Sunday, December 25, 2011

Kamar cinta di atas awan

Berangan itu percuma.
Bila goole jumpa macam macam menitik air liur.
Saya nak rumah macamni macamtu.
Saya nak perabot macam...
Saya nak cat rumah seperti.....

SEMUA NAKKKKK!!!!!







terrrrrliur......!!! kan kan...

Walau bukan sebesar istana, saya mahu kamar cinta saya seperti syurga..

Haishlaaaa... Saya sudah tak sabar sabar nak mewarnai kamar cinta saya.


Tuesday, December 13, 2011

sungguh indah


Sebulan yang indah dah berlalu. Sungguh sekejap masa.

Sungguh seronok sebab kadang kadang bila terjaga malam krem kaki, perut memulas, sakit pinggang dan lenguh rusuk, ada orang yang cepat cepat bangun capai minyak panas dan urut sampai tertidur. dan itu  ohh sungguh indah!!! 

Sekarang tengah buat busy untuk majlis bertandang. harus kena buat buat busy walau majlis kat tempat orang sebab dulu masa majlis kat tempat sendiri tak buat apa apa. Pengantin hanya perlu berangan, google, whatsApp gambar, komen itu ini, nah terus siap dan boleh kahwin. Lansung tak seronok sebab tak merasa perasaan cari vendor kehulu kehilir, perasaan cari kain sana sini, perasaan tempah kad kahwin, yang seronok cuma sebab pengantin tak payah pening kepala cari duit sebab semua ditaja walau bukan oleh Raflesia.

InsyaALLAH bertandang will be on 22 January 2012. Jemput jemput sila datang... kali ni, sumpah tak buat majlis tertutup dah. memang sangat open.

Dan lagi berita paling gembira, kunci rumah baru dah dapat. Tak sabar nak jadi warga Johor. Tak sabar nak duduk bersuami isteri, tak sabar nak hias rumah tangga. Macam macam idea dalam kepala punya banyak tapi tak sebanyak duit dalam bank. Jadi kena sabar step by step. tarik nafas kenangkan korea. eh?

Dan atas segala Keindahan, syukur pada Dia dan Terima Kasih pada Suami.



Dan.... walau siapa pun dia, dia kurniaan terbaik dari Dia untuk saya..




Saturday, November 19, 2011

saya izinkan ayah...




"AYAH,  saya izinkan ayah menikahkan saya dengan Nasrul Azam Awang dengan mas kahwen seribu ringgit tunai.."


saat ni lebih sebak berbanding sangat mendengar perkataan SAH.

saya menangis dan ayah juga menangis

saya tahu ayah sangat sayangkan saya walau saya tak berjaya menjadi anak yang ayah impikan






Thursday, November 17, 2011

saya dah ada suami



11.11.11
ALHAMDULILAH

saya kini bergelar isteri kepada seorang suami


=)

Tuesday, November 8, 2011

dugaan kategori berat


esok malam nak pakai inai dan malam ni jari jadi cmni..


habis jari runcing ku. tapi... tak boleh nangis.
cepat google cari petua nak hilangkan dakwat printer pada jari.

atau esok kena ubah plan, pakai inai kaler hitam!!!!




Friday, November 4, 2011

ENAM



lagi ENAM hari
  • baju tak siap lagi
  • kasut belum beli
  • bunga tangan masih tak sempurna kejadian
  • surat kebenaran berkahwin tak ambil lagi
  • doorgift huru hara
  • mata dah jadi panda
  • migrain makin menjadi jadi

cepatlah masa berlalu, dah tak mau pening pening lagi dah. lepas ni nak kehidupan aman damai jek..




AMIN!!!!!!

Friday, October 14, 2011

sebelum hari yang kedua puluh lapan


insyaALLAH dengan izin ALLAH, tinggal 27 hari lagi saya membujang. semoga DIA mempermudahkan segalanya.

