejuta orang jugak kan.. tak kisah la. yang penting saya suka!

KAK INA jum join saya dan mereka mereka..Promosi ni selama seminggu sehingga 11 April 2011 je tau..



tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?


selalu kan dan musim musim sekarang kalau pergi kenduri mesti tunggu apa yang nak dibawa pulang kan.. dasar tetamu tak malu. selalu juga bab ni yang paling memeningkan kepala otak tuan rumah and the gang.

ye, perihal cenderahati untuk tetamu. (eh, saya sedang bercakap pasal kenduri kahwin. bukan birthday party or baby shower ye.) selalu jugak kita dapat beg yang berisi segala macam kuih (bahulu, meniram, kerepek, rempenyek) dan juga cenderamata yang pelbagai such as sudu garfu yang melekat di sapu tangan yang digulung serta diikat reben, ada tuala kecik yang mmbalut sabun May, ada kotak kotak menkuang yang bermacam saiz dan macam macam la. u name it! and.. semua ini adalah COST dan boleh mencecah RM4 untuk setiap beg. formulanya:
beg kertas : RM 1.00
kuih muih : RM 1.50
cenderamata : RM 1.00

ini perkiraan paling mudah dan murah. ada yang murah hati lagi, letak pulak gula gula, lolipop, ballon, siap bereben segala dan semua ni memerlukan bajet yang bukan sedikit.

Dah apa masalah kau? kau tak nak bagi, sudah, kedekut! Apa yang menjadi masalah dan persoalan kat sini adalah PEMBAZIRAN dan PENGHASILAN SISA PEPEJAL ye adik adik. Ye sampah. Beg singgit yang kita bagi dengan penuh kasih sayang tu, akan dibuang tanpa sebarang perasaan sebaik saja meninggalkan khemah kenduri. pilih pilih mana berkenan, yang lain, buang! ye dop? tu blom dikira pelbagai cenderahati yang kegunaan sangat terhad tu.

ni masalah trend perkahwinan zaman sekarang, zaman dulu tiada semua ni kan? bagi telur rebus jek. so clasic and of coz tak membazir. perut kenyang lagi.

benda ni sebenarnya sangat subjektif. kita selaku tuan rumah kalau boleh nak tetamu menghargai apa yang kita buat. nak tetamu senang hati, nak tetamu rasa diraikan. tapi tetapi kalau sampai berlaku pembaziran, itu tidak baik. kan?

jadinya menjelang hari itu, marilah kita sama sama berfikir apakah method paling efektif untuk membuat tetamu senang hati dan tiada pembaziran disamping meminimakan penghasilan sisa pepejal.


tuan rumah perlu bagi apa dan tetamu nak hadiah apa?









Sunday, April 3, 2011

menabung amalan mulia..


ini tabung Adam.
dapat duit, masukkan dalam tabung. YEAY.

ni tabung Uncle ( to be..)

 ni tabung Aunty


agak agak bila penuh, boleh wat duit hantaran tak?

=)









PERCUTIAN kahh??



Ini cerita harini di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Semoga adik cepat sihat. Jumpa nnti ok.. Love u!

Esok dan selama seminggu akan bercuti bukan untuk bersukaria semata mata. Percutian tanpa membawa laptop bermakna btol btol mahu bercuti yang sibuk.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 1, 2011

seorang ADAM


HAIII...
nama saya ADAM MUHAMMAD ZHAFRAN.
saya berusia 1 tahun 2 bulan tapi masih tiada gigi,
TETAPI saya boleh makan macam macam dah..

sekarang, ini kesukaan terbaru saya


berlarian atas kereta buruk aunty. dah habih interior kereta saya kerjakan, sekarang saya cuba aim untuk memusnahkan exterior yang memang sedia musnah ni. Aunty pun suka saya main disini sebab aunty dah ada kereta baru  tak payah bawa saya ke tasik atau taman permainan lagi.

kesukaan saya yang kedua adalah menulis.
saya suka menulis walau dimana termasuk di pemukaan perut kalau Aunty lambat bagi kertas.


saya menulis sambil berbaring


mahupun ketika duduk di belakang pintu. sungguh saya berusaha untuk pandai kan?


selain permukaan badan, saya juga sudah pandai menulis dipermukaan dinding dan lantai.

kesukaan saya yang ketiga adalah NGEO. saya akan berdiri di depan tv selama lima minit untuk melihat bunyi bunyian binatang segala macam.
mungkin TV dirumah Aunty tidak cukup besar. saya cadangkan Aunty beli TV 50 inci beserta full HD ye Aunty.. baru clear..

sekian kisah saya seorang Adam. untuk akhirnya, saya sertakan disini gambar bajet macho saya.
hensem kah saya?


oppppssss saya lupa, paling kesukaan saya adalah berada diatas riba Aunty dan mengkonker stereng sambil Aunty menekan minyak. ini memang masyuk!!

sekian. Terima Kasih Aunty..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..