Friday, October 11, 2013

TAKDE AIR!!!!

Again!!
Sebulan berapa kali takde air.
seminggu mesti ada 2 kali takde air.
dan memang stress.

episod keputusan air kat rumah ni memang mengundang air mata. Memang dah tahap tak boleh nak tolak ansur. Memang jadi sebab laki bini gaduh.

Mula mula dulu mesin basuh rosak sebab air.
air slow n air bkeladak. punah mesin basuh automatikku. kata tukang repair tu sebab air slow jadi computer mesin tu tak bole nak "kerja" memburukkan keadaan bila buka perut mesin basuh tu penuh pasir dalam tu. Sakit hati dan hati sakit.

Nak repair rm450. Pastu repair klu air still slow n still berkeladak ksian la mesin tu. Sebulan hidup tanpa mesin basuh. Awal2 g angkut basuh kain baju kat rumah mil lama lama sebelum mil jadi meluat. Aku yg meluat dlu. Meluat aih basuh baju pun kena p rumah orang. Pastu hantar dobi. Sekali hantar habis 15 ke 20 ringgit. Baju aku jek. Baju aisy basuh tangan. Pun lama2 rasa meluat jugak. Dobi mahai sekilo rm3. Kt JB dlu sekilo seringgit setengah jek!!!

rilek bro.. bro rilek
masalah air je kot. Org lain takde
makanan nak hidup tak merungut pun.

Tiga hari lepas dah beli mesin baru. Manual.

Semalam takde air lagi. Dari pagi smpi sekarang takde air. Dah cane nk hdup. Aku tak kaya nk p check in hotel sebab nak mandi n basuh anak anak jek. Yang aku mampu bila takde air aku rasa nak lari rumah. Rasa nak pindah amat amat amat.

tambah memeluatkan dua minggu lepas bil air sampai.
Tengok jumlah penggunaan sebulan?? 
Dah la bil ni sampai selepas sebulan aku tinggalkan rumah pergi bercuti. 


Aku positif.....

mahal sebab aku cuci baju pakai air oren.





agaknya.





Thursday, October 10, 2013

Jawapan Contest dan Sakit Pinggang


AISY NADIYAH HANA BINTI NASRUL AZAM
Aisy : ain ya shin
Nadiyah : nun dal ya ha
Hana : ha alif nun alif
Binti : ba nun ta
Nasrul : nun sin ro wau lam
Azam : ain zai mim

Jawapan untuk contest semalam.
Oleh kerana tiada yang meneka dengan tepat.
Hadiah kita bawa ke contest akan datang ye.
walaubagaimanapun terima kasih pada yang mencuba.
Sekurang kurangnya kita dapat latih balik ejaan jawi kita kan.

sekarang tengah menahan sakit pinggang yang amat dah 2 hati ni sakit tak hilang dan kalau tak fikirkan Aisy memang dah ajak husben pergi serah diri ke hospital. Nescaya akan warded. 

Rasanya kena go for epidural caudally injection again. Dah 2 kali kot buat ECI. The 1st one was on aug 2009 then on feb 2010. Kira yg kedua tu tahan lama la jugak. Maybe sebab masa tu nak kawen dan nak mengandung jadi pandai jaga diri. Sekarang lagi pandai jaga diri sebab dah jadi mak kena selalu kuat untuk anak tapi banyak dah langgar pantang larang.

Antara pantang larang yang jadi kegemaran adalah jangan angkat benda berat. Tapi kalau benda berat tu comel sangat, wat to do. Tak bole kata tidak bila benda berat mata bulat depa tangan suruh angkat. Harus angkat dan bawa kehulu kehilir. Lapan kilo tak la berat sangat kan.

Hai aunty
doakan mommy sihat
ngeri aisy kalau mommy warded.
Pray utk mommy ye...




Tuesday, October 8, 2013

CONTEST : MARI MENGEJA JAWI

Assalamualaikum semua..
Dah lunch kan u ol kan.. i ols blum lunch dan tak masak harini sebab air takde. So japg jom p pesta makan antarabangsa kt stadium nun dan makan la sebahagian dari rezeki Allah, takyah pk nak basuh pinggan sebab ketiadaan air. Boring btoi air asyik la takde air.

Bagi mengubati kekuciwaan daku marila kita bersama menambah pengetahuan dengan menjoinkan diri dalam satu contest yang pasti berfaedah ni...

Semalam kan kat group gojes duk kecoh pasal nama anak dalam jawi kan..