Akad nikah pada 11.11 insyaALLAH akan berlaku di tempat permainan semasa kecil, Kepala Batas, Kedah. Kalau sebelum ni, saya berangan angan nk adakan open kenduri di tepian air terjun, nah, sekarang saya terpaksa lupakan hasrat yang satu tu. saya merancang dan perancangan Allah melebihi segalanya.. Akad Nikah akan menjadi satu majlis yang "tertutup". sedih. saya hanya akan menjemput kawan kawan yang betul betul tidur sebantal sekatil dengan saya sahaja. saya kena hormati keputusan mereka yang bertanggungjawab ke atas saya. nanti kalau lawan jadi anak derhaka lansung tak boleh kawen kan. laaagi seksa. kan? ok pasrah.

borang borang nikah, Alhamdullilah, semua dah setel.. tggu masa nak dihantar ke PPN Kedah. walau sedikit rumit jugak pada permualaan, yang kat Johor tu la susah. nak ambil borang pun harus tggu giliran lama lama.  dah la kena beli, kalau selangor boleh download free je kan. mudah. pastu time nak hantar pun camtu, siap ada temuduga mcm temuduga kerja. kebetulan masa other half saya hantar borang, yang jaga kaunter adalah kakak perempuan yang banyak tanya. kena la baca doa qunut, mengucap, al fatihah, rukun nikah, pastu ajak sembang sembang tanggujawab suami isteri, lama juga la. mungkin sebab dh petang.. kakak tu dah boring nak balik, jadi ajak bercerita macam macam. tapi Alhamdulilah... dah dapat surat kebenaran kahwin.

yang lain lain pun dah settel. Alhamdulilah.


dan sekarang masa untuk penuhkan ilmu rumahtangga didada =)

sebab encik bakal suami sekarang sebelum tidur dah pandai nak baca kisah tanggungjawab isteri.






Monday, September 26, 2011

basikal saya


hai.
nama saya Adam.
saya ada basikal baru warna biru.

muka happening boleh naik basikal

punya puas perjalanan menjejak basikal baru Adam.
dari semenyih, kajang, bangi, cheras, dan akhirnya, beli di Manjaku Kajang.

mula mula dah p situ, hati dah berkenan, tapi nafsu nak jugak g survey mana tahu kalau terjumpa yang lagi cantik dan lagi murah plus salesperson yang layan x layan tengah sibuk nak sapu sampah walhal dh ada customer ni, rasa malas beli. mentang mentang Saya dan Adam pergi beli basikal, dengan baju tidur dan selipar Jepun, u ols malas nk layan ye....

survey sampai Bangi sampai Cheras, pantang jumpa kedai baby, berenti tanya dan tengok, tapi xde satu pun yang WOW. sambil sambil tu saya cari baby carrier nk letak kt basikal saya jugak. jadi sekarang dah boleh cycling g tasik bawak Adam. pun jenuh mencari x jumpa. Akhirnya jumpa this baby carrier ngan harga yang mula mula rasa ok, tapi bila google dan jumpa Mummy Mika punya, terus rasa WTHHHHHH.. pehal saya beli saya punya lagi mahal walhal x secantik tu?


carrier tu saya beli dengan harga RM 150 TAK TERMASUK PEMASANGAN dan BESI BAWAH tu. compare tu baby Mika, saya rasa tak berbaloi la pulak. tapi Uncle kedai tu kata, esok kalau Adam ada adik lagi dua pn, boleh pakai lagi maa.. harap betul la Tokei sebab Adam lambat lgi n dapat adik ni..hehe.. besi carrier kt bawah tu pulak beli berasingan dengan harga RM35.. mahal sket, sebab beli aloi punya (dah maals nk google, nnti jumpa yang lagi murah, nangesssss)

perjalanan cari basikal sampai ke tengahari dengan berbaju tidur, akhirnya kembali ke Kajang. Adam dah keletihan tido dalam kereta. dah malas nk kluar kereta, parking depan pintu kedai suruh SA tu bungkus dan bayar. ni la hasilnya..


yang ni saya dapat dengan harga RM 159.. xde diskaun sebab xde sale. kalau sabar tggu sale bulan 10, mungkin murah sket la.. pastu bila google jugak, tgk ada org beli dengan harga RM80, nak sentap gak rasa tapi tenangkan diri..mungkin kualiti barang lain lain kan.. harap yang ini pun dapat Adam wariskan pada bakal adik Adam nanti.. hehe..

dah jadi mak mak ni, memanjang jek kena pk keselesaan dan kegumbiraan anak dulu.. mak x mandi pagi merayau cari basikal dalam panas terik dah la berpuasa, pun sanggupppp.. Asal ADAM gembira.








