Monday, January 10, 2011

belajar memasak kunun kununya la kan...


siaran tertunda dari dapur kakak nazirah.

petang petang boring hujan kan xde aktiviti nk buat, tekan astro smpi chanel 900 pun xde siaran menarik hati. tiba-tiba, "jum kakak, ajar i berendang ayam." RENDANG AYAM kau..  macam nak raya kn...? suka rendang ayam kakak sebab simple and yg penting digemari tekak yang pemilih ni.

so jum p dapur masak rendang ayam. kakak kata senang tapi bagi insan macam aku yg masuk dapur 2 kali sebulan ke 2 bulan sekali ni, memang kena belajar tekun tekun la. aku paaaaling x boleh blah bila orang ajar masak "amek bawang sket, cili api sket, bawang putih 3-4 ulas, halia sket....." x boleh sebab aku x boleh nak agak sikit macam mana.

Kat umah, klu umi suh aku kupas bawang sikit sikit, memang aku kupas 1 je, sebab kt sekolah cikgu ajar klu dua itu banyak. klu kt umah MIL 2B klu ma kata sket, harus aku kopek semangkuk smpi ma kata "eh, banyak dh ni" (kecek klate tapinya..) sbb kena tunjuk saya rajin, jadi sila la p meminang saya ASAP. boleh gituuu??

jadi kakak, sila ajar saya dengan tepat (dan sila berbangga dipilih untuk mengajar saya memasak ;))..

bahan bahan:
- tu seperti dalam gambar
- 5 batang serai besar besar
- 2 keping asam keping
- santan sebiji
- kerisik 3 sudu besar
- minyak untuk menumis
- gula dan garam secukup rasa
- daun kunyit atau limau purut


kaedah menjayakan:

- blend sgala bahan dalam mngkuk ngan serai smpi halus halus.
- tumis smpi wangi wangi naik minyak mendidih
- letak setengah ekor ayam (potong kecik kecik ayam eh)
- masuk kerisik
- masuk santan kacau kacau biar pekat
- masuk asam keping
- masuk gula garam
- masuk daun kunyit/ limau purut
- tggu smpai pekat mendidih naik segala bau
- angkat masuk pinggan

tba2 dh siap makan tgal saki baki kt kuali... "ala, lupa amek gmbar rendang ayam dh siap masak"

sedap weh sedap. sila cuba.
klu nak wat tempahan katering kawen / tunang / majlis perasmian / jamuan sekolah / jamuan perpisahan / jamuan raya sila hubungi kosong satu dua dua dua empat tekan tekan smpi dapat. tempahan awal digalakkan takut tak menang tangan =))

tapi majlis besar besar spoloh ribu keatas je eh, kecik kecik x layan sebab x berbaloi nk kopek kunyit hidup sampi kuning jari dan kuku. alang alang nak masak, biar gempak!! hahahahaha.



ps : cane nk ilangkan kaler kunyit hidup pada kuku????


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

..US..