Tuesday, July 31, 2012

kadang kadang penipuan itu perlu

Ramadhan pertama tahun ni, disambut di kg halaman tercinta.. Kedah Darul Aman. Dah ramadhan 11 hari baru nk flash back ramadhan pertama..hihi

semuanya last minute punya perancangan.

Hari Khamis petang, dah duk bersedih hati... Jumaat pagi Umi akan berangkat untuk umrah, me n husben dah decide untuk terus balik JB. berpuasa la dua batang kara kat sana.. TETAPI kan.. hati tak boleh tahan. dalam kunun kunun tabah dan tak apa tu, tetiba Kak Long pelawa nak belanja tiket ke Kedah. terus angguk laju laju dan beli tiket..hihi. dan syukurnya, last minute camtu ada seat kosong lagi dan sempat untuk catch terawih pertama bersama Ayah.. Alhamdulilah.

dan tiba tiba malam tu teringat, eh? nk fly? and im 33w pregnant? how? how?

terus kol customer service fireflyz, untuk info, FF perlukan surat doktor untuk expectant mother above 28W. terus rasa eh? dah terlebih n mana nak cari surat doktor malam2 ni kan.. tawakal je la...( datang idea untuk menipu)

dan bila sampai nak check in memang kena isi form (3copy). bila ditanya berapa bulan pregnant, laju laju tanpa was was jawab 26W. hahah. selamat la kan.... tapi dia macam tak percaya tau.. siap cakap, "besar perut Puan..." "a ah, twin" selamba saya jawab.

dan Alhamdulilah, saya berjaya terbang pergi dan pulang dengan selamatnya..

Agak2 kalau nak guna taktik yang sama masa balik raya nanti berani x? masa tu dah 38W... waaaaaaaaaa... sempat ke nak balik raya ni. risau. anak kesayangan, kluar lepas raya ye.. raya kedua tw. kalau taknak kuar raya ke2, kuar ikut EDD 3 sept. sempat tunggu nenek balik.





Monday, July 30, 2012

kegilaan terhadap quilt

orang semua bercakap pasal bonus. best kan..

orang tak kerja macam saya nak cakap apa? cakap pasal baby la..

ni hobi yang harus dihentikan seketika. MENGUMPUL QUILT. gila kan.. duk usha DC sini sana, tengok kain sini sana, sedar tak sedar, baby dah ada 5 set quilt dan 2 set tilam kabu. meriah!

Satu set yang dah lama siap, saya buat macam intan ratu DIY buat. tapi bukan saya buat la, saya upahkan jiran kat rumah buat. saya mintak izin Intan dulu la kan... yang ni dah siap bagi Abang Adam try.

tiga lagi set saya tempah dari CutieBabyBedding nun mai dari Penang. cantik kan..???? yang ni saya basuh n simpan baik baik dah.. nnti nampak dek adam, dia nak test jugak :P semua set ni datang dengan bantal and bolster. puas hati sebab duk depan laptop order tunggu tak sampi dua minggu, barang dah sampai rumah. owner dia pun baik, senang saya berurusan dengan dia. boleh cakap nak apa dan macamana. nanti dia tengok ikut kesesuaian n bagi feedback semula. 




satu set tilam kekabu saya beli dari LITTLE DJE siap sekali comfoter. memang sangat berbaloi la dengan harga. saya pilih set mickey minnie ni. dan satu lagi customize size saya order dari bantalkabu indah. dan hasilnya juga sangat memberansangkan. suka!


sekarang, dah sampai masa saya stop tengok kain tengok DC tengok kabu. dah terlebih bak kata Umi. tapi tak tahu la kot esok baby kuar, ada design baru lak yang kuar.. bertabahlahhhhh...



Thursday, July 26, 2012

mendobi penuh kasih sayang

Akhirnya pada usia kandungan 32W, berjaya mendobi segala kain kain yang berkaitan anak. banyak tak banyak lelah jugak la nak menghabiskan 4 round basuhan. mujur pakai washing machine dan mujur ada Umi membantu. nampak macam tak banyak tapi nak sidai cinonet cinonet tu satu satu, memang lenguh la.

4 round tu 2 round je yang melibatkan baju bajan, round ke3 dan ke4 giliran sarung tilam, sarung bantal, quilt dan yang besar besar lainya.