Tuesday, September 13, 2011

JEMPUTAN


Dengan Nama ALLAH Yang Memegang Sekeping Hati, Dia Yang Mencipta Cinta..

saya dengan seikhlas hati menjemput semua dari anda untuk sama sama memeriahkan Hari Saya yang akan diadakan pada :











:)





ok, saya tipu. bukan nk jemput lagi sebab mana ada print kad lagi kn..

tapi saya tengah bermain matematik dan psikologi mengira dengan jari berapa kad saya nk print.. siapa saya nak jemput ekslusifly dengan kad. sebab saya dengan konsep mesra alam memang malas nk print kad banyak banyak and at the end kad saya jadi penyumbang kepadatan tapak pelupusan sisa pepejal kat bukit tagar or kat Kapar.. klu boleh recycle saya seronok jugak. boleh mendatangkan duit walau sedikit kn.

dan saya jumpa ini di Google


sangat bagus boleh wat tips menjemput tetamu, terus rasa lega bila tak payah pk banyak banyak lagi. tapi InsyaALLAH, majlis saya nanti saya mungkin akan hantar kad dengan kadar sangat terhad tapi saya sangat suka untuk menjemput SEMUA ANDA ke majlis saya. SEMUA orang boleh datang sebab majlis saya nanti insyaALLAH akan berkonsepkan Open Air House di Kaki Gunung Jerai.. Kalau x muat kerusi meja, kita boleh ramai ramai makan bersila di Air Terjun Titi Hayun, Yan, Kedah. Kalau sudi nak bersila dengan saya, datanglah tau....




=)





Monday, August 29, 2011

ESOK RAYA


bermakna...
Ramadhan sudah berlalu. dan kecewa lagi.
Quran gagal dikhatamkan dan dah dua tahun x khatam Quran. bertambah kecewa bila Tarawih juga berlubang lubang.. lubang besar lak tu. sayg sibuk uruskan anak sekecil Adam yang selalu nak berdukung dan bila saya sembahyang dia suka tarik telekung, kadang kadang melentang ditempat sujud atas sejadah ajak main cikucak aaaa ngan dia. kadang kadang bila saya tahiyat akhir dia duduk atas riba baca buku dan sempat conteng kain telekung. tapi Adam x bersalah. yang bersalah adalah saya yang Malas dan kurang sabar. Cuba lagi tahun depan dan saya sangat berharap ini bukan Ramadhan terakhir saya...

 R A Y A
saya belum ada baju raya enam pasang macam tahun lepas. belum ada kasut Raya mahupun tudung raya yang lengkap. sebab jiwa mak mak yang kuat, saya sempurnakan bahagian Adam dulu. ada bahagian Ulfah dan AnNaufal di Labuan juga. 
saya punya? ini petang pergi cari..

beli baju raya budak memang best kn.. rasa nk amek semua masuk troli. tapi sebab belakang rumah tiada pokok duit, jadi wajib memilih. dalam memilih pun masih kena perli dgn bonda. Haishhh esok anak saya (jika berezeki) mahu saya shoping hari hari beli baju raya. ketagihan yang teruk.

akhir dari saya

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN





ps: ada peristiwa maha penting raya keempat. 
Doakan dipermudah segala.






Friday, August 26, 2011

kad raya paaaaaaaaaaling best



tahun ni dapat baaaaaanyak kad raya.
sangat excited sebab dah lama tak dapat kad raya.
dapat kad raya yang Pakcik Posmen hantar, perasaan adalah sangat berbeza berbanding dapat kad raya secara maya mahupun SMS mahupun d FB. kan kan??


dan dalam banyak banyak tu.. ini yang paaaaaaaaling best smpi mengalirkan air mata. touching sungguh jiwa raga. kad dari cintahati saya. 


nak tayang cerita tu jek.
bye.



ps : cepatnya Ramadhan berlalu...


Saturday, August 20, 2011

bakal imam



untuk kamu bakal imamku:

aku hanya mahu kita sama sama terselamat dari NERAKA.






Thursday, August 11, 2011

ramadhan di empat tahun yang lalu


time bersahur tadi terkenang kenang Ramadhan di 2007. RINDU sangat pulak rasanya...







InsyaALLAH saya mahu dan akan kesana lagi.
dan berharap ada Suami yang menemani.



Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

sedondon sepapan

selamat berpuasa semua.
update laju laju nak tayang baju raya sedondon.
dan sepapan.
;))

walaupun dah 2 tahun sedondon tapi tak kawen kawen kali ni excited lain macam sikit.
cintahati yang pilih kain n pilih kaler n pilih design.
dan kebaya tu sangat merisaukan saya.
masa ukur berat 45kg sahaja, harini sudah 48kg.
takut ketat sendat tak muat.
nangis la x dapat pakai baju raya sedondon.






Wednesday, August 3, 2011

selain musim buah...