Tetiba.... Tinggg!!! Dapat idea.. Harini saja nak buat contest sambil mencabar IQ kita kita yang tak berapa nak muda dah ni.. hehhehe..

Contest yang julung kali diadakan sempena Aisy setahun sebulan dan terbuka kepada semua follower blog yang tak seberapa ni. Kiki. Contest ni senang amat je dan akan tamat jam empat petang nanti..

Pemenang akan ditentukan berdasarkan komen yang PALING AWAL dengan jawapan yang BETUL dan TEPAT dan TAK SALAH.

Hanya hantar jawapan anda dalam kotak komen bawah entry ni ye.. hantar kat ruangan komen je tau..

Contest paling mudah ni akan tamat jam 4 petang ni tau.  lebih dari itu takkan di terima dah..



Contoh soalan dan jawapan :
Eja namaku hayati hashim dalam ejaan jawi

Jawapan :
hayati hashim
ha ya alif ta ya ha bulat alif shin mim

senang amat kannnn??


So soalan untuk korang yg gojes pulak,
sila eja nama anakku dalam ejaan jawi

AISY NADIYAH HANA BINTI NASRUL AZAM


HADIAH???
Tak kan wat contest xd hadiah kan...hihi. so bagi tak menghampakan semua bakal peserta, hadiah yang ditawarkan adalah.....



Pemenang Pertama : RM 30
Pemenang Kedua : RM 20
Pemenang Ketiga : RM 10



selamat mencuba korang..

Jom kita asah ingatan kita semula jom!!!


Taba Thailand Tanpa Buku Merah

Assalamualaikum Semua
Aunties dan Uncles yang serba gojes

Harini Aisy nak bawa aunty n uncle semua ke Taba Thailand.

Jom ikut Aisy..

Sejak dok kota bharu (wakaf bharu, spesifiknya) tempat belibur aisy dah berubah 270 darjah. Dulu dulu dulu Aisy ke jusco ke danga city ke angsana ke ikea ke OU ke UO ke pusat membeli belah yang berhawa dingin sekarang tidak lagi.. sekarang kalau ujung minggu mommy sama ayah bawa aisy ke wakaf che yeh ke rantau panjang ke pengkalan kubur dan ke Taba pada sabtu yang lalu. 

Taba.
Dah semua orang asyik asyik suruh pergi taba macam tempat wajib perhi kalau melawat Kelantan so bagi tak menghampakan permintaan marilah kita ke Taba.

Ada tiga pilihan cara untuk sampai keseberang sana. Empat kalau teror berenang! Dua pilihan yang sah dan halal serta satu pilihan yang tak berapa nak halal.

1. Naik bot ikut jeti yang disediakan. 
2. Naik sampan secara haram.
3. Naik feri bawa kereta.

Pergi ke Taba secara halal adalah renyah tau. Kena ada ic kena tunggu Q kena tunggu feri penuh bla bla berperaturan. Kiki.

Naik sampan biru.

Kami pilih pilihan kedua sebab kami tiga beranak takde ic. Ic hilang dah 3 bulan lebih tak buat buat lagi. Suami ku bizi melampau dan ntah kt mana JPN Kota Bharu ntah. Malas btoi nak google. Malas jugak nak p. Malas nak amek gambar ic sebab muka tgh gemok boleh dakk???

Dan kalau pergi secara pilihan kedua tak payah bawa buku merah. Bawa yang tamat tempoh pun tiada masalah.

Kena bayar dua ringgit satu kepala sehala. Kepala yang ada mata dua. Kalau kepala bahu dan kepala lutut tak kira. Kalau takde kepala??? Takutnya hoi kalau xde kepala pastu naik sampan...

Perjalanan nak ke seberang sana nun tak sampai pun 10 minit.. kejap amat jek. Takdan nak bergambar dah sampai. 

Kena pakai life jaket tapi ayah malas pakai. Mommy pakai siap ikat ketat ketat sebab takut.

Sebelum naik bot make sure korang singgah dulu pengkalan kubur untuk beli ais krim baba yang enak.

Aiskrim dua ringgit yang sedap la hai...
Bole request tanak agar agar nak jagung lebih kacang lebih pulut lebih roti lebih eskrem lebih takmau susu semua boleh request. Bayarnya tetap la ringgit malaysia dua sahaja. Ada few pot yang jual ais krim ni tapi pakcik yang jual paling depan kat kedai besar yang jual corelle tu paling bersih n paling baik dan paling ramah mesra.

ok kembali ke Taba.
dah sampai seberang setelah menaiki bot kira kira 6 7 minit apa yang dijumpai adalah.....


