Thursday, April 26, 2012

LELAKI KE PEREMPUAN KE

dah 22 minggu, dah bole g scan jantina baby la kan... tpi bia dlu la.. hihi. tunggu mood yang gembira gembira sikit..

tapi nak la jugak teka teka sikecik yang sangat aktif bergerak kat dalam ni boy ke girl.. macam biasa suka tanya yang lebih arif iaitu pakcik google. baca belek angguk angguk dan dan rasa nak senyum sendiri. meh lihat tanda tanda melalui pengalaman dan pengamatan mereka yang terdahulu (sumber) tak boleh la nak percaya sangat kan tapi untuk suka suka takpe kot.. cer tengok...
(yang bertanda tu adalah based on apa yang saya rasa)

Tanda Bayi Perempuan
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur (tak tau mana utara mana selatan dah bila tidur)


Tanda Bayi Lelaki
  • Tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya (hahahahahahh)
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Lihat lihat.. macam lebih banyak ke arah perempuan kan? hihi.. saya suka. tapi encik suami lebih suka kalau yang sulung adalah lelaki. katanya abang long boleh jaga mak dia yang selalu tak sihat bila besar nanti.. abang long boleh jaga adik adik dan paaaaaling penting, boleh buat kawan memancing kan... 

Saya? lebih suka perempuan sebab saya dah ada rasa menjaga dan besarkan Adam. Saya nak rasa pengalaman beli baju raya anak perempuan pulak =)

Tapi kalau berdasarkan pengamatan saya pada kakak abang dan adik adik saya, kesemua anak pertama mereka adalah LELAKI.

Apapun anugerah buat saya, saya terima dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Yang penting cintahati  kat dalam sihat sihat sihat selalu..



Wednesday, April 25, 2012

WW : BABYMOON @ SEOUL







pergi bertiga :)
insyaALLAH.. dimurahkan rezeki, nak pergi bertiga lagi tengok sakura


Tuesday, April 24, 2012

utamakan yang utama


ALHAMDULILAH..

cintahati dalam perut dh berusia lebih kurang 22 minggu.. dah rasa gerak2 yang menyeronokkan.

Dah 22 minggu dan satu apa belum disediakan untuk cintahati yang satu. haiyaaaaaa.. mood nak bershopping barang baby belum ada sebab ada yang lebih utama buat masa ni.. Plannya, nak scan baby dlu, dah find out jantina si kecik baru bersemangat start shopping, maybe end of May la.. semoga sihat dan kuat la masa tu nanti.. ada bloggers yang 5 bulan pergi scan n dah tau jantina baby. seronok! saya pun excited nak tau.. cuma nk tunggu tunggu apa ntah.....

semalam lepas baca post KINA, terus ajak encik suami pergi scan. tak sabar sabar. kami terjah Poliklinik Bio-Sucinas kat jalan Padi 2, Bandar Baru Uda. dah itu jek yang paling dekat dengan rumah, dalam keadaan tak sabar sabar tu, hampa amat bila sampai klinik pukul 830 dia dah tak buka untuk pendaftraan sebab orang dah ramai. kalau daftar jugak, pukul 11 drang tak boleh tutup klinik lagi.. sempat tanya nurse kat situ, untuk buat scan 3D, drang cas RM85. laku jugak klinik pun. terus rasa teruja tu terbantut. encik suami ajak pergi klinik lain pun dah tak nak. hampa. 

Sekarang tak sabar nak tunggu Mei nak habiskan duit untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. hihi.  lepastu baru barang baby ok.. cadangnya nak pergi hujung minggu ni, tapi kenapalah perlu nak BERSIH segala time time cenggini kan. terus ubah plan. awal Mei la baru boleh pergi nampaknya..

dah lama sangat ni puasa buku. dah siap siap buat list senarai wajib beli dan sunat beli. hihi.. tahun ni Encik Suami kata nak belanja. tu pun selepas saya paksa paksa. banyak oiiii nak beli. haha. tapi saya kena tahan nafsu jugak. dah bajet untuk 500 jek. kalau tak , tak boleh beli Quinny Extra kan... tapi kalau tak dapat Quinny, Phil and Ted pun boleh kot. ahaha.

list buku semangat buat, list baby terabai lagi. thanx untuk NANA yang emelkan checklist untuk baby n mommy. nasib ada guide tu, rasa ringan kepala tak yah pk dh. tinggal nak update sket2 jek..

bukan tak sayang baby, sayang..... cuma cuma cuma.... tunggu sikit lagi kita strugle habis habisan ye... ke perlu tunggu Mom & Baby Expo dulu? haritu masa Mom & baby Expo kat Danga City, saya tak pergi sebab tengah mabuk teruk. 27-29 Julai ni ada lagi kat Mid Valley.