...kita juga ada musim PUTUS TUNANG.


K.E.T.A.K.U.T.A.N.




semoga selamat segalanya.
AMIN AAAMIN AAAAAAAAAMIIINN




Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


‎1 hari lagi NAFAS menjadi TASBIH..
1 hari lagi TIDUR menjadi IBADAH..
1 hari lagi DOA menjadi IJABAH..
1 hari lagi pahala ini diLIPAT GANDAKAN..

semoga RAMADHAN saya dan RAMADHAN kita semua adalah RAMADHAN yang terbaik...


...dan semoga BUKAN YANG TERAKHIR...


selamat berpuasa


=)







Wednesday, July 27, 2011

TITLE : TIADA IDEA


EHEH. sudah sebulan tidak berblog. ntah kenapa. swing swing sentiasa. tiap hari BW baca crta kawan2.. tapi mood mahu mnulis NON HADA plus TAK TAHU NAK CERITA APA plus sekarang rasa sangat mahu memencilkan diri.

awal Julai, saya nun di KEDAH DARUL AMAN, pesta makan buah dan segala macam makanan. dan berita GUMBIRA, selama hampir 2 minggu disana, saya berjaya diternak oleh Kak Long sehingga mencapai berat badan ideal 50kg. hahahahaaampeh. saya balik dengan berat 44.6kg dan kembali dengan berat 50.1kg. sekarang, saya berusaha untuk mengempiskan perut smula.

kemudian saya di kuantan. ke Kuantan khas untuk jahit baju raya. dh lama saya x jahit baju, biasa beli yg ready made. tapi sbb tahun ni mahu sedondon bsama CintaHati, kena la hantar jahit. yang ready made pasti menyusul nanti... penduduk Kuantan, saya sgt mengesyorkan OSAKA TAILOR yg terletak di Jalan Besar depan Shell, atas KFC. cantik dan cepat jahitannya... Harga, saya tempah sepasang kebaya dengan harga RM150 dan sepasang kurung pesak dengan harga RM130. dan memang sedap pakai. Layanan pun superb.

dan perkara paling penting
RAMADHAN SANGAT HAMPIR.
tahun lepas sy mnyesal mlalui Ramadhan dengan sia sia.
azam saya untuk jadikan Ramadhan ini yang Terbaik.
saya Takut dan Risau kalau kalau ini Ramadhan yang terakhir....

dan
doa saya sentiasa....
semoga segala perancangan saya untuk tahun ini direstui Dia....


















doa buat kekasih



Ya-Rabbul Ariffin 
Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Tuhanku Rabbul Quddus
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.




Sunday, June 26, 2011

iklan: PHOTO MAGNETS yang cooool gituw


pertama:
buat masa sekarang tidak akan ada sebarang update pasal wed sbb mood nak kawen dah terbang laju laju dibawa taufan dan ntah bila akan kembali. dan bila time mood tu kembali nti, saya harap saya boleh tunjuk tunjuk dan siap sebab smua nnti ditaja jadi x payah nk susah payah pk. sila simpan wed impian untuk anak cucu akan datang. sekarang kena dgr cakap org yang lebih tua dan realisasikan impian mereka. senang dowh, xyh susah payah masuk kuar kedai, survey, DIY bagai. semua biar yang menaja yg buat. klu yang menaja suh kawen kat KOREA, saya sanggup. btol x tipu.

kedua:
saja nak iklan PHOTO MAGNET yang cool.  for RM28, you get six customised 4” x 3” photo magnets, inclusive of free delivery nationwide from Photo delivery (RM72 value). [copy paste ayat GROUPON]. 

kenapa kool???

Printed on high-quality Fujifilm crystal archive photo paper.
Shiny finish with strong magnetic backing.
Comes with rounded edges and 5mm thickness.
Fingerprint-proof.
Free delivery nationwide.

so untuk semua ibu ayah yg nk letak gmbar ank ket peti ais, tunang yang nk abadikan gambar kekasih hati, isteri yang nk cetak gmbar sniri dan lekat di kepala tali pinggang suami supaya org tau itu adalah suami kita, ini la solutionnya..hehe.. RM 28 dapat 6 keping. kalau nk letak gmbar maka ayah, gmbr konvo, kenduri, pre wed, sarung cincin, beli la banyak banyak. xde hal. meh beli kat SINI

cepat  BELI SEKARANG.

sekian dari saya yang masih menunggu stok SGS II. 

muramdurja

bye.






