Tuesday, June 25, 2013

DARA PUJAAN PUNYA NAMA



Sejak menjak ni ada kawan kawan kata nama anak dara saya cedok dari novel. mentang2 mak peminat novel kan.. ni nak bgtau ni. Sepanjang saya baca novel x pernah jumpa lagi nama heroin aisy nadiyah hana. Hihi.


mari ku khabarkan pada kalian asal nama dara pujaan...


nama anak memang 100% dari mak. takde campur tangan pihak lain termasuk si ayah.. mak sungguh berkuasa mutlak. ahaha. dan being me yang memang suka mencari cari nama anak sedara bila mai tang anak sendiri jadi pening lalat. eh, nk letak nama apa? yang ni sedap yang tu sedap, kasi combine segala semua pun sedap.


Tapi nama yang satu ni, memang nama dari sudut hati. memang nama yang datang mula mula sekali dan datanglah berapa banyak nama selepas itu, nama ini tetap mengungguli. hihi.



Kenapa AISY NADIYAH HANA?

Ramai yang tanya, ada yang tanya sekali, ada yang tanya banyak kali (macam x puas hati). susah nak jawab sebab dah memang takdir anak yang dikandung sembilan bulan itu, namanya begini. boleh jawab gitu? haha

Mak cari nama bukan cari ikut kesedapan, dah kebetulan nama anak sedap kan...? haha. awal mengandung dulu, cari nama bedasarkan maksud. Jenuh jugak dok ber sms dengan adik. Tya kalau maksud ni nama apa bla bla bla sebab bukan semua nama ada dalam buku. bila jumpa maksud baru tengok nama sesuai ke tak.. dan terhasil lah ini...

Aisy - Kemakmuran hidup, mewah
Nadiyah - awal mula sesuatu, pembawa kesetiaan
Hana - Kebahagiaan, rezeki tanpa susah payah

Saya paling suka hana yang membawa maksud rezki tanpa susah payah tu sebab ada double meaning di situ. Pertama Aisy direzekikan kepada saya dan suami masa usia perkahwinan baru berusia sebulan jagung. Dia rezeki yang kami tak duga secepat itu dan kami menerimanya tanpa susah payah. Keduanya, kelak saya mahu Aisy membesar dengan dipermudahkan rezkinya. Sebagai contoh dapat suami kaya dan x payah kerja hari hari bole shoping ngn mommy.. hahha. Bole camtu??

Pastu ada orang cakap, knpa maksud nama ank ko camtu.. ko nak ank kaya, tak nk anak pandai ke?soalaaaaaannnn kannnnnn.....tiada mak bapak tak nak anak pandai. dan semua mak bapak nak anak kaya. amin yang baik baik sudah.

 dan dulu sebelum kawen saya pernah berangan ada anak nama zuyyin amani dan qhaireen khadija. Kikiki.



4 comments:

  1. Oh baru tau...sedap nama aisy nadiyah hana....lepas nih kena pesan kt Qi kna jadi kaya baru leh pinang si Aisy hahahahah :p

    ReplyDelete
  2. sedap nama tu...hehehe..yang penting mempunyai maksud yang baik baik kan? ;)

    ReplyDelete
  3. Ya...sedap namanya..=)
    Comel berpa bulan ni?
    Salam kenal...=)

    ReplyDelete
  4. Panjang.. tapi takdela berbelit pun nama tu, masih mudah untuk disebut.. hihi.. ejaan pun biasa-biasa je, jadi takdela susah pun pihak lelaki nak sebut time akad nikah nanti. Hahaha kesitu fikirnya.. :p


    tapikan, suka gak nama Hana.. macam simple, tapi sedap. hehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..