Percaya tak sambil sidai baju anak, sambil tahan air mata.. macam tak percaya, dah nak ada anak. gembira, risau semua ada. Umi sampai hairan tengok saya. 
penyidai 3 tier tu, saya beli kat cosway. berbaloi sebab murah n tak makan space. sesuai untuk penghuni rumah bertingkat yang ketiadaan tanah ni. tunggu lama semata nak kaler pink. kaler baru utk 2012. kalau tak, ada kaler oren saja. mak cerewet tak nak warna warni. konsep anak kaler biru dan pink. adil.

tak banyak pun baju. tak sampai 25 pasang pun. saya beli banyak yang putih dan plain kaler. kaler pink xde. sbb mak x minat sgt pink. dan ada sepasang skirt. hahah. tu pun mak beli ayah tak tahu. saja la kan... kalau bukan girl, boleh bagi hadiah kat kawan kawan.. kebanyakkan baju size 3m-6m dan 6m-12m. baju untuk newborn ada 3-4 pasang jek. kata adik, saya kedekut. beli yang besar2 je nk jimat.. tapi memang la kan....

dah siap angkat, saya tak lipat pun. memang cadang nak biar kat hanger je.. nti sangkut dalam almari. penat eh nak lipat kecik kecik ni.. mak tak rajin. saya pakai pureen liquid detergent. best oiiiii bau dia. rasa nak peluk2 baju semua tu. wangi macam baby.

dah siap dah lipat dah rasa tak sabar nak bagi anak pakai baju.. hihi. beg ke hospital pun saya dah siap. cuma tak letak dalam bonet lagi..

seronokkan??????

YA ALLAH... SIHAT DAN SEMPURNAKANLAH DIA YANG DIDALAM RAHIMKU......


Wednesday, July 25, 2012

RAMADHAN YANG BERBEZA

SALAM RAMADHAN
dan selamat berpuasa semua..

ALHAMDULILAH,
harini ramadhan ke 5 dengan baby dalam perut.
ALHAMDULILAH,
selamat 4 hari puasa.. 1 hari dah kantoi sebab pagi2 dah pitam.
ALHAMDULILAH..

Ramadhan kali ni sangat berbeza bagi saya.

saya berpuasa sebagai isteri.. ALHAMDULILAH.
saya berpuasa sebagai bakal mak.. ALHAMDULILAH.
saya berpuasa tanpa UMI.. SEDIHHHH!!!!!

perasaan pertama kali sebagai isteri saya rasa biasa biasa saja. ahaha.. yg lainya, sbb kena pk nk masak apa untuk suami walau suami dah bagi amaran jgn masak. berdua, baiknya beli saja kan.. pastu sahur kalau dulu dah siap semua baru orang kejutkn saya bangun, sekarang saya kena bangun dan siapkan untuk suami. dan Alhamdulilah, suami saya lansung tak cerewet, tak memilih, tak banyak songeh. masak apa saja, dia makan. tapi sebagai isteri, tak kan la nak amek kesempatan hari hari kan.. kena la ada semangat nak memasak, tapi nk penuhi selera pantai timur dia, memang diluar kemampuan saya sekarang.

pertama kali sebagai bakal mak, tak tahu nak cakap camne.. lapar, mmg la puasa kena lapar kan.. letih, kalau tak mengandung pun letih. cuma skrg triple letih. pertama kali ke berpuasa dan ke bazar, saya hampir pitam. badan dah mengigil gigil berpeluh. tunggu waktu berbuka dengan linangan air mata. siap terlentuk kat meja makan. memang teruk. sahur pun kna paksa makan banyak sebab pk kan anak.. klu ikut saya, susu sudah cukup.

pertama kali tanpa umi... memang haru biru sedih semua bercampur. nak makan itu, nak makan ini, terus otomatik airmata gugur. semalam, saya teringatkan lompat tikam umi, terus pejam mata rapat2 ubah fikiran ke lain.. harini, saya teringatkan puding sabrina umi.. rasa mnyesal yang x sudah sebab tak salin dari umi. kalau ada umi, mesti hari hari puasa saya tak seteruk ini. hahah. sebab mesti umi yang masak n uruskan segalanya.. kali ni, saya kena uruskan diri sendiri yang berbadan dua, uruskan suami dan uruskan adam yang lasak kemain. memang capek!

semoga DIA permudahkan segala urusan saya sepanjang Ramadhan ini.
semoga Ramadhan kita, bukan setakat menahan lapar dan dahaga sepanjang hari..