Tuesday, June 21, 2011

speechless tuesday :))


 


VIVID . FAST .  SLIM

ARRIVING
22 JUNE 2011

for those yang rajin menggigih nk q up, boleh pergi MidVel Centre Court esok, pastu jadi 300 customer terawal boleh beli yang diidam idamkan ni dengan harga RM 799. lauching start at 3pm. for those yang malas nk bawak roti, novel, tikar beratur panjang pnajng boleh beli kt kedai biasa dengan harga 2099. murah kn dan memang lagi berbaloi baloi beli retail price dari sign kontrak bagai ni... dlu masa menunggu  S II, ingatkan hrganya akan mncecah 2.8K. rupanya tidak. dan forsure lagi best dari iPhone mahupun iPad.

saya mesti pilih!! anda?


 

Wednesday, June 15, 2011

Thursday, June 9, 2011

rambang mata / mata jahat


nak salahkan mata yang rambang atau hati yang tamak..
ke nak salahkan cincin yang bikin hati tak senang duduk sejak semalam.

dah lama sebenarnya hunting for cincin, dari yang berjenama smpai kedai ceruk belakang semenyih nun, semua nak terjah. pantang berjalan masuk shoping complex mesti tinjau tinjau cari cincin. tapi takde satu pun yang berjaya membuat saya WOW WOW CANTIKNYA!!!!!!! dan pulang dengan sukacita.

dua hari lepas, tanpa ditemani cintahati, saya jumpa cincin yang WOW pada pandangan pertama dan kedua. terus paksa kakak buat pilihan sebab ada dua cincin yang wow pada pandangan pertama. dan saya suka sebab mata kakak seperti mata saya.

betul betul yakin, saya mms gambar cincin tiga bentuk pada cintahati. kenapa tiga? supaya beliau lebih keliru dan ternyata beliau jugak suka apa yang saya suka walau harga sedikit melarikan bajet beliau. dan kenapa kena mms? tahukah korang, BB tidak cukup best dan tak boleh ber3G. heeeee. xbest kan. selalu tak boleh live dating.. ok, soal cincin, setelah yakin dan mengenangkan puas dah menjejak cincin, saya beli dan bayar tanpa ragu ragu. siap tidur malam bermimpikan cincin.

tetapi semalam.... saya jalan jalan dan saya masuk tengok cincin lagi, saya tiba tiba " eh, cantik! dan lebih murah..." menyesalkah saya. terus keluar kedai dan kuatkan hati supaya BERTABAHLAH... dan tadi bila tengok cincin miss sunshine terus perasaan nak buat couple ring jugak. dulu bila saya tanya cintahati, beliau cakap takyah belikan cincin baru sebab dah ada. dan yang dulu pun saya belikan jugak.

sekarang hati sudah bersimpang siur.. nak tempah, masih ada masa tak. membazir kan cincin yang sedia ada? tapi emas x membazir kan.. beli banyak banyak wt simpanan. boleh gitu kan...


yang pertama dan kedua tu jelmaan cincin saya. saya suka yang simple yang batu sebiji tak payah nak kerawang bagai. dan yang ketiga dan keempat, saya bercadang nak hasut encik cintahati buat couple ring dan tulis nama besar besar supaya orang tau dia saya punya.. haha.

boleh tak ada cincin sampai empat...?




Wednesday, June 8, 2011

Tuesday, June 7, 2011

belated birthday


hai sayang(s)
kemunculan secara tiba tiba

gila lama kot x update blog. banyak jadi, banyak cerita, tapi selalu rasa macam malas la kan.. malas yang bukan setakat nk update blog, dah tempah kad kawen pun malas. sampai macamtu malasnya..

dah habis Mei n dah masuk Rejab kan.
tahukan kawan kawan bahawa bulan Mei adalah bulan ketuaan? ye menjadi tua menyebabkan saya malas (brape banyak punya malas daaa)

sempena Mei yang lalu, saya bangga menjadi diri sniri sebab saya berjaya behave dengan erti kata sebenar, being me, naturaly, bila birthday datang jek, mesti wishlist macam macam seolah2 anak raja kan. tahun ni, sebab semua orang dah warning xde hadiah sebab nak kawen juta juta maka belanjawan birthday ditarik balik! hahahahahaaampeh kan?