kalau nak tunggu yang dekat JB, kena tunggu 5-7 Oktober la.. masa tu InsyaALLAH dah selamat bersalin..  lagipun saya rasa, ada few item yang macam lebih afdhal bila dah selamat bersalin baru beli  buat permulaan ni maybe beli sikit sikit yang masuk kategori WAJIB dulu. tengok nafsu macamana nanti ye.. sebab nafsu ni kadang2 bukan boleh dikawal2.. tengok barang baby semua pun nak beli. semua pun comel. semua pun perlu. semua pun kena ada. mujur ada suami yang selalu tenangkan nafsu isteri yang dalam kekeliruan yang maha hebat ni.


macho kan? nak nak yang color black n red
plus..... boleh bawak adam sekali :)





Tuesday, April 10, 2012

Mengandung dia awal perkahwinan – baik dan buruk- (part II)

Siap ada part II macam retis ;P

Buruk ke? Mengandung tak la buruk.. sangat indah. Cuma ada beberapa ketidakbaikan kalau mengandung di awal perkahwinan. Apa eh word yang best nak ganti word buruk? Tak boleh pk..

Ini pun based on apa yang saya alami, takde kena mengena ngn orang lain sebab ragam kita lain2.

Yang tak best bila baru kawen then kau dah mengandung adalah apabila kau mabuk dengan teruk. Serius tak seronok.

Macam saya yang mabuk teruk sampai pernah satu masa xde keinginan nak mandi pagi, nak gosok gigi pun bercinta, apalagi nak bersiap cantik2 tunggu suami balik kerja depan pintu rumah. Memang tak la.

Bayangkan kau baru duduk ngn suami kau tak sampai sebulan, tiba2 kau pada mata dia adalah manusia yang mandi pagi bila nk semayang zohor dan selalu demand nak mandi air panas, gosok gigi pun kena paksa sampi menangis dan asyik ulang pakai baju yang besar gedabak kadang2 baju dalam pun malas pakai. Kalau laki tak kuat iman, harus dia menyesal bagi kau hantaran dua puluh ribu. Kan suami kan?

Tu baru bab pengurusan diri, bab masak masuk dapur kemas rumah basuh baju? Laaaaagi FAIL GILA! Dah la baru kawen bagi hantaran mahal, tiba2 tiap malam kena makan maggi rendam air panas kat dapur sorang2. Ingat best?

Tapi kalau dapat suami redha macam suami saya, sang isteri kena la belajar besyukur kan.. kesian dia pergi kerja pagi2 nak kena pk n siapkan makan minum isteri dia, isteri dah la sarapan pun lima kali. Belum lagi makan tengahari mnum petang makan malam makan tengah malam dan tengah pagi. Mujur si isteri hanya lalu makan kokokrunch ngan susu dutch lady serta buah2an.. klu isteri demand nak makan ketam masak lemak cili api setiap hari. Mampus!

Dah la masak sendiri, kain baju pun kena sendiri cuci sendiri sidai sendiri lipat. Kesian oiiiii…. Tambah lagi hari minggu kena sapu sampah mop lantai. Kadang2 balik rumah malam hari isteri merengek bgtau lantai bau busuk sebab jiran sebelah masak apa ntah dan suami terus senyum amek mop, lap lantai bersih2 bagi wangi supaya isteri tak sakit kepala. Tak cukup sengsara ke???

Pastu tadi ketika suami pergi kerja, isteri masih tak mandi masih tak gosok gigi masih mimpi2 dan bila suami balik rumah time tengahari atau petang, isteri masih dalam keadaan yang sama. Kadang2 ada extra bau muntah segala terbaring macam mayat hidup depan tv. Bukan semua suami boleh redha dan tatap tersenyum manis kepada isteri kan…? Kadang2 suami oncall dengan susah hati kol isteri bgtau malam ni balik lambat sket sebab ada kes kat hospital dan isteri tanpa rasa bersalah terus sentap nak merajuk nak nangis. Siap suh suami kemas beg tdo kat opis. Mampu???

Tambah sedih bila isteri mabuk sampai tak boleh bau badan suami.. adoi adoii adoiiiiiii.. kau baru kawen dan kau kena tidur asing2 sebab isteri hamil tak boleh bau kau. Tak ke sangat kesiannn kat situ? Baru kawen kot. Orang baru kawen tdo atas lengan suami, kau baru kawen tdo atas tilam suami atas kapet dan suami kau masih tak pernah merungut… kau taknak berterima kasih lagi ke?

