dah 22 minggu, dah bole g scan jantina baby la kan... tpi bia dlu la.. hihi. tunggu mood yang gembira gembira sikit..
tapi nak la jugak teka teka sikecik yang sangat aktif bergerak kat dalam ni boy ke girl.. macam biasa suka tanya yang lebih arif iaitu pakcik google. baca belek angguk angguk dan dan rasa nak senyum sendiri. meh lihat tanda tanda melalui pengalaman dan pengamatan mereka yang terdahulu (sumber) tak boleh la nak percaya sangat kan tapi untuk suka suka takpe kot.. cer tengok...
(yang bertanda tu adalah based on apa yang saya rasa)Tanda Bayi Perempuan
- Mengalami morning sickness di awal kehamilan
- Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
- Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
- Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
- Bentuk perut condong ke arah atas
- Perut tampak agak lonjong
- Mengidam makanan yang manis
- Sukakan buah-buahan
- Suka minum air atau jus yang bersifat masam
- Anda lebih cerewet semasa hamil
- Mudah moody berbanding sebelumnya
- Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
- Tidak suka makan roti bersama kulitnya
- Payudara kelihatan mengembang
- Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur (tak tau mana utara mana selatan dah bila tidur)
Tanda Bayi Lelaki
- Tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
- Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
- Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
- Perut anda kelihatan bulat sempurna
- Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
- Bentuk perut condong ke arah bawah
- Sukakan makanan yang masam dan masin
- Suka makan daging dan keju
- Tapak kaki selalu berasa sejuk
- Tangan selalu kekeringan
- Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
- Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya (hahahahahahh)
- Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
- Hidung tampak lebih mekar
- Selalu sakit kepala
Lihat lihat.. macam lebih banyak ke arah perempuan kan? hihi.. saya suka. tapi encik suami lebih suka kalau yang sulung adalah lelaki. katanya abang long boleh jaga mak dia yang selalu tak sihat bila besar nanti.. abang long boleh jaga adik adik dan paaaaaling penting, boleh buat kawan memancing kan...
Saya? lebih suka perempuan sebab saya dah ada rasa menjaga dan besarkan Adam. Saya nak rasa pengalaman beli baju raya anak perempuan pulak =)
Tapi kalau berdasarkan pengamatan saya pada kakak abang dan adik adik saya, kesemua anak pertama mereka adalah LELAKI.
Apapun anugerah buat saya, saya terima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Yang penting cintahati kat dalam sihat sihat sihat selalu..
Tapi kalau berdasarkan pengamatan saya pada kakak abang dan adik adik saya, kesemua anak pertama mereka adalah LELAKI.
Apapun anugerah buat saya, saya terima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Yang penting cintahati kat dalam sihat sihat sihat selalu..