Tuesday, April 24, 2012

utamakan yang utama


ALHAMDULILAH..

cintahati dalam perut dh berusia lebih kurang 22 minggu.. dah rasa gerak2 yang menyeronokkan.

Dah 22 minggu dan satu apa belum disediakan untuk cintahati yang satu. haiyaaaaaa.. mood nak bershopping barang baby belum ada sebab ada yang lebih utama buat masa ni.. Plannya, nak scan baby dlu, dah find out jantina si kecik baru bersemangat start shopping, maybe end of May la.. semoga sihat dan kuat la masa tu nanti.. ada bloggers yang 5 bulan pergi scan n dah tau jantina baby. seronok! saya pun excited nak tau.. cuma nk tunggu tunggu apa ntah.....

semalam lepas baca post KINA, terus ajak encik suami pergi scan. tak sabar sabar. kami terjah Poliklinik Bio-Sucinas kat jalan Padi 2, Bandar Baru Uda. dah itu jek yang paling dekat dengan rumah, dalam keadaan tak sabar sabar tu, hampa amat bila sampai klinik pukul 830 dia dah tak buka untuk pendaftraan sebab orang dah ramai. kalau daftar jugak, pukul 11 drang tak boleh tutup klinik lagi.. sempat tanya nurse kat situ, untuk buat scan 3D, drang cas RM85. laku jugak klinik pun. terus rasa teruja tu terbantut. encik suami ajak pergi klinik lain pun dah tak nak. hampa. 

Sekarang tak sabar nak tunggu Mei nak habiskan duit untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. hihi.  lepastu baru barang baby ok.. cadangnya nak pergi hujung minggu ni, tapi kenapalah perlu nak BERSIH segala time time cenggini kan. terus ubah plan. awal Mei la baru boleh pergi nampaknya..

dah lama sangat ni puasa buku. dah siap siap buat list senarai wajib beli dan sunat beli. hihi.. tahun ni Encik Suami kata nak belanja. tu pun selepas saya paksa paksa. banyak oiiii nak beli. haha. tapi saya kena tahan nafsu jugak. dah bajet untuk 500 jek. kalau tak , tak boleh beli Quinny Extra kan... tapi kalau tak dapat Quinny, Phil and Ted pun boleh kot. ahaha.

list buku semangat buat, list baby terabai lagi. thanx untuk NANA yang emelkan checklist untuk baby n mommy. nasib ada guide tu, rasa ringan kepala tak yah pk dh. tinggal nak update sket2 jek..

bukan tak sayang baby, sayang..... cuma cuma cuma.... tunggu sikit lagi kita strugle habis habisan ye... ke perlu tunggu Mom & Baby Expo dulu? haritu masa Mom & baby Expo kat Danga City, saya tak pergi sebab tengah mabuk teruk. 27-29 Julai ni ada lagi kat Mid Valley.

kalau nak tunggu yang dekat JB, kena tunggu 5-7 Oktober la.. masa tu InsyaALLAH dah selamat bersalin..  lagipun saya rasa, ada few item yang macam lebih afdhal bila dah selamat bersalin baru beli  buat permulaan ni maybe beli sikit sikit yang masuk kategori WAJIB dulu. tengok nafsu macamana nanti ye.. sebab nafsu ni kadang2 bukan boleh dikawal2.. tengok barang baby semua pun nak beli. semua pun comel. semua pun perlu. semua pun kena ada. mujur ada suami yang selalu tenangkan nafsu isteri yang dalam kekeliruan yang maha hebat ni.


macho kan? nak nak yang color black n red
plus..... boleh bawak adam sekali :)





4 comments:

  1. Myself masa 17weeks da nampak gender..hihihi..tu pun 2D scan je..eh yang kat MVEC tu Julai eh? Habis tu yg May tu kat mana? PWTC ke? Quinny Zapp memang best tapi menangis oh nak beli..

    ReplyDelete
  2. wahhh nk phil & teds tu? kekeke...

    takpe, u ada masa lagi...yup, baik beli yg penting je dulu...ada benda blh beli lps baby dah keluar....tp honestly kadang2 TERbeli gak barang2 yg kurang perlu sbb dah tak tahan sgt tengok....kekeke

    ReplyDelete
  3. wah.. semua orang dah excited nak tau gender baby.. hehe..
    saya pulak berdebar.. tak nak tahu boleh tak..? nak suprise je..

    ReplyDelete
  4. Miza : 11 may tu kt mv jugak.. Both kt mvec.. Mnangis utk anak xpe kot.. Ahaha

    Nana : moga iman kuat kannnnnnn

    Hana : heeeee... Suka ke nk suprise dri sniri.. Sy x sanggup nk suprise2 ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..