Malam2 bila saya dengar dengkur halus suami di sana, saya cepat tersedar, betapa saya sangat beruntung ada dia disini dan disisi. Dulu saya penah baca cerita NANA yang kena sapu cream strechmark sendiri2 dan bila malam cramp kaki sorg2 husben takde, memang saya nangis. Tak boleh nak bayangkan betapa dia sangat kuat. Dah la muda lagi. Saya kagum! Saya akui ramai M2B yang indipendant, yang in LDR macam HANA, mereka tak macam saya. Dan saya sangat kagum dengan itu. Tu pun dalam kekaguman, saya selalu lupa nk bersyukur. Kalau suami lambat balik sikit, suami sedikit sibuk lupa nak tanya makan tengahari, terus lancarkan perang.. kesian suami saya.. harap saya, dia bersabar smpai bila2, melayan saya yang bukan hanya raja sehari tapi raja hari hari..

Saya sedar jugak, kalau suami tak redha dan tak maafkan saya, harus saya berdosa gila sebab gagal mainkan peranan sebagai isteri. Dan perasaan gagal ini adalah sangat sakit lagi menyedihkan. Saya janji dengan suami, bila saya kuat, bila saya sihat, saya akan layan dia pulak macam raja. Tapi sehari jek la. Kalau nak layanan raja tiap2 hari, try la mengandung. Haha.


Bye…





Friday, April 6, 2012

Mengandung dia awal perkahwinan – baik dan buruk-

“seronoknya baru kawen dah ada isi”
“tak mnyempat sangat korang ni…”
“ish, blom bertandang, awak dh mengandung.”
“wow, ekspress!!”
“murahnya rezeki…”

Itu antara feedback yang saya dapat bila umum mengetahui yang saya dah mengandung sebelum majlis bertandang. Klu ikut perkiraan, saya mengandung 2 minggu selepas diijabkabul.. itu rezeki namanya. ALHAMDULILAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH.

Klu ikut feedback yang saya dapat, lebih banyak negative dari positif.. terutama bab belum bertandang. Serius rasa tak faham kenapa tak boleh mengandung kalau belum bertandang padahal mengandung tu bukan macam ikut suka hati aku bila2 rasa nak mengandung petik suis dan mengandung. Tidak dan ianya ternyata perlukan usaha dan alhamdulilah ARRAZAK yang maha pemberi rezeki mengurniakan rezeki yang awal pada kami. Eh, lari tajuk. Hahah. Ibu mengandung mmg suka emo ;)

Tapi memang ada pro and kontranya kalau mengadung awal2 perkahwinan ni.

Baiknya untuk perempuan malas kerja macam saya ni, boleh buat alasan untuk terus tidak bekerja. Haha. Klu tak mengandung, terselit jugak la sedikit rasa bersalah kat suami yang susah payah cari duit dan kau duk saja kat rumah. Padahal klu ikut, xde la perlu rasa bersalah sebab yang tak kerja ni, gaji lagi banyak dari yang kerja siang malam tu… tapi memang terasa jugak la… sampai haritu, masa usia kndungan 13w dapat kol dari JKR utk intiview, terus cakap n pujuk en suami nak pergi. Mana tau rezeki anak... Kat putrajaya nun. Dengan lembik mabuk muntah nak jugak pergi sebab rasa KENA KERJA sebab tak sampai hati nak duduk saja.. siap plan kalau dapat kerja ni sanggup duduk semenyih ulang alik JB. Kunun la kan.. Luckily, husben x bagi pergi sebab saya mabuk teruk. Nasib!

Kebaikan yang kedua, sebab saya bukan makin muda.. klu duk pk nak rancang2 bulan madu tggu stabil baru nak mengandung, esok anak dan saya macam cucu dan nenek. Hantar anak g daftar tadika orang ingat anak pergi dengan nenek. Camne? Tak ke kesian..?

Pastu sekarang tengah sihat walau tak berapa sihat, sangat bersyukur dengan kehadiran anugerah ni. Dulu ramai sangat bgtau saya, saya ada PID yang agak serius, so kalau mengandung memang akan hazab.. jadinya saya harap dengan keadaan yang dah agak lama tak kesakitan ni, saya akan kuat dan berjaya. Amin.

Apa eh lagi kebaikan mengandung di awal perkahwinan terutamanya untuk pengantin yang tak berapa nak muda macam saya ni...? Cer Tanya pakcik google la… as for me, itu jek yang terlintas difikiran..

Apapun, bila itu yang ditetapkan DIA, percayalah… pasti itu yang terbaik untuk kita..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..