Monday, July 16, 2012

saya TAK KERJA dan saya TAK KAYA

harini rasa perasaan macamana ntah.. susah nak digambarkan dengan kata kata. tekanan memuncak.

geram dengan orang yang tak reti nak bayar hutang!!!!

kalau hutang tu sebulan dua tiga lima bulan dapat la nak dimaafkan.. ni dah makan tahun kot. pastu kalau sepuluh ginggit, kalau seratus ringgit, boleh je kot nak bersabar. ni dah la beratus, ada yang beribu. tapi kalau mintak, duk wat ayat sedih. xde duit, xde duit, xde duit.

DAH INGAT KERJA AKU COP DUIT???

Daku dah la tak kaya tak kerja. kau walaupun tak kaya, tapi kau kerja kan.. dapat gaji bulan bulan kan.. bayar la. sikit sikit, lama lama habih!!!

mentang mentang aku bukan Along n Bank yang kenakan interest bulan bulan, ko boleh bawa hutang aku sampai makan tahun pastu kalau aku tak mintak, buat diam je.. GERAM!!!

kalau hidup tu susah sangat, aku konsider la, tapi bgtau.. "kak, maaf la saya tak dapat lagi nk bayar duit akak, kompeni x bayar gaji lagi.."

alaaaaaa SMS la macamana masa ko nak pinjam dulu. tiga muka surat kot ko SMS aku buat ayat yang aku memang sedia maklum dah. tapi aku memang jenis malas pk, terus dan dan p bank in walaupun hutang bulan lepas ko tak bayar lagi. sebab aku ingat kalau aku mudahkan urusan orang, insyaALLAH urusan aku akan dipermudahkan.. tapi dengan kau, aku tak pernah mudah la!

yang lagi sakit, boleh wat statment " saya nak pakai duit la bulan ni, nak raya dekat dah ni kan..."
Habih???? AKU TAK RAYA KE???
AKU NAK PUASA, NAK RAYA, NAK BERSALIN, NAK MACAM MACAM!!!
pastu yang aku mintak tu, hak aku. jangan duk wat susah macam aku mintak duit ko la...

hish. tak faham eh. dia hutang ngn kita, kita lak kena merayu2 mintak duit kita. dah la aku ni spesis segan nak mintak mintak. aku tak mintak bukan sebab aku lupa tapi ntah. tolong la faham... bila aku mintak maksudnya, aku nak, aku perlu... aku nak duit. bukan nak alasan!

haisssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

tarik nafas panjang panjang.

sekian.







Thursday, July 12, 2012

4 In 1 Convertible Baby Cot

dilema baby cot lagiiiiiii???

kali ni tak dilema dah, memang konfem nak beli. hawa nafsu mak!

haritu lepas semangat beria nak beli baby cot, terus ajak husben balik KL dengan tujuan nak tengok dan beli baby cot. tapi hampa sebab bila balik KL lansung tak p mana. Mak sakit pinggang, lenguh kaki, tak larat. berehat saja la di bandar tasik kesuma semenyih diam diam. hampa tau hampa.

bila sembang sembang ngn husben, beliau yang tenang seperti biasa suruh isteri bertenang jugak. katanya nanti pas bersalin boleh beli lagi. ntah ntah lagi cantik, lagi murah, lagi best... mampu ke mak nak bertenang anakku?? mak kalau ikut hati memang mak beli je. sebab kan nak pakai duit sendiri kan.. tapi mak nak la suspect sikit dengan ayah kamu.... sabar.

mak dah usha 4 In 1 Convertible Baby Cot kat Babies Kingdom dan littlewhiz. dan memang sangat teruja la.. ada few yang menarik tertarik dan ditarik. memang aim nak beli 4 in 1 dengan harapan boleh pakai lama dan pelbagai guna jadi pelaburan taklah merugikan (harapnya). 4 in 1 maksudnya boleh guna as baby cot, playpen, sofa bed and sigle bed dan paling best, boleh guna sampai anak umur 5 tahun. jimat kan?

ni antara design yang buat hawa nafsu mak tak tenang dan teringat-ingat. meh tolong pilih

1. Dion from Babies Kingdom
Size : 700W x 1300L x 1170H mm
Price : RM 799

2. Nancy from Babies Kingdom
Size : 755W x 1370L x 1060H mm
Price : RM 669

3. Pamco from littlewhiz
Size : 770W x 1500L x 1070H mm
Price : RM 899

Mak paaaaling suka yang no 1. nampak teguh kukuh dan kuat. kan? yang no 2 tu besar sikit, tapi mak tak berapa nak suka design dia.

