Dah 2 kali aku ulang baca novel ni..memang best. ada ketawa dan air mata... ada lagi satu karya Aleya Aneesa yang juga sgt best penah aku ulang baca dlu Aku Mahu Kamu.
Meletakkan diri aku di tempat Zuyyin yang mempunyai pelbagai watak sungguh mnyeronokkan. Zuyyin asalnya anak manja kesayangan mama dan ayah. berubah mnjadi seorang yang pdendam sejak berusia 12 tahun kerana cerita yang mahu disembunyikan demi mnjaga hati mamanya.. Dia menjadi ank yang angkuh, sombong, "kurang belajar" dan tidak boleh ditegur. Bersama kawan-kawan, Zuyyin berubah mnjadi seorang gadis yang nakal tetapi baik hati dan selalu mndahulukan kawan kawan tnpa mnyedari mereka tidak ikhlas terhadapnya.
Pemergian mama dan kemudian ayahnya mmbuatkan Zuyyin terduduk. Apatah lagi dia tidak sempat meminta ampun dan melihat wajah akhir mama. Tetapi kerana ego dan dendam, dia masih mgeraskan hati. ketiadaan mama dan ayahnya bukan saja mngubah Zuyyin, malah kawan-kawannya yang selama ni berkawan kerana harta. Dia disihkan hanya kerana tidak mempunyai sumber kewangan lagi.
Kerana disahkn 'muflis' Zuyyin terpksa mnebalkan hati menerima perlawaan Mak Jah yang mnjaga Zuyyin sejak berusia satu hari untuk tingal bersamanya juga anak lelakinya Yazzer. Disana, Yazzer cuba mngubah Zuyyin dan menyingkap rasia yang Zuyyin simpan selama 14 tahun. Yazzer sukakan Zuyyin, tetapi dek ego dan maruah, Yazzer menafikan dan memendam perasaanya. Menjadi Zuyyin kesayangan Yazzer, sungguh mngujakan. Yazzer dalam marah ada sayang, dalam dendam ada cinta. dan cinta pasti menang kan?
Cerita yang mnjadi rahsia Zuyyin mnjadi rahsia hingga ke akhir novel. Dan bertambah kecewa Zuyyin bila mngetahui apa yang dilihat mata dan ditafsir otaknya selama ini tidak benar sama sekali. 14 tahun Zuyyin mensia2kan hidupnya dengan berdendam pada ayah dan dendamnya memakan diri.
Aleya Aneesa amat berjaya menggarap watak dan cerita dengan begitu baik sehingga menimbulkan teka teki yang hanya trjawap di pengakhiran cerita. TAR berjaya mmbuatkan aku mnitiskan air mata pastu gelak sorang2, pastu kerut kerut dahi nk mntafsir kelakuan dan jalan cerita. sungguh seronok. 5 bintang untuk Tanpamu Aku Rindu!!
ps: klu wat movie, agak2 boleh jadi fenomena Aleya Aneesa jugak ni..
No comments:
Post a Comment