Friday, November 9, 2012

AISY BERKHITAN

Alhamdulilah

Selesai satu lagi tanggungjawab untuk Aisy.

Semalam sempena hari kelahiran yang ke 68, Aisy telah selamat dikhitankan di Poliklinik Dahlia and Surgeri di Taman Dahlia, JB dengan bayaran Ringgit Malaysia Dua Puluh Tunai.


Aisy relax jek sepanjang procedure yang tak sampi 5 minit itu. Mak dengan Ayah yang gelabah lebih. Seram. Ngeri. Kesian kat anak. Mula-mula Ayah nak tunggu kat luar, mmy x bagi. Jap mmy lak ajak ayh kluar. takut menangis. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan anak terbaring sorang sorang. jadi mmy paksa ayah tuggu jugak. Ayah duk jauh kat belakang. hehe. Mmy lak cari modal borak ngan nurse sebab tak nak fokus pada Dr yang muka masam macam kena paksa kerja tengah wat kerja.

Aisy bunyi eh eh jek x sampai 5sec then settel. Nurse cakap x sakit. pasni mungkin la pedih sket masa dia buang air, tapi takpe. Tak perlu letak ubat pape. bangun dari katil, Aisy pun dah sengih sengih, so lega. As a reward Ayah bawa jalan jalan. Mmy belanja baju dan ayah belanja Headband.

Ada orang cakap awal lagi mmy khitankan Aisy, tapi mmy rasa ada mak mak yang buat lebih awal. mmy saja buat awal sebab masa ni Aisy tengah tak banyak ragam dan mungkin tak begitu mengenali rasa sakit. ke Aisy sakit tapi mmy yang pandai-pandai buat teori sendiri? hihi.

Apapun, dah selamat. Update untuk 2 bulan, Aisy sekarang berat 5kg dengan ketinggian 60cm.

Dah besar anak mommy!!!! Dan sehingga harini, Alhamdulilah Aisy sihat cergas dan ceria sentiasa.

Esok Aisy nak jalan jauh.. Nak balik jumpa tokma n tokbah di Peringat, Kota Baharu nun.

Salam Jumaat semua.

Bye.

Eh, sempena Jumaat, nak tayang gambar Aisy melawa pakai baju kurung sempena Akikah @ Hari Raya Aidiladha la..

Aisy di pagi raya
Aisy di petang raya
Aisy yang sama ni. haha



Friday, November 2, 2012

mereka yang satu

Aisy is 2m young today
syukur kerana Aisy sihat, riang gembira
syukur atas anugerah yang tidak ternilai

senang menjaga Aisy.
nak dengar Aisy menangis macam menunggu Najib umum bonus.

malam berjaga ajak main ajak bercerita
biasanya Aisy akan jaga jam 3 sampi azan berkumandang
tapi, maknya tetap subuh lewat.

bangun semula hantar ayah kerja, minum susu, mandi, minum susu lagi dan tidur sampi time mak tengok marimar, Aisy pun join tengok marimar.

masa mmy masak, tinggalkan Aisy atas rocker. mmy ketang ketung kat dapur, Aisy bercakap la sorang sorang. gelak gelak. pandai bawa diri ni.

siap mmy masak, susukan Aisy upah sebab Aisy behave dan Aisy pun tdo sampi Ayah balik.
Alhamdulilah, Aisy memang xde kerenah.

dan lagi 2 hari, abang adam akan genap 2 tahun 9 bulan
Abang yang macam macam ragam.
sejak dapat adik, semua orang kena panggil dia abang.
tanya nama siapa? ABANG.
kalau orang kata Adam, terus jerit marah merajuk.

dan mereka cintahati saya
cintahati yang satu.





Thursday, October 11, 2012

TIDUR SI ANAK DARA













SAPA NAK BUAT MENANTU ANGKAT TANGAN MACAM SAYA

:)


Tuesday, October 2, 2012

happy 1 month old

My baby just turn 1 month old today!

Fresh Aisy after 7 jam keluar dari mommy tummy

ALHAMDULILAH
Sekejapan jek masa.. rindu pulak nak usap-usap perut buncit.hahah

ALHAMDULILAH
Sebulan yang penuh bermakna dan sebulan ni harus diakui Aisy anak yang mudah dijaga. Aisy tido siang dan malamnya mata buntang nak main nak sembang, nak dengar menangis pun susah. kerjaan tetap tido - bukak mata - susu - agagaga - tdo - buka mata - susu - agagaga - tdo. hihi dan Aisy suka menempel dan paaaaaaling suka tido atas perut mommy. Heaven!!

Aisy 1st month journey

Day 1 - 1012am, Aisy selamat dilahirkan secara normal.
Day 2 - Discharged from HPj, lepak semenyih
Day 3 - G klinik beranang, cek darah, ada kuning 14
Day 4 - Repeat darah n bacaan naik 19, warded HPj
Day 5 - Jaundice turun 12, tpi masih warded - darah terlebih Urea
Day 7 - Discharged from HPj, Ayah Birthday
Day 8 - Mommy warded and Aisy temankan mommy kat ward
Day 9 - Luruh pusat.
Day 13 - YEAYYYYY both boleh balik rumah.
Day 15 - Aisy's first flight to AOR, n she miss it ( salahkan mommy)
Day 22 - Tok Ayah cukur rambut Aisy smpi botak ( rambut berat 3g+, meriiiaaaahhh)
Day 23 - Travel to JB. With Nenek + Abg + Tok Ma + Ayah Su
Day 30 - Aisy turn 1 month old!!! nenek hadiahkn bracelet.

harini bawa Aisy cucuk sebulan.
berat - 4.0 kg (+0.59kg)
panjang - 54.5cm (+2.5cm)
kepala - 38cm (+3cm)

she s the one that make my days shorter and the nights longer

HAPPPPPPYYYYYYY!!!!!

terima kasih Tuhan, kurniakan dia buat saya...

Thursday, September 27, 2012

nikmat manakah yang kamu dustakan?

Setiap hari tatap muka anak, memang tak tergambar perasaan.
Bersyukur bersyukur bersyukur ALHAMDULILAH

Gambar ni masa Aisy umur 9 hari. hari yang sama pusat Aisy jatuh. Aisy tak sakit tapi Aisy temankan mommy dalam ward sebab Mommy yang tak sihat sihat.

Tengok gambar ni rasa sedih amat. terkenang saat saat sakit bertemankan Aisy. Syukurnya 6 hari mommy di hospital, Aisy behave sangat. Tuhan bagi kesakitan dan Dia permudahkan urusan yang lain.

Harini Aisy dah 26 hari.. lagi  4 hari nak sambut besday yang kesebulan. sangat excited dan sangat bersyukur.

Semoga Aisy anak mommy akan membesar dengan sihat dan penuh kebaikan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..