Banyak lagi yang cantik cantik. tapi bajet mak tak boleh melebihi RM1K. kalau ikut nafsu mak, mak nak yang kat bawah ni.. tapi tengok jenama pun mak dah sedar diri yang mak hanyalah peanggur yang tak berapa nak mampu. memang la boleh guna sampai anak 10 tahun, tapi nanti kesiaaaaan anak mak, 10 tahun tak bertukar katil..haha.
Stokke Sleepi

insyaALLAH, minggu ni turun KL, kita g cari eh.. 

info tambahan : baby cot from babies kingdom adalah pre order. barang siap dalam masa 7 hari. boleh g amek kat kedai kat kota damansara or mintak dia pos ke rumah.

Wednesday, July 11, 2012

Cara meneran yang betul apabila nak beranak

memandangkan perut suka mengeras dan ari ari suka nak sakit selalu.. kadang kadang bila bangun malam sakit semacam terus pk, "eh, nk beranak dh ke..?" hahaha.. padahal baru 32w kot.. nebes ya amat.

harini nak kongsi ilmu yang i dapat hasil carian google kala jam 3.30 pagi.


1. perut terasa mengeras secara teratur
2. keluar lendir darah
3. keluar air jernih / ketuban
4. rasa nak membuang

good info yang daku dapat dari Totin Jamain. siap explain detail do n dont tika nak meneran. disebabkan antenatal class yang lalu tak di ajar, so boleh baca dan cuba kat rumah la.. haha. ni daku copy paste info yang daku rasa sgt menarik tu.

  1. Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? 
  2. Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
  3. Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
  4. Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
  5. Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
  6. Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
  7. Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
  8. Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
  9. Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
  10. Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.

walaupun kita x tau situasi kita nanti camne, tpi atleast dapat gambaran kan.. jangan jadi pesimis sangat macam sesetengah manusia yang bila tengok orang baca buku pasal beranak boleh selamba cakap, "aku dulu tak baca buku pun , anak dah 4" so what??? itu kau. ini aku! emo.




Monday, July 9, 2012

my pregnancy facts


1. alahan yang sampai tahap serik. alahan ngan makanan dan bau bauan. bau suami pun mengundang loya sepanjang masa. tengok sudu korea pun boleh pening kepala (yang ni serius tak faham kenapa...)

2. hilang 2kg pada awal kehamilan TAPI sampai sekarang, saya telah berjaya gain 12kg. persoalannya, mampukah dihilangkan...?

3. pantang naik kereta, terus muntah sehingga bulan ke-5.

4. Alhamdulilah tiada stretch mark di perut mahupun kaki dan tangan sehingga hari ini. harap tak muncul la ye..

5. saya tiba tiba jadi rajin masak dan tak suka makanan kedai dan tak suka makan sayur.

6. hanya minum Dutch Lady Low Fat + Chocolate sepanjang kehamilan ni. susu lain, tekak tak lalu.

7. jadi sangat selekeh, malas mandi pada awal kehamilan tapi sekarang dah rajin mandi tapi tetap juga selekeh sampai tak berani nak bergambar.

8. susah nak tidur. bila malam menjelang rasa nak nangis dan dan sebab dah tahu apa bakal berlaku malam nanti. pastu suka terjaga awal. tensen tapi kena pasrah.


9. tiba tiba suka minum nescafe + susu dan milo + susu + ais banyak banyak. sebab tu badan gemuk.

10. masih konfuse nak suruh anak panggil ibu, mak, mama, mommy atau apa.. hahah. ksian anak. kejap bahasakan diri ibu, kejap mommy tapi selalu tersasul cakap aunty.


sekejapan saja.. sekarang duk hitung hari hitung detik pujuk baby supaya keluar exactly after raya sama macam EDD yang Dr bagi.. Tapi kalau klua awal masa tengah beraya di kg halaman di kedah pun, tentu saya gembira :)

doakan saya ye.........



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..