tapi tipu.
ni untuk diri sendiri sebab berjaya tua tanpa sebarang masalah sosial. aceh, boleh gitu? act beli ni awal dlu (sbulan b4 bithday rasanya) sebab excited tgk bnda alah ni launching n termakan hasutan SA yang handsome sebab katanya kalau i beli, kat area selangor ni, i sorang jek ada tv berinternet. haha. terus beli pastu balik rumah tengok muka umi sambil menyesal sikit sikit sebab kalau i tambah lagi 1K++ boleh dapat yang 52" punya dan umi terus marah suh i tengok tv diam diam. dan sesungguhnya berFB di TV tu x la sebest berFB di VAIO. sesal kemuadian tak berguna kan....

tapi xpe, TV ni boleh pakai lama kan...smpi ada anak cucu mungkin. lagipun dah lama tak beli TV. skrg kan zaman FullHD, zaman LED, 3D, harus la ikut peredaran zaman kan.. (tenang wahai hati)


dan ini dari kaklong. dan sebenarnya untuk mereka yang tertanya2 best ke tak benda alah ni, i kena jawab sangat best sebab i dapat free tapi kalau nak berbaloi baloi beli, baik beli samsung galaxy.

and from my other half, ofcos i expect hadiah besar punya kan.. dan i tipu sangat kalau i cakap "xpe la, asal u ingat..." walau u berjaya nanyi lagu HB di fon tepat jam12, i still jugak tggu hadiah sebab i very the materialistik.  act i dont mind pun kalau x dapat hadiah besar punya dari u this year, sebab i tau u simpan duit nak bagi hantaran juta juta kan, so i maafkan u. saja i nak buat point supaya kita bergaduh n u akan ingat birthday i ni smpai bila2. boleeeee? u jangan smpai masa u nanti i bagi hadiah garam dan gula.


Friday, June 3, 2011

ketagihan mengupdate



seram tak???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sebab tu saya dah lama tak update blog
takut terpengaruh
tak baik kan





ok, saya tipu


YANG ADA BLOG, JANGAN TIRU AKSI INI
DI RUMAH ATAU DIMANA SAJA!!!!


Saturday, May 7, 2011

selamat ulang tahun sayang


selamat ulang tahun sayang..
harus meriah abang berbesday tahun ni.
ada Nenek, ada Adam, ada Aunie.
tahun lepas Abang sorang kan..

Abang dah enam tahun. tahun lepas Aunty panggil Adik, tahun ni dah jadi Abang.
semoga Abang membesar macam baba dengan Soleh. boleh tolong doakan Aunty nanti..
jadik budak lelaki yang berani, tak payah takut ngn Yasmin. Abang kena berani sebab nanti besar nak jaga Mama, jaga Awek, jaga Aunie.
tak boleh geli geli tengok lipas. tak macho!

dah dapat hadiah macam yang Aunty janji tahun lepas kan..?
Abang baik baik ok.
naik beskal jangan laju laju. jangan sampai Aunty menyesal hantar beskal naik kapal terbang jauh jauh. dan cepat balik sini.



(eh, abang dah semeter dah..)



untuk abang AHMAD FUAD ISKANDAR ANNAUFAL,
Aunty sayang Abang.
selamat ulang tahun ke enam...








Friday, May 6, 2011

adam bergigi


ADIK!!!!

Aunty geram SANGAT!
Punya lama Adik duk ngn Aunty. Dari Adik 8 bulan Aunty tunggu. Tekan gusi hari hari sampai Aunty putus asa. dah siap nekad ngan nenek, dua bulan lagi tak naik jugak, memang Aunty p tempah gigi palsu siap polident bagi Adik.

dan tiba tiba
bila Adik p Labuan bercuti. tinggal Aunty dua minggu. Adik kluarkan gigi.
why Adik why?????

Adik cepat balik okeh. Aunty sudah tak sabar mahu lihat gigi empat batang itu.


(mama fizah bersungguh nak curi amek gmbar gigi)

well, tahniah.
walau lambat adik tetap berjaya.
cukup setahun tiga bulan, adik bergigi.
YEAY!!!!