Kedai yang 92%dah tutup dan jalan yang lengang. Haha. Lambat sangat sampainya pun... menurut orang ramai nak ke Taba mesti berpagi pagi baru meriah. Ni pergi dah hampir jam 6. Kedai tutup dah la.. 

Basically apa yang ada di Taba sama jek macam yang ada kat pengkalan kubor wakaf che yeh rantau panjang cuma mungkin lebih murah. Mungkin kalau anda bijak menawar dan pergi pada musim yang sesuai. Sebab kami beli asam sepuluh hengget untuk 4 bekas sama jek harga macam kt kedai nun..

Oleh kerana kedai dah tutup mari kita jalan jalan amek gambar feeling feeling melancong dan pulang.




Dan bila orang tanya dapat apa ke Taba??
Boleh la jawab "dapat penat je..."
:))





Wednesday, October 2, 2013

konflik bakal kaklong

Kisahnya daku teringin nak mengandung lagi. EHEM! Matikla kalau orang kampung tau. Wajib aku ditertawakan.. Dulukan masa awal beranakkan Aisy suka emo macam nak jadi pejuang yang amat tak faham asal ko kata beranak sakit tapi kau tiap tiap tahun beranak? Kau kena paksa ngn laki kau ke apa kan... selalu la selalu.. nah sekarang rasakan. Faham kan kenapa?? what to do... naluri keibuan tu mencanak canak..

Rasa dah sampai masanya... Rasa dah bersedia nak jadi mak anak dua (ke tiga?). Rasa nak bagi Aisy kawan sebabnya Aisy sangat suka kawan n sangat suka baby macam dia dah besar sangat.. Rasa nak sangat...



Bukti bergambar Aisy dah bersedia jadi kaklong.

September depan Aisy dah 2 tahun maka dah bole dah kan selow selow merancang. Kalau mengandung sekarang, dapat baby Ogos which is hari raya. Sama besday ngn aisy la nanti..Hehe.

Daku bgtau laki nak mengandung lagi dia tak bagi... haha. Dah siap list pro n cons kalau beranak tahun depan but he still refuse. Dia tumpang serik tgk bini mengelupur dalam LR haritu la tu....

Haritu daku pun serik bangggg. Serik sangat2. Sekarang tak dah. Lupa dah haihh susah n sakit tu mcmana. Yg ada dalam fikiran yang indah indah saja. Indah bau baby. Indah rupa baby. Indah perut buncit. Indah makan sambil muntah dimana saja...indah indah belaka la pendek kata.

Indah kan....

Time ngandungkan aisy tetiap hari tengok usap belek perut dengan soalan bila nak buncit ni? Bila akan buncit? Camne rupa perut buncit siap masuk bantal dalam baju nak feeling mengandung dan sebab tak sabar nak pakai baju mengandung. Bila perut tak buncit buncit rasa takut dan ngeri kalau2 baby tak muat ruang.

Sekarang ko berani nak belek usap perut tanya bila nk buncit?????? Jeling perut pun x berani u olssss.. perut ku macam kantung yang ada baby 7 bulan. oleh itu dari dibiarkan kosong masuk angin dan menyebabkan berlaku fitnah sebab org suka assume daku ngndung adik aisy. Baiklah aku ngandung lagi kan..... ke camne?

Nak tggu kurus memang xd harapan ahhh..hanyalah menjadi harapan kalau aku beranak lagi daku akan berpantang besungguh sungguh sehingga kurus seperti waktu mula... amin.. sungguh pentipu la orang yang kata jika bf bby ibu akan kurus. Mana adaaaa.... ah!

Ni emo tak tentu pasal sebenarnya sebab stress oi tgk baju tiga gobok smua tak muat nak pakai. Baju kurung ok lagi la walau dah rasa seksi seksi jugak. Baju kurung moden??? Sila ucap selamat tinggal kebaya apatah lagi bagai menunggu minyak turun harga...haishhh..

Tak bersungut cuma tengah memikirkan solusi bila dah tergemok. Samada wajar mengandung atau tak.. ye la kita umur bukan makin muda.. nak rancang rancang nanti dah tua lagi kesihatan pun bukan makin baik ye tak.. kita nak yang baik baik tapi kena kembali juga pada fitrah alam kan..


Hai anak kecik.
awak nak jadi kaklong tak?

mungkin kena ada alasan yang lebih kukuh kenapa saya mahu mengandung dan beranak lagi supaya dapat lampu hijau terang dari husben.. doakan ye. Doakan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..