Thursday, June 9, 2011

rambang mata / mata jahat


nak salahkan mata yang rambang atau hati yang tamak..
ke nak salahkan cincin yang bikin hati tak senang duduk sejak semalam.

dah lama sebenarnya hunting for cincin, dari yang berjenama smpai kedai ceruk belakang semenyih nun, semua nak terjah. pantang berjalan masuk shoping complex mesti tinjau tinjau cari cincin. tapi takde satu pun yang berjaya membuat saya WOW WOW CANTIKNYA!!!!!!! dan pulang dengan sukacita.

dua hari lepas, tanpa ditemani cintahati, saya jumpa cincin yang WOW pada pandangan pertama dan kedua. terus paksa kakak buat pilihan sebab ada dua cincin yang wow pada pandangan pertama. dan saya suka sebab mata kakak seperti mata saya.

betul betul yakin, saya mms gambar cincin tiga bentuk pada cintahati. kenapa tiga? supaya beliau lebih keliru dan ternyata beliau jugak suka apa yang saya suka walau harga sedikit melarikan bajet beliau. dan kenapa kena mms? tahukah korang, BB tidak cukup best dan tak boleh ber3G. heeeee. xbest kan. selalu tak boleh live dating.. ok, soal cincin, setelah yakin dan mengenangkan puas dah menjejak cincin, saya beli dan bayar tanpa ragu ragu. siap tidur malam bermimpikan cincin.

tetapi semalam.... saya jalan jalan dan saya masuk tengok cincin lagi, saya tiba tiba " eh, cantik! dan lebih murah..." menyesalkah saya. terus keluar kedai dan kuatkan hati supaya BERTABAHLAH... dan tadi bila tengok cincin miss sunshine terus perasaan nak buat couple ring jugak. dulu bila saya tanya cintahati, beliau cakap takyah belikan cincin baru sebab dah ada. dan yang dulu pun saya belikan jugak.

sekarang hati sudah bersimpang siur.. nak tempah, masih ada masa tak. membazir kan cincin yang sedia ada? tapi emas x membazir kan.. beli banyak banyak wt simpanan. boleh gitu kan...


yang pertama dan kedua tu jelmaan cincin saya. saya suka yang simple yang batu sebiji tak payah nak kerawang bagai. dan yang ketiga dan keempat, saya bercadang nak hasut encik cintahati buat couple ring dan tulis nama besar besar supaya orang tau dia saya punya.. haha.

boleh tak ada cincin sampai empat...?




6 comments:

  1. kekekekeke sama la kita! hati x tetap kn? skjp nk yg tu, skjp nk yg ni...hihi

    ReplyDelete
  2. aiseh nana... awak dh tinggl esok lusa jek.. =)

    ReplyDelete
  3. hihi.. awak ni kelakar kah... boleh je nak cincin banyak2.. kalau emas, selain buat koleksi, boleh jadikan aset... Tapi.... kalau sampai empat bentuk cincin, cukup jari tak? hehe.
    kalau nak tempah, at least ambik masa dalam 3 minggu nak siapkan...
    Buat keputusan betul2.. lepas ni jgn masuk kedai emas lagi tau.... nanti terpikat cincin lain pulak.. hehe ^_^

    ReplyDelete
  4. boleh! sekarang i pakai 4 cincin kat 1 jari. (yang berbatu 1 je la) tambah 1 gelang lagi. salah satu cincin ada nama kitorang (tapi belah dalam la)

    pakai aje kalau rasa nak pakaiiii~
    (mode menghasut. hahahaha)

    ReplyDelete
  5. hehee.... biase la tu. penah gak jdi, dh beli, tetibe jumpe yg lain lagi best. nak nyesal pun xleh. sbb dh beli.

    ReplyDelete
  6. anis : banyaknya...

    khalila : mata mmg x akan penah puas kn..

    MS : ni semua u punya pasal;))

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..