Thursday, May 5, 2011

malam jumaat yang dingin




kesayangan kesayangan saya
yang selalu ada menemani saya
dalam siang dalam malam
pada lapar pada kenyang
tika suka tika derita
masa ketawa masa berair mata

come, give me big hug!
im alone here

:(





rindu adam yang dah tumbuh dua gigi
rindu umi


selamat malam dunia




Saturday, April 30, 2011

TRIONOVEL MEI



ok esok kena p Pesta Buku lagi sebab


TRIONOVEL MEI


tiba tiba kluar awal la pulak kan.

kena p beli masa pesta buku sebab memang murah. jimat 20 hengget jugak tau. berbaloi baloi.

tiba tiba tersedar dah lama tak baca novel. minggu ni dah berjaya habiskan Sayangku Merajuk dan sekarang Tujuh Hari Mencintaiku is on the way. THM by Siti Rosmizah. biasanya buku beliau memang mengalirkan air mata kan.


baca Sayangku Merajuk dan dan bayangkan dapat husband macam Shahir. sweet. sebab tu kena kurangkan pembacaan novel sekarang ni. mood berangan tinggi sangat. nanti mula la nak mintak bukan bukan.

minggu lepas dah habiskan SEANDAINYA dan memang superb la. boleh tak baca novel pastu nangis nangis dan terbawa bawa ke alam realiti? sebab kisah tu macam kisah kita. kena feeling lelebih la...

kalau dulu boleh penuh konsentrasi baca novel, sehari sebuah pun boleh habis.  sejak dah ada anak nama Adam, kena banyak mengalah ngan beliau.

ini Adam


sekarang Adam demam. badan panas muntah muntah.
Esok Adik sila sihat k, kita p pesta buku ok.




 

Friday, April 29, 2011

update laju laju


hai kawan kawan. eheh.
macam dah amat lama hilang mood nak menulis.
mari mengupdate laju laju perkara yang berjaya dibuat minggu ini.

perkara satu
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau p Pesta buku kena la beli buku kan, dan yezza, saya beli banyak buku dalam keadaan sangat sangat terkawal. dan saya berjaya kawal diri saya sendiri. dari 32 biji novel, saya berjaya bawa pulang 17 sahaja. dan ada tambahan few buku ilmiah. lega dapat salurkan nafsu ikut saluran yang betul.

perkara dua
saya pergi bercuti selama 2 hari. cuti ditempat yang xde line BB mahupun line internet. bawa diri kununya.. dan cuti saya, tak la seronok sangat...

perkara tiga
harini saya menservey cincin di Habib D Curve dan saya tak jumpa yang WOW! faktor WOW sangat penting bagi saya sebab saya memang jenis tak tengok barang dua tiga kali. sekali tengok bila WOW maksudnya sila beli pastu tengok yang lain lagi. hahah. kalau tiada faktor WOW di awalan maka sia sia la usaha memujuk saya. tak kan berhasil.

(cari saya)

perkara empat
sebagai persediaan membeli cincin, harini saya ke kedai sental basuh kuku kaki dan tangan. rasa tangan cantik seketika. baru best nak cuba cuba cincin kan...?

perkara kelima
saya belum decide baju untuk bertandang dan saya rasa nak pakai songket. tapi MOH macam suruh pakai something yang boleh dipakai lagi dan lagi. macam baju kurung modern yang tak brapa nak pengantin. belum decide.



Monday, April 25, 2011

christian louboutin la sangat kan..


semangat berkobar kobar bila tengok Kina dah tempah kasut. sangat proper la persiapan beliau. kalau ikut perancangan, date i n Kina, beza sebulan jek. tapi bliau dah menggigih macam macam dan saya, masih tunggu the other half free untuk pergi kursus kahwin. frustated. xde buat apa apa pun tau.

theme dah decide, tpi blom final lagi sebab saya adalah bagai lalang ditiup angin, mata cepat bertukar selera. tapi stakat ni, untuk pihak saya, memang dah tetap cuma tunggu kalau kalau nafsu tak dapat stick pada pilihan untuk bertandang.

as for now, we vote for this.


(the perfect palette)

susah tau duk jauh jauh ni. mahu bershoping pun harus tunggu ada kelapangan. padahal JB - KL xde la jauh sangat kan. tapi susah juga la.

jadi menunggu my other half pulang sempena hari pekerja nanti, we all dah decide nak ready apa yang sepatutnya dah ready.

1. nak p cari cincin, sebab cincin asyik naik harga. jadi beli siap siap, nanti mahal, budget lari. plus minggu ni still ada lagi Pesta Habib near Ampang Point sampai 2 Mei kan. why not grab the chance kan..

2. nak p tempah kasut gak kat Gavy jugak la.
tapi yang ni macam masalah la kan, saya tak boleh pakai high heel.  hati berbunga teringin nak pakai kasut tinggi supaya ketinggian bertambah pada hari kejadian. tapi serius tak berani la. dah almost dua tahun saya tak sentuh high heel. kasut rasmi saya sejak operation dulu adalah scholl.

saya suka ini.



dan ini jugak



kalau pakai songket pastu kasut begini, ok?

