Thursday, September 11, 2014

GIGI ANAK ROSAK


Rezeki Aisy ada gigi tak berapa nak cantik.
Ujian Allah sebab Dia tau aku paling obses dengan gigi.

Masa Aisy kecik kecik dok la berdoa agar gigi dia tumbuh lambat macam Abg Adam ( Adam bergigi setahun tiga bulan). Sepuluh bulan, Aisy start menapak dan berjalan, mak punya hipotesis mesti gigi dia akan keluar lambat.  Tapi hampa sebab sebulan lepas tu gigi Aisy dua batang menunjukkan diri.. mak nak anak gigi lambat supaya gigi lambat rosak dan mak tahu keupayaan diri mak.. mak takut ta mampu nk tolong gosok gigi anak.. hehe.

Setahun pertama gigi anak naik cantik takde masalah. Tapi langit tak selalunya cerah.. masa umur Aisy setahun empat bulan dia terhantuk dan gigi dia crack. Dan selepas tu bermulalah masalah gigi Aisy.. masalah ni sebenarnya bukanlah masalah pun bagi yang dok pk gg susu kan.. esok naik gigi lain pulak.. tp bg mak Aisy, ni masalah terpaling besar.. 

Faktanya memang gigi akan tumbuh. Tpi bila? Mungkin empat lima tahun lagi.. dan kalau gigi susu rosak awal takkan aisy nak rongak lama lama dan paling d khuatiri nnt gigi yg bakal tumbuh tidak dapat tumbuh dengan baik. Sangat bermasalah.
Gigi Aisy belum rongak tapi dah berlaku karies yang agak teruk pada pandangan mmy.

SEBAB KARIES???

Orang kata, anak hisap FM lagi senang rosak giginya. Tapi Aisy full breastfeed. Full dan direct. Xde botol xde puting. Nah sekarang gimana??? Susu mak ke yang manis berlemak lemak sangat?? Mungkin mungkin sebab mak kan hantu kek kek dan kek. 

selalunya orang cakap (org cakap lagi....) disebabkan makanan manis..ye. tpi d pihak Aisy mcm mustahil makanan manis sebab Aisy tak pernah telan gula gula. Keropok. Jajan jajan. Ais krim. Dan air air manis. Mungkinkah makanan manis dari mak.... mungkin mungkin!!

tak gosok gigi pun mungkin bukan penyebab utama sebab Aisy gogok gigi setiap kali mandi dan sebelum tdo. Pakai ubat gigi tanpa floride pun dah dengan floride pun dah. Bukan setakat gosok malah siap ada tooth mousse yg digunapakai selalu.


Tooth mousse ni beli dari kawan Dr gigi di sabah nun. Jauhhhh nar membeli sbb masa tu tak tau ada kawan blogger pun jual. RM70. Ada macam macam perisa. Dan sedap la kot smpai Aisy suka sangat. Mungkin tooth mousse ni kurang berkesan pada Aisy sebab dia suka makan. Sapu time malam masa dia tengah tdo, bole tak dengan mata terpejam "mmy, nak agi..." pastu cup cap cup cap makan.

Setakat ni dah lima kali bawa Aisy jumpa Dr gigi. Dan dari cakap cakap mungkin la gigi Aisy memang jenis gigi kapur atau memang mak dia la bersalah dalam hal ni. Mak hanya jaga dari segi fizikal jek, tapi mak lupa faktor faktor lain. So bawa anak jumpa Dr gigi, mak yang dapat nasihat...
"Puan kena kurangkan makanan manis"
"Puan kena minum banyak susu supaya anak dapat kalsium"
"Puan kena pastikan anak gosok gigi dengan cara yang betul"

Mencari solution untuk masalah gigi Aisy bukan jugak mudah sebab kanak kanak ni bukanlah senang sangat nak berkejasama dengan Dr. Kadang-kadang sampi mmy ayah abang semua kena jumpa Dr jugak. Kena periksa jugak. Untuk bagi anak kekuatan sokongan.

Bertabahla Dr melayan kami empat beranak. Terima kasih!!

Bulan lepas bawa Aisy jmpa Dr Zati  (Klinik gigi Syarifah, Kuantan) Dr kata bole tampal gigi Aisy.  Tampal untuk stopkan karies dari merebak. Tampalan Glass ionomer cement. Malangnyaaa Aisy tak nak. Bila dia nangis meronta susah la nk buat sebab cement tu tak bole kena air liur. Nak tampal 3 minit jek tapi Dr pujuk setengah jam. Dr siap nyanyi bagi belon Aisy booolayannn jek. Tutup mulut rapat2. Mmy siap suh Dr pingsankan anak. Haha. Tapi Dr xbole buat sebab klinik drang tak de lesan untuk guna gas tu.. eh, memang ada tau klinik yang pingsankan anak baru dia cuci gigi.  Dr Zati bagi no kawan dia yg bole buat tapi di Shah Alam nun.. Price start from 40 pergigi dan sedutan gas bermula dari RM150 bergantung pada jumlah gas yang disedut.. Tak berkesempatan lagi nak pergi sebab dok tunggu suami.. kalau ikut mmy hari tu jugak mau selesaikan semua.

Dan sampai sekarang masalah gigi Aisy belum lagi selesai sepenuhnya. Tapi mmy dah amek langkah dengan mengurangkan makanan manis. Susu pun dah start minum jugak. Kesian dia. Kesian mmy jugak!! Sekarang ni sentap sangat bila dengar org cakap gigi anak rosak sebab mak suka bagi anak makan coklat. Walau tak kata kat saya, saya terasa..







Wednesday, September 10, 2014

Dua Tahun Aisy

Tudiaaaaaaa bru berjaya buka blog. Apa benda bizi la xde line la macam macam nk cerita tapi x bole cerita.. rugi la esok esok Aisy tak bole baca cerita mmy..


2 September 2014
Genap usia jantung hati dua tahun

Dua tahun dah oi.
dah anak gadis dah.
Dah panjang tapi tak berapa besar
Dah pandai cakap macam macam
Dah boleh dengar arahan dan paling besat dah boleh bagi arahan jugak.

Alhamdulilah
Lansung tak terasa kepenatanya
Aisy betul betul anak yang baik
Banyak ragam tapi tak meragam.
Alhamdulillah Allah bagi senang jadi Mummy Aisy.

Dah dua tahun tapi sampai sekarang mmy dok terbayang azab mengandung n melahirkan Aisy.. tapi sikit pun xde mmy menyesal ke apa ke seronok lagi ada. Cuma gambaran gambaran kesusahan tu biat mmy rasa tak sanggup nk menduakan Aisy.  Buat masa ni, cukup mmy ada Abg dan Adik.

Dan syukur tak terhingga.. diizin Allah untuk direct feed Aisy smpi saat ini. Aisy tak pernah kenal botol tak pernah kenal puting. Tak la mudah, ada cabarannya, paling mencabar bab cakap cakap orang.. tapi dah nama pun orang, biar jek la dia bercakap... tak rugi. Cuma kalau ulang kali cakap memang sound terus terang jek.

Sebenarnya,  sedih bila anak dah besar. Sedih yang tak tau apa punca tapi banyak punca!! Bahagia tak payah nak cerita dan tak tau nk cerita!! Perasaan yang macam macam. Memang CINTA!!


Mudah mudahan
AISY NADIYAH HANA
terus membesar jadi anak senang dan mentenangkan
Mudah mudahan, Aisy terus jadi lubuk bahagia dan lubuk pahala mummy.
Mudah mudahan sampai akhir sana mummy beruntung punya anak seperti Aisy.


membesarlah anak.. penuh bahagia!!








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..