:)


tapi saya risau, dan saya yakin,
kalau tya my other half saya pasti dia lagi akan suka pilihan saya yang ini.


atau yang ini... FRUST again!

tak pengantin la kalau pakai kasut camni kan..


tapi kalau saya perlu pilih antara cantik dan sakit, saya pilih untuk tidak sakit la.


3. pastu minggu ni nak jugak pergi beli kain untuk pihak disana. untuk saya, ada yang uruskan.


semoga perancangan saya dipermudahkan.







Sunday, April 24, 2011

wanna be the reason why...




takde mood nak berblog.
masih dihantui cerita seram semalam.
tapi rajin jek berBW sana sini cari idea.
adeh la.. masa laju sangat la. sila perlahan lahan.
masih banyak yang tak dibuat dan perlu dibuat.






Saturday, April 23, 2011

main suap suap pisang



entry yang berbaur kemarahan diluar akal fikiran.
jeles mungkin?

apa pendapat u ols kalau cintahati, kekasih, en tunang, en bakal suami, Mr Right u ols yang baru balik berPARTY jabatan pada jam 1250pagi bgtau..

"tadi abang main suap suap pisang pada pasangan sambil mata diikat"

adakah soalan pertama korang,
"eh, ye.. abang menang ke kalah?"

atau korang macam aku,
"sape pasangan abang?"

dan apa perasaan korang kalau jawapanya,
"abang suap Yanie..."

rasa nak marah tak? boleh jeles tak?

sumpah marah kot.. katalah aku kolot ke, tak reti berparti ke, tapi memang aku tak involve parti liar camtu.

aku tak kerja ke?
eh, Hello. dulu i pegawai kerajaan jugak tau. dua tahun. i penah keje ngn kompeni kafir dua tahun jugak after that, takde la i main suap suap pisang masa annual dinner office i. tak penah tau. memang tak penah ada game macam tu walau kompeni i tu invite penari separa bogel. takde jugak game intim intim camni.
eh, ke biasa saja...?

i tak tau, derang ni xde sensitiviti o apa. dinner jabatan kerajaan jek kot, perlu ke nak main intim intim gitu? apa eh perasaan suami orang yang isteri dia kena suap pisang ngn laki lain? smbil tutup tutup mata bergalak sakan atas pentas tu? damn! emo.

gembira sambil tepuk tangan mungkin?!

aku tak SEPORTING macam tu!

dan aku jugak tak kolot sangat nk jeles tak tentu pasal.

kalau kau menyuap itu, namanya Syafiq, sumpah aku tak jeles dan tak marah.



kalau macamni pun aku tak marah..



ini seropa ini...
bayangkan ... bayangkan..


tapi bukan camni tau keadaan yang perlu dibayangkan.
bayangkan perempuan duduk atas kerusi, lelaki berdiri dengan mata tertutup sambil mnyuap pisang. penuh gelak tawa tersipu sipu.
ROMANTIK gila kan..?


BOLEH MARAH TAK??

aku tak rasional dan emosional mungkin..

kalau korang, korang marah tak? jeles tak??





rindu makan di JB tak rindu orang JB..


kenapa saya suka JOHOR?

SATU


saya memang peminat tegar koteow goreng dan ini memang sedap. kalau pergi JB kena makan koteow plaza larkin. pedas pedas ye kak.
TERLIUR!!


DUA


nasi ayam penyet tapi yang ni tak boleh lawan dengan yang di BBU. paling lazat. wang solo pun tak boleh bertanding. makan samapi meleleh air hidung. panas dan pedas.
TERLIUR!


TIGA


ABC Kg Melayu Majidee. Limpahan Coklat yang memamng manaikan nafsu selera. order dua, pastu curi aiskrim dan coklat dari CH. dia suka marah. katanya kalau nak makan eskrem, order la eskrem. watpe order ABC? sesungguhnya bliau tak tahu rasa keenakan eskrem didalam mangkuk ABC.
TERLIUR!!



EMPAT


ABC tepi balai bomba larkin, juga meleleh leleh air mata tahan keinginan.
TERLIUR LAGIIII!!!!

seminggu saya di JB, saya boleh makan ni ulang ulang ulang kali. memang tak bosan la. siap susun aturcara supaya hanya dapat makan kat sini.

dan eh, asam pedas kedai depan kat Plaza Larkin bersama Ikan Pari Bakar juga lumayan!




bila saya boleh ke JB lagi...?









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..